Alex dah pagi,c kecik ni pula baru tido..Alhamdulillah...Awal tido harini...Dapatlah ummi berehat-rehatan..cadangnya nak tido sama dgn khalish,tpi baik solat subuh dulu,kang takut terlepas subuh..bkn setakat subuh gajah,jdi subuh zirafah naya..hehe.sukasuki je ummi ni..Mesti sapa yg baca blog dil ni(ade ke sudi baca?huhu...ade2..ramai tu..dh 8 org..syukran2...)sambung balik.:-) ..mesti tertanya-tanya napelah lambat bebeno tidonyer c kecik ni?ape nk buat..anak arab..dah lahirnya arab,duduk arab...so iktlah cam arab..org arab di bumi mesir ni mmg jnis tdo pas subuh..kalau rasa nk berbaring tgh jalan pukul 7-8 pagi tu,blhlh sgt(kt mesia jgn dibuat,mau lenyek dilanggar keta yg bertali arus)Kalau kat kawasan umah pula pukul 12 barulah havoc...mase tu dgrlah bermcm2 laungan..beke'ah2...(ni bukan bengkang k,ni org nk beli besi buruk..) dgn bassol sittah kilo a'syarah genih...dgn bunyi arab brckap lagi,dgn bunyi kentang kentung lagi mmg sgt memekak...tapi itulah kehidupan di bumi pasir..walau apapun dil tetap rasa tenang..entahlah..sukar nk digambarkan dgn kata-kata,nnti dil cite di entry lain..ape yg istimewanya mesir ni..skrg ni nk cite psl lain...hehehe..Papa xde lagi harini..pegi cairo lagi..urusan kuliah yang x settle2..dia bertolak kul 1-30 pagi tdi..naik ketapi ayam...(nnti dil cite psl ketapi ayam ni) Buat papa...anggaplah pengorbanan ini untuk sebuah kejayaan..Ummi dan khalish sentiasa mendoakan abi..
Klah,sudh2 berceloteh...berbalik kepada tujuan asal nk tulis mlm ni...Sebenarnya sambil menulis tadi dil tengah pangkukan khalish sambil2 tngok my document..trjumpalah entry ni..pastu mulanya nk letak dia dulu.tpi pk punya pk dil post dlu sblm dia trjaga..dil mmg selalu amalkan bila c kecik ni tido..Entry ni dil baca seblum kawen lagi dalam sebuah blog..dil mmg suka baca-baca pasal anak-anak ni..hehehe.(maaf ye dil btul2 terlupa nk save almtnya..tapi jika tuanpunya blog yg trbaca entry ni..dil mohon panjangkan ye).cume smpt save entry je,yelh dh berzaman..huhuhu..Jadi dil nak kongsi pada yang sudi baca blog dil..sharing is caring kan? Sama-samalah kita mengamalkannya..dan sama-sama dapat anak pintar..sapa x nak anak pandai,bijak,dengar kata dan pintar kan? :-)
Petua Anak Pintar
Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika mereka sedang tidur.
1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca surah Al Fatihah 1 kali dan Alam Nasyrah 1 kali.
3. Bercakap cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya berbinkan dan berbintikan kepada kita. Percakapan itu berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana ia sangat berkesan kepada jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak walaupun dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita. Sapulah ke muka dan ubun-ubun anak.
Cubalah petua itu dan Insya-Allah kesannya akan anda lihat sendiri.
notakaki:benda yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan