Saje je nak kongsi resepi ni..paling senang nk buat tu yang sampai 2 jenis kubuat...
2-2 berasaskan tepung pulut..hehehe...
2-2 berasaskan tepung pulut..hehehe...
Bahan-bahan
1 cawan tepung pulut
1 cawan air suam-dil x guna semua,.agak2lah ye...
Garam secukup rasa
2-3 titik pes pandan
1 keping gula melaka-dipotong kecik-kecik
Air yang dididihkan dalam periuk.
Kepala kering yang dicampur dengan garam...huhu...sini xde kelapa parut..:-(
Cara membuatnya..
1)Tepung pulut dicampur dengan garam,pes pandan kemudian air dituang sikit demi sikit.Uli sehingga menjadi doh. jangan keras atau lembik sangat.
2)Ambik sedikit adunan, masukkan gula melaka ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.Ulang sehingga habis doh tu..kalau xnak abiskan..simpan....:-P
3) Kemudian masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. .Kalau terapung tu maknanya dah masak ye...
4)Toskan dalam penapis dan gaulkan dengan kelapa..jangan makan panas2 melecur lidah tu kang... :-)
notakaki:sebenarnya segan nak letak resepi ringkas ni..tapi ada kawan mintak..so letak jelah..hihi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan