Sabtu, Disember 18, 2010

Luahan di pagi yang sangat dingin

Harini papa dah kembali ke cairo semula..Tinggallah dil berdua beranak di rumah.Bukan dil xnak ajak kawan teman.x lama lagi imtihan(exam),jadi dil xnak mengganggu mereka pule. Dil faham bila nak musim imtihan ni,otak kena tenang..jadi biarlah dil duduk berdua dari menyusahkan sape-sape.Lagipun dil dah naik segan asyik susahkan kawan.huhuhu..Paham-pahamlah anak kecik ni..tido dan makan x menentu..Xpelah..Insya allah,Allah ada melindungi kami..Amin...
(nak merapu meraban..tapi maaflah kalau ayat lintang pukang...) yang sudi membaca..terima kasih....:-)

Duduk berdua dengan budak cerdik ni macam-macam kubuat untuk melekakannya...Baru je lepas tengok youtube Alif Ba Ta..sebelum tu main-main kereta,khalish memang suka sangat..Dan sekarang dia tengah mengemas bilik sambil mulut x berhenti membebel dan di tangannya ada sehelai kain..khalish khalish..dil memang sengaja biarkan dia bebas..kalau x,nak duduk atas lappy..aduhai..jangan khalish,rosak kang,x dapat berblog ummi..hehehe...melayan kerenah si cerdik ni,buat dil rasa bersyukur kerana dil dapat melihat pembesarannya di depan mata dil sendiri.Kalau di m'sia,sudah tentu dil dah letak dia di bawah jagaan abahmak atau nursery kerana tuntutan tugas.Alhamdulillah.setiap keputusan yang dil buat untuk masa depan adalah yang terbaik.Dil tak penah menyesal dengan keputusan ini dan bersyukur keluarga sangat memahami.

Memang dil x penah menyangka akan bergelar surirumah (buat masa nilah,x taulah balik m'sia..bila papa dah habis belajar,sambung keje semula tapi kalau ikut papa,dia memang xnak dil bekerja)Dulu dunia dil hanya belajar pastu kerja. Dan masa bersama keluarga. Dil memang anak makabah.Memang dil sangat rapat,sampaikan jarang keluar dengan kawan-kawan.keluarga dil lah teman rapat dan kekasih dil..:-) Bayangkan,walau dil duduk jauh dari mak abah,tapi every week dil akan drive atau naik public transport ke rumah abahmak yang memakan masa 5 jam perjalanan...setiap minggu macam tu selama 2 tahun,kecuali kalau dil ada extra kelas atau memang ada hal yang x dapat dielakkan..Kalau ikutkan memang penat..yelah cuti 2 hari je..abis keja terus bertolak balik pastu malam hari minggu,dah bersiap nak balik tempat keje semula..tapi dil memang rela..bagi dil,itu je cara dil nak dekat dengan mak abah..wang ringgit boleh cari,bukan kasih sayang ibubapa.dil taknak mereka risau dengan dil walau antara 3 beradik dil adalah anak yang paling KENTAL,BRUTAL KERAS KEPALA,TAHAN LASAK DAN SANGAT BERANI.. itulah yang selalu diucap orang..walau sebenarnya dil tunggal perempuan.hehehe..:-)

Telinga dil ni dah lali dengan cakap-cakap orang.yelah dil ni perempuan,duduk jauh dari ibubapa jadi muncullah anasir-anasir yang x senang duduk tengok kehidupan dil jadi macam-macamlah.mengata itu ini.Prinsip dil jangan peduli kata orang,x melanggar hukum agama dan berbuat baik dengan semua orang dan yang paling utama dil x musnahkan kepercayaan makabah pada dil dan diorang percaya dil.Dil x suka kusutkan otak.x suka pening kepala dengan perkara yang bukan-bukan.Baik dil buat keje berfaedah..Habiskan masa dengan family,pegi library,buat aktiviti lasak,bercuti,berjalan-jalan cari makan.Abahmak pun macam tu..Malas nak dengar cakap orang.Manusia,bukan boleh tengok orang lain senang.Nasib baik abahmak paham anak diorang ni..ini juga membantu..(kalau x,xdelah anaknya seberani ini duduk di rantauan ...:-) kalau sape yg dah duduk egypt ni taulah kehidupan di sini..memang mencabar tambah-tambah perempuan..huhuhu)...

Sehinggalah dil berkahwin...Lepas kahwin dil terus ikut papa ke bumi anbiya' ni. Mulanya memanglah,pikir byk kali...Tambahan pula papa masih belajar.Tapi alhamdulillah..berkat mendirikan rumahtangga..Rezeki keluarga kami x pernah putus..walau mungkin tak hidup kaya raya tapi cukuplah segala. Tambahan pula hidup di rantauan dan bergelar pelajar..asalkan ada tempat untuk kami bertiga berteduh dan cukup makan minum.. Alhamdulillah..lagipun ringan sama dijinjing,berat sama dipikul..makan roti kongsi dua pun xpe..yang penting hidup sama-sama...:-) (di egypt ni memang keadaan rumahnya hmm..x tau nak dikata..asalkan selamat diduduki,dah kira oklah..nak yg indah-indah..balik m'sia...hehehe) Dil memang menerima seadanya.Dil dah berjanji pada diri akan terima jodoh bila tiba waktunya walau siapa pun dia yang penting dia dapat membimbing ke arah yang diredhai Allah.Memang bukan sedikit cakap2 nakal yang mengatakan tentang kami..memang x bertunang lama.Malah masa tunang,kami terpisah antara benua..dil x sempat sangat mengenali papa masa tempoh bertunang.Tapi jodoh kami memang kuat.Bukan takde dugaan melanda.macam-macam.Sehinggalah papa balik cuti 7 bulan selepas tunang,kami terus kahwin..kiranya bercinta lepas kawen..hehehe..segan plak cite...:-) Mungkin dil x penah cerita....dil tua dari papa.Memang dari dulu dil selalu cakap pada abahmak,kalau abahmak terima..dil akan kawen.abahmak seorang yang sangat cerewet tapi x penah memandang harta benda,pangkat atau segalanya..cukuplah anaknya ini gembira,ada orang yang menjaga dan cukup buat abahmak tumpang gembira..
sehingga munculnya papa dalam hidup kami...entah apa ayat yang dipakai,berjaya membuatkan abahmak terima dia..hehehe....Memang banyak orang bertanya,x menyesal ke dil meninggalkan kerjaya,x kisah ke dil berkahwin dengan orang berusia muda?x kisah ke dia masih belajar?x kisah itu ke ini ke?Jawapan dil...semua itu telah ditentukan-Nya...terima semuanya dengan hati terbuka...walau besar manapun pangkat,pandai mana pun..kaya mana pun ...tak perlulah mendabik dada..kita semua sama disisi Allah.yang penting mendapat keberkatan dari -Nya dan restu orang tua..(terima kasih ayahmak& abahmak) dan sekarang kami sedang melalui fasa bahagia dan semoga ianya kekal hingga kami menutup mata.

notakaki:oklah..nak tidolah..ngantuk mata lah plak...selamat malam...ops...selamat pagi:-)




5 ulasan:

ibuintan berkata...

as salam umi khalish,

insyaallah dengan restu ibubapa, kebahagiaan akan mengiringi rumahtangga kita

maaf ...kalau boleh ibu beri cadangan sikit, kalau boleh gunakan tulisan dengan warna yang terang dan senang dibaca, warna ini menyukarkan sedekit... kurang jelas pada ibu yg sudah menghadapi masalah penglihatan ni (w/pun pakai cermin)... maaf ye

ummi_khalish berkata...

Amin..
terima kasih ibu sudi tegur.dil dah betulkan tulisan tu.harap ibu dapat membacanya.xpe dil phm.:-)

ibuintan berkata...

TERIMA KASIH ..DIL .. dah terang jelas

sal berkata...

assalamualaikum tuan umah..singgah sberziarah..nice blog..kreatif..teruskan usaha..

ummi_khalish berkata...

waalaikumsalam...syakirin awi...:-)awak pun sama..saya dh follow blog...

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955