Jumaat, September 30, 2011

Mengidam.....



Gambar cik Google....
2-3 hari ni dil mengidam nak makan 2 benda di atas..sangat teringin..... huargh.. papa. cepatlah balik, mama nak sangat makan ni.... papa dengan khalish dah dapat makanan idaman (tengok entry ni) jadi,bagilah ummi mengidam gak....untuk perhatian semua.. ini tiada kaitan dengan ada no 2 ye?kalau betul,alhamdulillah..tapi rasanya tiada kot..sebab? paham2 jelah...malu tau......
Tapi kan kalaulah betul ada isi, diriku adalah orang yang paling gembira..sebab dil pun ngidam gak, nak anak perempuan..boleh gitu? hehehe... teringin nak macam kat bawah ni....

budak korea ni memang sangat cute..shin bi yang sangat menawan....

yang ni pun geram gak nengoknyer. rasa nak cubit2 pipi....

Tapi...Khalish jangan risau ye...ummi tetap takkan mengetepikan khalish kalau abiummi dan ummi berjaya memberikan khalish adik lagi... Khalish tetap anak yang menjadi pengikat cinta abi dan ummi...Kami sayang khalish sampai menutup mata....semoga dirimu membesar sebagai anak yang soleh dan menjadi pemimpin bagi adik2mu,insya Allah(wah,macam x sabar je nak ada anak lagi ni..tapi,andai Allah belum memberikan rezeki lagi, terima dengan hati terbuka dan cuba lagi.. :-)


notakaki:harap2 dapatlah makan makanan di atas tu...huhuhu...

Khamis, September 29, 2011

LAW KANA BAINANA



Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
... Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955