Selasa, November 09, 2010

Khasiat Helba aka Halba..

Baru lepas tidokan c kecik ni...sambil-sambil tu dok belek laptop ni...terjumpa satu entry yg sangat berguna yang disave dalama lappy ni untuk kita kongsi bersama..dil x ingt baca di mana tapi sebenarnya mmg tau skit2 cme nk lebih mendalam,dil pun skrg tgh amalkan..Alhamdulillah,memang berkesan..dil kn BF jdinya ia bgs utk bykkn susu..hai kt bumi anbiya' ni barulh tau mcm2 khasiat mknn ni..kalau kt mesia langsung x ambik tau...Mesti trtanya-tanya khasiat ape yer?(feeling2 ramai no pembaca blog dil,padahal lalat pun jenguk sebelah mata je..sob sob...sambung balik)
Khasiat helba atau kat malaysia dipanggil halba..biasanya diletak dlm masakan je..Di egypt ni sana sini kedai shai ade jual air ni..dan kat kedai rempah2 byk dijual..murah pun murah dn dh siap goreng..kt malaysia rasenya kena goreng sendiri....ish2...awatlh lambat no tau...xpelh...meh kita check it out ape khasiatnye...pasni pakat2 kita buat stok kt umh ye.... (sape nak order bagitau ye..)

Helba yang dah dibancuh..(ni minuman sblum tido.....i like :-))


Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :




' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb Ahad Qodamah-Mesir)

Kegunaan Helba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara org Melaka. Juga utk stamina, kecergasan dan utk menstabilkan gula dlm darah, sesiapa yg ada masalah diabetis boleh juga cara ni.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang

.

Mana nak dapatHalba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersial dipasaraya.

Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;

Cina: Hu Lu Ba

Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)

Tamil : Vendayam


Cara-caranya :-

Kalau di malaysia helba perlu digoreng tanpa minyak - jgn plak sampai hangus. kt egypt ni x perlu goreng..terus masukkan 2 sudu besar helba dalam gelas,gula 1/2 sudu teh (kalau diabetes x perlu ltk gula) pastu campurkan air panas,dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu, Insya-allah dpt membantu. (Drpd minum minuman lain yang takde khasiat) Selamat mencuba.... :-)



notakaki: Sesuatu yg pahit itu adalah ubat,yang manis itu adalah racun......Namun seringkali terleka dengan keindahan di mata....tanpa menelitinya........

Tiada ulasan:

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955