Isnin, Disember 31, 2012

Gudbye-2012 & Welcome-2013




notakaki:semoga tahun2 yang akan datang akan lebih membahagiakan di bawah lindungan illahi....

Jumaat, Disember 28, 2012

HARGAILAH IA....



Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua?

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehinggabenar2 hancur, itu akan membantu proses
penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan.

SHARE FROM FB...


NOTAKAKI:hargailah isteri kala dia ada di sisi..jangan bila tiada baru ditangisi,isteri x minta harta selori,cukuplah kasihsayang yang x berbelah bagi,jika mau perhatian yang lebih dari isteri,janganlah juga kedekut untuk memberi.isteri sentiasa dambakan suami yang memahami,kerana suamilah syurga di hati.....--nukilan pepagi buta....hihi..ummi sayang abi...moga kasih syg trus mkr..walau dh brkerut seribu....:-)

Ahad, Disember 23, 2012

semangatku..kekuatanku..ketabahanku.

penyejuk hatiku...


 my prince n my princess






tenanglah hati setenang lautan membiru yang luas ini....


hati xkeruan..ntah mengapa.....:-( 
ya allah lindungilah aku dan keluarga.jauhkan dari apa2 yang memusnahkan.
peliharalah hati2 kami dan semoga kami sentiasa di jalanmu amin ya rabb..

p/s:kita tak mampu mengjangka masa hadapan..adakah sentiasa bahagia atau diduga..namun..janganlah berhenti memohon dan berdoa pada yang maha esa kerana dia mengetahui segalanya....semoga kita di bawah lindungan-nya...biar apa pun yang terjadi pada masa depan,manfaatkan harini dengan sebaiknya..jangan kita menangisi takdir yang telah ditetapkan..kerana setiap berlaku ada hikmahnya... :-) 

Isnin, Disember 17, 2012


Sabtu, Disember 08, 2012

layan ost warkah cinta...



Drama yang ditayangkan di tv al-hijrah...Warkah Cinta....diambik dari novel..dil tertarik nak tengok cite ni sebab antara lokasi untuk drama ni,adalah tempat dil duduk sekarang..dan dil n anak2 dapatlah jumpa pelakon2nya in person..sebenarnya hubby dil dipanggil oleh ketua akhawat utuk menjadi musyrif sebab krew drama nak datang untuk penggambaran.yelah,iskandariah ni tempat penempatan untuk akhawat(pelajar perempuan aja)jadi dil pegi temankan hubby...tapi serius masa tu langsung x kenal pelakon2 drama tu...jadi mampu sengih2 jelah..dapatlah tengok Imam Muda Nazrul in person..kurus je orgnya..pelakon yg lain heliza helmi(dia dh nk blik m'sia masa ni) pastu ameera(yg pakai niqob..tapi kat luar takpun..memang lawa,kecik je...dia seronok pegang Aisyah Humaira'....debob..hehehe.
sekarang ni macam satu trend pula,,,novel diangkat mnjadi satu drama atau filem..ada yang menjadi,ada yang x...huhuhu....(Adam dan Hawa drama boleh dipuji..:-) )
Ok..malas nak bebel panjang sebab tengah kesejukan..bila musim sejuk,mata pun cepat je ngantuk..tapi perut lagilah...cepat lapar.....:-)
layanlah lagu ost di atas tu..itulah pemandangan tempat dil duduk..sape2 yang nak mai mesir,roger2 lah dil...hihihi....nunite.....


Khamis, Disember 06, 2012

Bagi yang nak tahu kebenarannya...


* Assalam..saje nak kongsi tentang isu pergolakan di mesir...sebabnya? macam2 versi ada... dan ramai family dan kawan2 yang bukan berada di negara ini tertanya-tanya keadaan kami di sini...setakat ni alhamdulillah....belum berlaku lgi seperti 25 januari ... sama2lah kita berdoa..untuk membangunkan semula negara yang dah lama punya banyak masalah bukan senang..yang penting kita kena ada kepercayaan dan saling bersatu hati...-tetiba feeling ahlipolitik pula...huhuhuhu....
peace no war.....:-).

[KRONOLOGI PERGOLAKAN DI MESIR]

22 November 2012 | Khamis :

Dr Morsi telah membuat 6 keputusan besar yang menakutkan saki baki rejim Mubarak dan sekular serta anti Islam :

1) Memutuskan semua kes-kes mahkamah berkaitan pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan semula.

2) Semua keputusan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Presiden adalah muktamad dan automatik terlaksana serta tidak boleh dibantah di mana-mana mahkamah.

3) Apabila terdapat anasir yang mengancam Revolusi 25 Januari atau kehidupan rakyat atau kesatuan negara atau keselamatan tanahair atau merosakkan institusi negara dari meneruskan tanggungjawabnya, maka Presiden perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi berhadapan ancaman ini berdasarkan lunas undang-undang.

4) Melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dari 6 bulan kepada 8 bulan dan tidak boleh mana-mana pihak membubarkan Dewan Senat atau Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan.

5) Presiden berhak melantik Peguam Negara dari kalangan anggota badan kehakiman selama 4 tahun yang dikira bermula dari tarikh perkhidmatannya dan meletakkan syarat umurnya tidak kurang 40 tahun dan ia berkuatkuasa kepada Peguam Negara yang baru.

6) Mursi melantik Tala'at Ibrahim Muhammad Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Abdul Majid Mahmoud selama 4 tahun.

#Jika diamati, keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Dr Morsi adalah bertujuan untuk mengeluarkan semua saki baki fulul (pro rejim Mubarak) daripada 'membuat kacau' sekaligus menjaga revolusi 25 Januari.


23 November 2012 | Jumaat:

- Berlaku Dua perhimpunan utama di Kaherah selepas Solat Jumaat iaitu antara penyokong dan pembangkang keputusan Presiden Mursi. Kumpulan rakyat yang menyokong keputusan Mursi telah berhimpun di hadapan Istana Ittihadiyah dan Kumpulan rakyat pembangkang Mursi pula berhimpun di dataran Tahrir.

- Jumlah mereka yang berhimpun yang menyokong keputusan Dr Mursi jauh lebih ramai berbanding mereka yang membangkang.

- Dr Morsi menjelaskan sebab beliau menggunakan kuasa istimewa Presiden Republik adalah bertujuan untuk menyekat ancaman-ancaman dan perancangan jahat fulul saki baki rejim Mubarak.

- Dalam masa yang sama, pembangkang Morsi terus menerus menggelar Dr Morsi sebagai "Diktator" , "bayangan Mubarak" dan lain-lain gelaran melalui lidah-lidah akhbar mereka.

- Antara laungan yang kedengaran dari pembangkang Dr Morsi ialah "Jatuh, jatuh kerajaan Mursyid" (Mursyid merujuk kepada Syeikh Badi', Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin)

- Pejabat-pejabat rasmi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan Pejabat Ikhwan Muslimin mula menjadi sasaran. Pejabat FJP Cawangan Iskandariah diserang dan dibakar oleh kumpulan Pejuang Kebebasan Arab Mesir yang anti Islam dan anti Ikhwan Muslimin. (sebahagian besar ahli dan petugas Ikhwan Iskandariah ketika itu menghadiri himpunan di kediaman Mursi di Istana Ittihadiyah, Kaherah)

- Dr.Mohammad Mahsub (Menteri Undang-undang Mesir) mengulas mengenai tindakan kumpulan yang menentang keputusan Dr Mursi sekalipun keputusan tersebut membawa kebaikan kepada negara dan rakyat. Kumpulan penentang ini masih menganggap diri mereka pembangkang kerana berada di bawah rejim Mubarak terlalu lama.

katanya lagi "Rakyat Mesir hidup terlalu lama dalam kezaliman, lebih 30 tahun. Waktu itu mereka adalah pembangkang kepada kerajaan. Hari ini, mereka terus menganggap diri mereka pembangkang kepada kerajaan Mursi sedangkan Mursi telah memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat dan parti politik..Dalam Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, dalam Parlimen."


24 November 2012 | Sabtu :

- Siri-siri serangan ke atas pejabat FJP terus berlaku.

- Pejabat Ikhwan Muslimin di 'Ain Syams diserang dengan molotov oleh pihak yang tidak diketahui yang menyebabkan kebakaran pada pejabat tersebut. Penduduk tempatan berusaha memadamkan kebakaran.

- Pejabat FJP di Jalan Jisr Suez, Alfu Maskan kira-kira 500 meter dari pejabat Ikhwan yang dibakar sebelum itu turut diserang.

- PORT SAID, beberapa orang pemuda dari Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) menyerang pejabat FJP wilayah.

- Di Damanhur, wilayah Buhaira para penyokong Mursi berjaya memberkas 5 orang kumpulan samseng upahan membawa senjata tajam dan molotov cuba menyerang Pejabat Ikhwan Muslimin wilayah

- Abul 'Izz Hariri, seorang Ahli Parlimen Mesir dari Parti Sosialis Rakyat, berhaluan kiri telah ditangkap sewaktu membayar upah kepada kumpulan samseng bagi membakar pejabat dan markaz Ikhwan Muslimin di Iskandariah.
Beliau antara 13 calon yang bertanding Presiden Mesir pada pusingan pertama semasa Pilihanraya Presiden yang lalu.

- Peguam Negara yang baru, Tala'at Ibrahim memulakan tugas hari pertama hari ini, Sabtu dengan pertemuan dengan anggota Jabatan Pendakwaraya Negara. Beliau berjanji akan kembali membicarakan Mubarak serta orang kanannya terdekat di "mahkamah revolusi".

Selepas pelantikan Peguam Negara baru Khamis lalu, kerajaan Mesir menyenaraikan nama-nama kroni Mubarak serta bekas-bekas menteri dalam senarai mereka yang dilarang ke luar negara.

- sekumpulan pemuda dipercayai dari Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) dan gerakan kebangsaan menyerang pejabat Ikhwan Aswan. Mereka memecahkan pintu pagar besi bangunan dan mengoyak poster dan iklan yang ditampal sambil melaungkan cercaan kepada Ikhwan dan parti FJP.

- Pusat Operasi laman web Ikhwanonline diserang dan dibakar menyebabkan kemusnahan kepada pintu masuk pejabat

- Kelab Hakim wilayah Iskandariah memutuskan untuk menggantung kerja di semua kompleks hakim di Iskandariah sebagai protes keputusan Mursi.

- Kelab Hakim Mesir sekarang mengadakan Mesyuarat Khas Tergempar bagi membincangkan keputusan Presiden Mursi Khamis lepas.

- Puluhan anggota parti aliran sekular/liberal dan gerakan kebangsaan meneruskan perkampungan di Tahrir meminta Mursi menarik balik keputusan yang dibuatnya Khamis lalu.


25 November 2012 |Ahad :

- GAGAL! Walaupun Kelab Hakim Mesir mengumumkan untuk menggantung kerja di seluruh kompleks mahkamah di Mesir sebagai bantahan keputusan Presiden Dr.Mursi, hakikat yang berlaku pada hari ini agak berbeza.

- Keputusan yang diumumkan oleh Presiden Kelab Hakim Mesir, Ahmed Az-Zindi (yang terkenal dengan orang Mubarak) semalam yang mengugut jika Mursi meneruskan keputusannya, seluruh hakim dan peguam akan memulakan mogok seakan-akan tiada sambutan dengan, para hakim dan kakitangan pendakwaraya di wilayah-wilayah menjalankan tugasan seperti biasa hari ini.

- Ratusan peguam berhimpun di hadapan Kompleks Mahkamah Iskandariah menolak keputusan Kelab Hakim wilayah tersebut.

- Mereka turut mengecam Az-Zindi yang bagi mereka adalah 'tali barut' kepada Mubarak dan bekas Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud. Turut dikecam pendirian Presiden Kelab Peguam Mesir, Samih 'Asyur yang turut menyokong pendirian Az-Zindi.

- Islam Mas'oud berumur 15 tahun, telah dibunuh oleh samseng yang dibayar ketika mempertahankan markaz Ikhwan Muslimin di Damanhur. Terdapat lebih 60 kecederaan. Selama dua hari berturut-turut ketika serangan berlaku, tiada langsung kawalan daripada pihak keselamatan.

- Puluhan ribu rakyat Mesir keluar ke jalan-jalan raya selepas Isyak bagi menyokong keputusan yang dibuat oleh Presiden mereka, Dr.Mursi, Khamis lepas.

- lebih 10,000 rakyat keluar berhimpun di Iskandariah di halaman Masjid Qaid Ibrahim dan mengecam tindakan kumpulan samseng yang membakar Pejabat FJP Iskandariah (Jumaat lalu), yang terletak dekat masjid tersebut


26 November 2012 | Isnin :

- Pemimpin beraliran sekular Mesir, Dr.Mohammad Barad'ie semalam meminta Amerika masuk campur bagi menghalang Presiden Dr.Mursi meneruskan keputusannya Khamis lalu

- Dr.Mohammad Barad'ie antara pengasas Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) yang kini pemuda mereka menggunakan kekerasan dan membakar pejabat Ikhwan di seluruh negara.

- Pejabat Utama Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di Jalan Al-Bahr, bandar Tanta hari ini pula diserang dengan batu oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali antara 40 hingga 50 orang.

- Pakatan kumpulan Islam (Gabungan Ikhwan Muslimin, parti FJP, Parti Nur, Jamaah Islamiyah dan Gerakan Salafiyah) yang bercadang mengadakan himpunan menyokong Mursi esok di hadapan Universiti Kaherah memutuskan untuk menangguhkan himpunan kepada satu tarikh yang belum ditentukan setelah melihat situasi politik semasa yang melanda negara.

- Gabungan kebangsaan Mesir bersama-sama parti-parti politik beraliran sekular dan liberal tetap meneruskan himpunan di dataran Tahrir.Mereka telah berkampung di Tahrir sejak Jumaat lepas dan bilangan penyokong mereka dijangka bertambah.


27 November 2012 | Selasa :

- Hamdin Sobahi berkata, parti-parti sealiran dengannya akan berkampung dan meneruskan tekanan serta protes sehingga Mursi 'kembali berundur' dengan membatalkan keputusan yang dibuatnya Khamis, 22 November lepas.

- Malam, berlaku pertempuran yang dahsyat antara pemuda Ikhwan Muslimin dengan kumpulan samseng di bandar Mahalah Kubra, wilayah Gharbiyah.

- Dilaporkan Seramai 200 pemuda Ikhwan Muslimin Muhafazah Gharbiyah mengalami kecederaan, dan dikatakan 4 daripada mereka mengalami kecedaraan yang kritikal.

- Serangan dilakukan oleh samseng upahan fulul Parti Watan dan dari sebahagian golongan kiri revolusi Mesir yang diketuai oleh Hamdy Fakhrani. Serangan dilakukan ke atas Markaz Ikhwan Muslimin dan Markaz FJP bandar Mahalla.

- Mangsa kecederaan kritikal dipindahkan ke Hospital Universiti Tanta, Hospital Mahalla Am, dan beberapa hospital swasta di bandar Mahalla.

- Dengan ketiadaan pasukan polis, pemuda pemuda Ikhwan Muslimin seakan menjadi perisai perisai hidup mempertaruhkan nyawa mereka untuk menjaga keselamatan ibu pejabat Ikhwan Muslimin dan FJP.


#Teruskan berdoa untuk kesejahteraan Mesir dan kepimpinan Dr Morsi dalam menegakkan Islam di bumi nil ini. Ini adalah perjuangan antara Islam dan Kuffar! antara Haq dan Bathil! Perjuangan ini tidak mudah, anak-anak fir'aun masih ramai berkeliaran membuat onar.

Mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang!



Sumber : FB
Abdul Malik
R.N.N
Ikhwan Online
Page FJParty
Page "Ikhwan Muslimin" Tarbiyah Jihad dan Dakwah
Page Ikhwan Muslimin
Page Ikatan Ikhwan Muslimin Sedunia

IKRAM Mesir 2012

Selasa, November 13, 2012

layan...

Ahad, November 04, 2012

Kekuatan dan ketabahan kami...


Puteri hati yang suka tidur waktu siang..berjaga malam...:-p 
tapi anak bertuah ni sangat baik..x banyak ragam..dan paham keadaan abiumminyer..


pandangan matamu bisa mencairkan hati abiummi...mendamaikan jiwa...bisa buat abiummi yang dilanda berbagai dugaan,kembali bangkit dan punya semangat juang...


"Saya budak comel yang tembom..berat badan saya dah dekat 6 kilo..saya pakai pampers sama size dengan abang long saya...hehehehe..."

Sejuk hati ummi tengok puteri ummi tenang je pakai tudung...sebiji muka abi..hehe.....


-LAMBANG CINTA SUCI PAPA n MAMA-
" Kalian berdua permata hati, Anugerah teristimewa dari Illahi,Penguat semangat dan ketabahan abiummi,Anak-anakku yang dikasihi,kami tiada harta yang boleh diberi,hanya kasih sayang yang tak berbelah bagi,serta pelajaran untuk menjadi ilmuwan yang disegani,moga membesar sebagai anak yang soleh dan solehah sejati..Amin Ya Rabb... "
Abiummi sangat menyayangi...moga ianya sentiasa mekar sampai ke syurga nanti....
Mohammad Khalish Nu'man (2 tahun 6 bulan) dan Aisyah Humaira' (3 bulan 16 hari) .....

Kami akan terus cekal demimu anak-anak...semoga segala kepayahan dalam menempuh kehidupan di rantauan ini akan membuahkan sesuatu yang indah di kemudian hari...:-)





Ahad, Oktober 07, 2012

penyeri hati tok babah tok neni...


Cucu pertama...
Muhammad Khalish Nu'man bin Mohd Hazin
Lahir:23/04/2010



Cucu kedua
Lahir:20/05/2010
Zaim bin Zulfazli


Cucu ketiga
Aisyah Humaira' binti Mohd Hazin
19/07/2012


Yang terbaru..
cucu keempat
Zahra binti Zulfazli
27/09/2012

alhamdulillah..:-) 2 anak angah yang lahir di Egypt..2 anak along yang lahir di Malaysia ...adik afiq pula kat mana ye? TAPI....tunggu dulu ye...giliran anda akan tiba jua.. keje kuat2 dulu..muda lagi....hehehehe...

Jumaat, Oktober 05, 2012

dugaan....

"Ya Allah...Aku mohon padamu...jauhkanlah aku dari sakit yang berpanjangan,lindungilah aku sekeluarga,kuatkan semangat ku dalam menempuh dugaan dalam kehidupan.permudahkanlah segalanya.Ya Tuhanku...peliharalah anak-anakku dari segala yang memudaratkannya..Ya Allah ,semangatku adalah suamiku,anak-anakku,kedua ibubapaku serta semua ahli keluarga serta sahabat-sahabatku..Lindungilah mereka Ya Allah.....:-( "

aku terima kesakitan ini dengan redha..namun aku sentiasa berharap diriku sentiasa tenang,tabah dan sabar demi permata hatiku....

harini hari yang sangat mendebarkan buatku.... juga buat hatiku sedikit gundah kerana masih x dapat mencari rumah yang sesuai....masa tinggal 25 hari lagi....hmm.....

peristiwa harini....membuatkan aku teringat pada kedua ibubapaku.

"Abahmak...angah rindu sangat pada semua..mak abah..harini angah merasai perasan seorang ibu ...pengorbanan...benar kata orang..seorang ibu sanggup menggadaikan nyawa demi anak-anaknya... kerana mereka juga,kita punya kekuatan yang luarbiasa...mak abah....tadikan angah bagai rasa hilang nyawa bila terjatuh dari tangga.....waktu tengah pegang aisyah..dalam gelap..sebelum tu angah memang agak kepenatan...balik dari kelas,pastu berjalan kaki lebih kurang 5km pg balik dengan  mengendong aisyah humaira di depan yang beratnya 5kg dan beg serta kitab yang beratnya 5kg juga di blakang ke kedai makan..(duduk mesir ni memang angah biasa jalankaki...khalish pun angah dah biasakan..xpelah susah2 dahulu kan?)sebelum tu ada satu kejadian kami nyaris2 dicopet,tapi alhamdulillah..selamat..kemudian angah pegi tengok rumah yang ingin disewa...tapi macam hampa..sewanya agak mahal..jadi angah pun turun dari rumah baba tu di tingkat 4..angah turun tingkat 1 pastu masa turun..gelap..angah tersalah langkah...turun melepasi 3-4 anak tangga ke bawah sekaligus..dan terus rasa hilang imbangan namun demi anak,angah pegang erat dan hentakkan saja punggung angah ke lantai batu tu...masa tu hanya pikir Aisyah..tak pikir diri yang baru pas pantang,tak pikir diri yang operate dah 2kali..memang tak pikir mak...abah....memang sakit sangat waktu..tapi angah gagahkan jua..balik jalan kaki mak abah..aisyah angah dukung,khalish abinyer dukung..dia tertido..walau saat itu angah rasa sangat sakit di belakang...mak abah..kalaulah saat ini kalian dekat denganku..akan peluk erat2...dan angah ingin ucap terima kasih..sebab mak abah mesti lagi banyak berkorban masa membesarkan kami 3 beradik..terima kasih yang tidak terhingga..hanya Allah yang mampu nmembalas jasa kalian...kalianlah kekuatan angah..kalianlah sebab mengapa angah menjadi sangat tabah...,kerana kalian angah terima apa jua dugaan dengan hati yang terbuka.kerana kalian angah sentiasa utamakan orang2 yang tercinta walau adakala hati diundung duka,kerana kalian angah punya ketahanan jiwa yang luarbiasa..kerana kalian angah rela merantau terpisah antara benua,.Angah sangat menghargai jasa kalian membesarkan angah anak yang lahir tak cukup bulan ni...membesarkan angah hingga menjadi seseorang yang berguna,menjadikan angah merasai pengalaman dan betapa indahnya menjadi seorang ISTERI dan IBU..syukran mak abah...semoga satu hari hari nanti kita akan bertemu semula nanti...angah sentiasa menanti saat itu..namun..andai takdir tak dapat menemukan kita di dunia..angah berdoa di akhirat kita akan bertemu juga ..tetap sebagai keluarga bahagia...rindu kalian semua..moga kita di bawah rahmat Yang Maha Esa dan murahkan rezeki kita sekeluarga...."


p/s:tadi masa jatuh x sakit sangat..sekarang baru rasa seluruh badan sakit...tapi mak abah jangan risau..angah kan bionic woman...akan sentiasa tersenyum dan terus kuat....:-)
entry ni adalah entry orang yang tengah sakit yang kerinduan...:-(

Khamis, Oktober 04, 2012



siapa isteri anda?, dia ialah;

1. Anugerah Allah yg didatangkan untuk mencintai anda.
2. Teman dalam susah dan senang.
3. Teman untuk anda bergurau dengannya.
4. Insan yang melahirkan zuriat anda
5. Insan yg di lahirkan untuk anda menyintainya dan bermanja dengannya.
6. Pembantu anda dlm urusan rumahtangga.
7. Penasihat anda bila anda tersasar.
8. Penghibur dikala anda dukacita.
9. Perangsang anda dikala anda berputus asa.
10. Penyokong anda dikala anda ditinggalkan.
11. Pembela maruah anda.
12. pendinding anda dari Neraka Allah.
13. Pendorong anda kepada Syurga Allah.
14. Pelayan setia anda tanpa mengira waktu.
15. Perawat luka anda dikala anda terluka.





Dia lah wanita yg harus anda hargai...:-)

Ahad, September 30, 2012


~* Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia..
Walau SEKERAP mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara yang pernah membuat dia TERLUKA..
Pasti ada sesuatu yang pernah MENGURIS HATINYA,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia MENANGIS..
Pasti ada..
Kerana dia juga MANUSIA..


Rabu, Ogos 29, 2012

layan.....:-)




Lirik yang puitis...(jiwang pas pantang)....:-)

Bersaksi Cinta Diatas Cinta
Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a

Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman

Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata

Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu

Di Istikharah Cinta..

p/s:Alhamdulillah...dil dah melepasi pantang 40 hari....lega sikit......

Khamis, Ogos 16, 2012

Salam Lebaran


Salam Aidilfitri buat semua ahli keluarga.sahabat handai..
Tak kira di mana berada..salam dihulur tanda kemaafan dipinta...
moga ukhuwah kekal selamanya.... 

Dari Muhammad Khalish Nu'man,Aisyah Humaira',
Ummi (Dil Rashid) Dan Abi (Azin Ahmad) dari bumi iskandariah,mesir....





p/s:mood sedih....berpantang waktu raya....huhuhu...n miss my family so much...... mesti kalau di mesia meriah je nak raya...huarghhhh.......:-(

Isnin, Ogos 06, 2012

X kenal x cinta....

x kira di mana berada, jagalah hubungan antara kita...mengenali satu budaya yang berbeza adalah satu pengalaman yang amat berguna.....walau kadang2 seperti itik dengan ayam,atau kadang2 kita punya pandangan yang negatif...tapi xpe..kita boleh belajar selagi terdaya..dan x kenal maka x cinta..macam pandangan ku pada bumi mesir..aku dah terjatuh cinta..walau berbagai dugaan terpaksa diterima..xpelah..itu semua untuk kita jadi lebih dewasa.......:-)

so touching iklan ni.....hidup anak rantau...(seperti kami...tapi bumi m'sia tetap di hati...)

Jumaat, Ogos 03, 2012

sabarlah....

Bersabarlah duhai hati....sesungguhnya dugaan itu adalah tanda Allah sangat menyayangi dan amat mematangkan kita..semoga semuanya dipermudahkan,ada jalan penyelesaiannya dan kita dimurahkan rezeki dari Allah Yang Maha Berkuasa...



Sayu rasa hati melihat wajah anak-anakku yang sedang tidur..kalianlah kekuatan abiummi sebagai anak rantau... semoga abiummi kuat....bermacam dugaan terpaksa ditempuh kala ini...tambahan pula dil dalam tempoh berpantang,jadi pergerakan amat terbatas dan emosi adakalanya mudah tergoyah,namun diri ini segera tersedar,x boleh leka dengan mainan emosi...insya Allah..setiap yang berlaku ade hikmahnya...


notakaki: wahai semua ahli keluarga dan sahabat,aku amat merindui kalian...doakan kami di bumi mesir ini,diberi kekuatan yang luarbiasa dalam mengharungi kehidupan...

Selasa, Julai 24, 2012

penyejuk hatiku....

video

Khalish semakin menunjukkan sifat abanglongnya, video di atas sewaktu dia tengah main game...tetiba adiknya nangis...tapi demi berjihad,tetap xnak tinggal tapi berselawat dari kejauhan,,kami nak gelak..tapi tahan je...dan sempat merankamkan telatahnya tanpa dia ketahui..tu sebab gelap..sebab sorok2...hehehe...

 putera puteri hati kami.....

 abang yang penyayang....


si kecik yang berusia 6 hari.... yang x banyak ragam dan suka senyum...
Semoga kedua2 anak ini membesar bagai anak yang soleh dan solehah,taat pada orang tua,baik tingkahlakunya dan sentiasa di bawah keredhaan yang Maha Esa..... Amin Ya Rabb

notakaki:tempoh berpantang yang amat panjang....huhuhu....

Ahad, Julai 22, 2012

Alhamdulillah

  gambar masa baru je kuar dari bilik operate...

Bersyukur Pada hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dil telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan kaedah pembedahan di Iskandariah,Mesir pada waktu 4.40 pagi pada 19/07/2012 bersamaan 29 syaaban 1433hijrah...Doakan agar dil dan baby sihat selalu....

notakaki:x boleh cite panjang..berpantang.. nama baby belum ada..kena tunggu 7 hari..:-)

Jumaat, Julai 13, 2012

Hargai Air Mata Wanita




Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Karena aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan apabila ia perlukan."

Note :

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."


"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

Rabu, Julai 04, 2012

Alhamdulillah...Semoga Allah sentiasa merahmati kita....


Wahai bidadaraku....
Masa berlalu pantas tanpa disedari..pejam celik,dah 3 tahun kita melayari bahtera bersama...
Suka duka dalam rencah kehidupan,kita lalui dengan semangat yang sentiasa membara..
Jatuh bangun,keluh kesah,resah,dugaan demi dugaan dan adakala terpaksa hidup berjauhan,
menjadikan kita saling melengkapi antara kita... diri mu diriku insan yang berbeza...
berbeza usia,berbeza bidang,berbeza pendapat dan juga prinsip,menjadikan kita saling memerlukan....
adakala kita bertikam lidah,gaduh2 manja,namun itu semua asam garam rumahtangga....
kerana itu juga sentiasa mendekatkan dan menyuburkan kasih sayang antara kita....
kerana tanpamu,hidupku sepi dan kaku,dan tanpaku, hidupmu seperti irama tanpa lagu... 

Wahai cinta hatiku....
Terima kasih kerana menjadi pelengkap hidupku....jadi penguat semangat dan ketabahanku...
Menjadi pengkritik dan penyokong nombor satu ku... 
menjadi insan yang bertanggungjawab penuh terhadapku...
Kehadiranmu adalah satu anugerah dari Illahi untukku,aku sangat bersyukur atas KurniaanMU Ya Allah....
Keranamu putera hatiku.. hidup semakin berseri,keranamu aku berusaha ke arah menjadi isteri mithali,keranamu aku berupaya menjadi srikandi,kepada anak2 penguat cinta suci....

Terima kasih sayang,atas segala-galanya...aku mungkin bukan orang yang pertama dalam dirimu,
tapi izinkan aku menjadi orang yang terakhir dalam hidupmu buat selamanya,maafkan aku andai sepanjang aku menjadi isterimu,ada salah silap yang tidak disengaja,aku hanya manusia biasa,yang kadang2 mudah alpa,namun pimpinlah tanganku sentiasa,kerana aku perlukan sokonganmu setiap masa,Semoga Allah sentiasa merahmati,memberkati,melindungi mahligai yang kita bina... di samping kehadiran cahayamata pengukuh cinta.. dan moga hubungan ini berkekalan sampai hujung nyawa di bawah keredhaan Yang Maha Esa.... Amin Ya Rabb... 


"Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 3 tahun 04/07/2012"




Mohd Hazin bin Ahmad bin Hassan & Fazilah binti Abdul Rashid bin Ali bersama bakal pahlawan agama Muhammad Khalish Nu'man bin Mohd Hazin bin Ahmad dan yang bakal lahir....Insya Allah... :-)

notakaki:mama x impikan ape2 hadiah..cukuplah sekadar kasih sayang yang sentiasa mekar untukku..(tapi kalau nak bagi pun mama terima dengan tangan dan hati yang sangat terbuka..tapi bukan dengan mata ke atas tangan di dada.... hehehehe..i luv u so much dear..)




Selasa, Julai 03, 2012

sweet....:-)






Tiada ulasan:

Jumaat, Jun 29, 2012

penantian....

penantian itu satu penyeksaan...huhuhu..sabarlah wahai hati......Insya Allah..semuanya dipermudahkan...
dil tengah berdebar menanti kiriman bungkusan poslaju dari family di m'sia.... dikirim pada isnin lepas.... harap2 selamat sampai...barang2 baby dan khalish banyak dalam tu.....huhuhu.. sebenarnya..yg membuatkan dil risau sebab sistem pos di mesir ni agak teruk...dan banyak kali terjadi kiriman x sampai..tu yg buat dil cuak..tapi xde pilihan lain....hanya mampu berdoa.....:-(

dil juga sedang menghitung hari....x lama je lagi nak bersalin..lagi beberapa minggu....rasa takut pun ada.... dan sedih pun ada..... tapi teruja lagilah ada....huhuhuhu....hmmmm... barang2 ada yang dah beli sikit..tapi beg belum kemas lagi..tunggu barang dari m'sia sampai..akan dipunggah masuk beg..satu beg untuk dil..satu beg untuk baby...opsss...macam kena tambah lagi 1 beg..satu beg untuk khalish nu'man juga...nanti dia terasa...hehehehe......


hmmm..nak taip banyak2..tapi xde idea....macam2lah dil ni....bila khalish tido xde idea nak update pula...huhuhu....otak tengah kerisauan..selagi x sampai barang,selagi tu susah hati...sahabat...tolong doakan ye...:-(

p/s:layanlah gambar khalish masa kecik dan yang terbaru..berbeza betul rupanya...ummi rindu budak tembam yang dulu...huhuhuhu.....khalish yg kuat makan tapi tetap kurus.....:-)








Rabu, Jun 27, 2012

harap maaf....





assalamualaikum... x dapat nak update blog sebab abang khalish nu'man dan abinyer dah conquer..huhuhu.. jadi sebagai ibu mithali... dil mengalah demi orang tersayang...huhuhu..:-( lagipun...mak buyung dah sarat..jadi  banyak benda yang difikirnya...doakan dil selamat melahirkan dan dipermudahkan segalanya...

notakaki:musim exam dah abis,ramai teman2 yang mula nak balik m'sia...hati ini tiba2 sayu....dan di masa ini juga berbagai dugaan yang melanda...namun,kena kuat....kerana dil percaya setiap berlaku ada hikmah..Ya Allah..berilah kekuatan yang luarbiasa.....dimurahkan rezeki..smoga semua ahli keluarga ku dipelihara dari segala kelemahan hati dan dijauhkan dari anasir2 yang tidak diingini...Amin Ya Rabb.... 


Isnin, Jun 18, 2012

happy born day.....

Harini hari lahir 2 insan yang istimewa .....
1) My Lovely Sister...

Zailatuefa Tumiran.... 
Selamat hari lahir yang ke 31 tahun...
Kaklong.. kehadiranmu dalam keluarga kami adalah umpama cahaya yang menyerikan hidup kami sekeluarga, melengkapi antara kita..suka dan duka telah ditempuh bersama ..dan sama2 membesarkan dan membahagiakan keluarga tercinta...terima kasih atas segalanya..maaf andai ada salah tutur kata...kakngah bersyukur kerana dapat merasai kasih sayang dari kaklong yang tercinta...semoga kaklong sentiasa dilindung Yang Maha Esa...dipermudahkan segalanya,dan selamat melahirkan cahayamata yang ekdua...dan harapan kakngah..moga kasih sayang antara kita kekal hingga hujung nyawa....rindu kaklong dan keluarga....


Ni hadiah buat kaklong....setaman bunga dari iskandariah..mesir.. :-)


2) sahabatku..Afiedah Nur Ahmad Tajuddin...(x berani nak letak gambar..nanti kena saman..hehehe)

Selamat Hari Jadi yang ke?...biarlah rahsia...hahahaha...
Buat sahabatku..mengenalimu satu anugerah yang sungguh bermakna.. dua orang yang berlainan cara,perangai berbeza,namun itu yg merapatkan kita, betul orang cakap,x kenal maka x cinta..bila dah kenal, rupanya serasi pula...namun,andai dalam hubungan ada tersalah tutur kata atau perlakuan luarjangka,harap jangan disimpan di dalam dada...diri ini mohon maaf atas segala..aku hanyalah manusia biasa..yang kadang2 mudah terleka..namun aku x pernah lupa..hubungan ini amat berharga..harapanku..semoga kau berjaya mengejar apa yang dicita,bahagia bersama orang tercinta dan hubungan persahabatan kita kekal selamanya....terima kasih atas segalanya..

hadiah untuk dirimu....dariku...petai semangkuk...(tengok gambar jelah..hehehe)



notakaki:harini abinye balik..lega di hati..pasni abi dah cuti lama2..bestnyer.....

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955