Malam Tadi (TahunBaru)Gereja Dpn Masjid Bersebelahan Mustasyfa Jihan Cd Bisyr ( 3 km dr kwsn pelajar) Kena Bom TNT Seberat 100kg Membunuh 21 Org & lebih 80 yg lain tercedera.. Mosad Dituduh terbabit.. Fitnah ini akan menyebabkan rusuhan demi rusuhan akn berlaku lg selepas ini, .. dan km jangka mcm biasa, student2 asing spt dr Rusia & Jerman akn turut sama kne tgkp slps ini
Berita ni juga ada keluar dalam akhbar utusan malaysia.
Serangan di gereja Mesir
KAHERAH 7 Jan. - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta melepaskan tembakan senjata automatik ke arah penganut Kristian Qibti yang baru selesai menghadiri upacara sembahyang di gereja di sebuah pekan di selatan Mesir malam tadi.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Mesir, serangan sejurus sebelum tengah malam tadi, menjelang Krismas yang disambut oleh masyarakat Qibti hari ini, dipercayai sebagai membalas dendam terhadap kejadian seorang budak perempuan Islam dirogol oleh seorang lelaki Kristian di pekan sama pada November lalu.
Serangan yang turut menyebabkan tiga orang cedera parah itu berlaku di pekan Nag Hamadi, wilayah Qena, kira-kira 64 kilometer dari runtuhan purba terkenal, Luxor.
Biskop Kirollos daripada gereja St. John di Nag Hamadi berkata, enam anggota gereja itu dan seorang pengawal keselamatan terbunuh.
Beliau telah melahirkan rasa bimbang mengenai keganasan menjelang Krismas disebabkan ugutan yang diterima sebelum ini berikutan kejadian budak perempuan berusia 12 tahun itu dirogol pada November lepas.
Malah Kirollos menerima mesej ugutan di telefon mudah alihnya yang berbunyi: "Sekarang giliran kamu."
Beliau mendakwa penduduk Islam di Nag Hamadi dan kampung berhampiran merusuh selama lima hari pada November lalu dengan membakar dan merosakkan harta benda penduduk Kristian di kawasan berkenaan selepas insiden rogol itu.
"Sejak beberapa hari lalu, saya memang sudah menjangka sesuatu berlaku pada hari Krismas dan polis telah meminta saya tidak keluar rumah kerana khuatir akan berlaku lagi keganasan," katanya.
Qena adalah antara kawasan paling miskin dan konservatif di Mesir.
Penganut Kristian yang kebanyakannya Qibti berjumlah kira-kira 6-8 juta atau kira-kira 10 peratus daripada penduduk Mesir.
Pergaduhan antara penduduk Islam dan Kristian bukanlah perkara luar biasa di selatan Mesir dan telah mula merebak ke ibu negara sejak beberapa tahun kebelakangan. - AP
ni pula dpt ym dri persatuan pljr m'sia di sini:MAKLUMAN PENTING : ASSALAMUALAIKUM,SEMUA DIMINTA MENJAGA KESELAMATAN EKORAN LETUPAN BOM DI ALEX BERHAMPIRAN GEREJA MENYEBABKAN LEBIH DARI 20 ORANG KRISTIAN YANG MATI,TAMBAHAN PULA HARI JUMAAT INI KRISTIAN MESIR AKAN MENYAMBUT RAYA AL MAJID MEREKA.BANYAKKAN SOLAT HAJAT DAN DOA MINTA KITA SEMUA DIPELIHARA OLEH ALLAH SWT
UPDATE 06.01.2010....dapat dari fb..peringatan untuk kami di sini... PERINGATAN: Hari ini rabu 05hb jan 2011. Kami menerima kenyataan tidak rasmi dari gerakan ikhwan & salafi bahawa esok (khamis) org2 kristian akan melancarkan huru hara secara besar2an khususnye dikawasan iskandariah, abbasiah & syoubra berdekatan ramses. Adalah diminta semua ajnabi samada dr malaysia atau negara rusia termasuk negara2 bekas jajahan supaya sentiasa dlm keadaan berjaga2. ( yufri ).
Notakaki:Macam-macam yang berlaku...Dahlah musim exam..Moga kami semua dilindungi Allah di rantauan ni..skrg nk gi mana-mana kna sentiasa bawa visa...bahaya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan