Ahad, Disember 04, 2011

Ajal tidak mengenal usia..Alfatihah...


Sebelum diri ini beradu, dil ingin menyedekahkan Al-Fatihah untuk diri sendiri, suami, anak-anak, kedua ibubapa, ibubapa mertua, adik beradik, sahabat-sahabat serta tak lupa buat yang muslimin dan muslimat yang telah pergi meninggalkan dunia untuk bertemu Allah Yang Maha Esa...



Terutama buat wafa dan wafi yang telah kehilangan ibu tercinta pada hari Jumaat 02/12/2012 kerana demam denggi berdarah... Allahyarhamah ibu beliau baru berumur 26 tahun,bekerja di penjara kajang dalam jabatan agama,asal jenjarom,tinggal di semenyih... Dil sempat mengenali beliau ketika pulang ke tanahair seketika pada bulan februari tahun ini..seorang yang pendiam,dan mudah tersenyum... Sedih hati ini mengenangkan nasib wafa yang baru nak masuk 3 tahun dan adiknya baru nak masuk 2 tahun(lebih kurang khalish)..Wafa dan wafi dijaga oleh mak mertua dil ketika ibubapanya bekerja....Bagaimanalah nasib berdua nanti?adakah dijaga oleh ayah mereka atau keluarga allahyarhamah ibu mereka? Sewaktu dil menelefon ibu mertua dil pagi tadi,mereka sangat hiba menceritakan perihal wafa yang seakan mengerti ibunya telah tiada... Wafi pula masih menyusu badan(campur dengan susu formula)sebak hati ini bagai disayat2..terus dil memeluk khalish yang sedang tidur ketika itu sambil airmata tiba2 mengalir... Semoga Allah menempatkan allahyarhamah ibunya di kalangan orang yang beriman dan memberi ketabahan yang luarbiasa untuk ahli keluarga wafa dan wafi dan memelihara mereka sebaik mungkin... Aku juga berdoa pada Allah,andai diri ini sudah tiba masa dijemput Illahi,biarlah anak bertuahku Khalish Nu'man mendapat kasih sayang yang secukup dariku..namun aku sedar,ajal maut di tangan Allah..kita sebagai hamba kena sentiasa bersedia dengan memperbanyakkan amalan2 serta sentiasa redha dengan ketentuannya..Semoga kita sentiasa dekat pada-Nya....


notakaki:terbayang2 wafa yang merajuk dengan Allahyarhamah ibunya kerana memberi khalish hadiah baju,tapi untuk dia takde(padahal ibunya ada membeli untuknya tapi sudah dipakai)...kenangan terakhir sebelum kami kembali di bumi mesir...:-(


3 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

InnaLillah hiwainna ilai hirojiun...
Semuga Allah tempatkan Allahyarhamah ke tempat para Solihin.
Dugaan betul buat wafa dan wafi...
rehis

Aida Lela berkata...

takziah..

sedihnya, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Amin. Al-Fatihah

ummi_khalish berkata...

ibu n Abah:Amin ya rab...tulah...kecik2 lgi kak..sedih rasa hti ini....:-(

aida:syukran...tula..setiap yg berlaku ada hikmahnya...kena redha...amin ya rab...:-(

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955