Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

Khamis, Februari 10, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah...selamat semuanya...dil dan family dah selamat sampai di malaysia dengan penerbangan pertama MAS......bersyukur sangat....Tapi khalish pula x berapa sihat,perubahan tempat dan cuaca....turun berat badan 1.3kilo....semoga ank ummi kembali sihat...
Terima kasih yang tidak terhingga pada semua yg membantu kami.Moga Allah memberkati kalian...Sangat terharu.....

Rabu, Februari 02, 2011

Ya Allah..Bantulah Kami..

Alhamdulillah...x tau nak tulis ape..dengan tangan terketar-ketar.baru harini dapat online setelah trputus dari 28.1.2011.Mungkin semua org tau keadaan di mesir sekarng.Tapi macam-macam cerita kan?xpelah.Hanya kami di sini tau keadaan sebenarnya.Ikutkan hati macam-macam nak tulis..Dalam tempoh ini berbagai yang dilalui.dil cuma nak ucap terima kasih pada semua yang mendoakan.Insya Allah esok pagi akan berkumpul di airport dan lusanya akan dihantar di jeddah.Itu seperti yang diberitahu setlh lama menanti.oklah..Doakan kami selamat,permudahkan segalanya dan harap-harap passport khalish dapat disiapkan esok,dan dapat sama-sama bergerak ke jeddah.jika x,terpaksalah kami bertahan di sini..Ya allah..Selamatkan Kami dan permudahkan segalanya. Doakan kami...Assalamualaikum...Time limited..

p/s:maaf tlisan x teratur..Hati x tenang...kesiankan nasib khalish....:-((

UPDATE:X BLH TIDO SEBAB KENANGKAN AKAN BERDEPAN DGN HARI ESOK.BERKEMAS APA YG PATUT.YG PNTING MKNN UNTUK KHALISH DN PAKAIANNYA.SIAN KHALISH.:-( HANYA DIBNRKN BAWA 7KILO SHJ.HMM..RISAUNYA..APA LAGILAH AGAKNYA?ESOK KAWAN-KAWAN AKN GERAK KE JEDDAH.KAMI BELUM LAGI BERTLK.SAMPAI JEDDAH.NAIK KPL LAUT KE M'SIA JIKA KEADAAN MESIR MASIH X TERKAWAL..HMM...TAPI...HARAP-HARAP NAIKLAH FLIGHT.BUKAN DEMAND TAPI KALAU KPL LAUT BERAPA LAMALH ANAK KECIL NI BOLEH BERTAHAN?BERMINGGU-MINGGU...:-( TAPI SENTIASA BERDOA DUIT MENCUKUPI UNTUK MEMBAWA ANAK KU INI SAMPAI M'SIA DAN MEREDAH KEMUNGKINAN YG BERLAKU......ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.:-(
DAN SYAKIRIN AWI BUAT
MAMA ARASH (K.N) YANG SUDI BUAT ENTRY PSL KAMI.SANGAT TERHARU.BACA SINI. JUGA YANG SUDI MEMBANTU DAN MENWAR-WARKAN BERITA.HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALASNYA..JASA KALIAN AMAT KAMI HARGAI.JIKA ADA YANG SUDI MENGHULURKAN BANTUAN..SANGAT BERSYUKUR.ALHAMDULILLAH.HANYA UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA.SEMOGA ALLAH MEMURAHKAN LAGI REZEKI KALIAN..DOAKAN KAMI SELAMAT...(MAKLUMAT LANJUT TGK DALAM BLOG K.N ) YE. SAYA AGAK KALUT SEKARANG.. MASA TERHAD,MAAF YE:-(

*ni ada sedikit berita lagi..bacalah..http://www.facebook.com/note.php?note_id=189895687696204&id=1598799542.


ENTRY TERAKHIR DI BUMI ANBIYA'....SEMOGA SEGALANYA SELAMAT DAN JIKA ADA CONTEST YANG ADA REZEKI KHALISH MEMENANGINYA.HARAP MAKLUM YE PUAN PENGANJUR.TINGGALKAN KOMEN DAN AKAN DIL HUBUNGI SEBAIK SAMPAI M'SIA.JANGAN BURN YE..:-) (berangan je ummikhalish ni kan?hihi..mana taulh kn?hadiah blik m'sia untuk budak mesir ni..hehehe..:-) (penutup ayat utk hiburkan hati...)


Selasa, Januari 04, 2011

Pengeboman Gereja di Alexandria



Diambil dari fb sahabat yang dah lama menetap di sini.

dr fb..
Malam Tadi (TahunBaru)Gereja Dpn Masjid Bersebelahan Mustasyfa Jihan Cd Bisyr ( 3 km dr kwsn pelajar) Kena Bom TNT Seberat 100kg Membunuh 21 Org & lebih 80 yg lain tercedera.. Mosad Dituduh terbabit.. Fitnah ini akan menyebabkan rusuhan demi rusuhan akn berlaku lg selepas ini, .. dan km jangka mcm biasa, student2 asing spt dr Rusia & Jerman akn turut sama kne tgkp slps ini

Berita ni juga ada keluar dalam akhbar utusan malaysia.

Serangan di gereja Mesir

KAHERAH 7 Jan. - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta melepaskan tembakan senjata automatik ke arah penganut Kristian Qibti yang baru selesai menghadiri upacara sembahyang di gereja di sebuah pekan di selatan Mesir malam tadi.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Mesir, serangan sejurus sebelum tengah malam tadi, menjelang Krismas yang disambut oleh masyarakat Qibti hari ini, dipercayai sebagai membalas dendam terhadap kejadian seorang budak perempuan Islam dirogol oleh seorang lelaki Kristian di pekan sama pada November lalu.

Serangan yang turut menyebabkan tiga orang cedera parah itu berlaku di pekan Nag Hamadi, wilayah Qena, kira-kira 64 kilometer dari runtuhan purba terkenal, Luxor.

Biskop Kirollos daripada gereja St. John di Nag Hamadi berkata, enam anggota gereja itu dan seorang pengawal keselamatan terbunuh.

Beliau telah melahirkan rasa bimbang mengenai keganasan menjelang Krismas disebabkan ugutan yang diterima sebelum ini berikutan kejadian budak perempuan berusia 12 tahun itu dirogol pada November lepas.

Malah Kirollos menerima mesej ugutan di telefon mudah alihnya yang berbunyi: "Sekarang giliran kamu."

Beliau mendakwa penduduk Islam di Nag Hamadi dan kampung berhampiran merusuh selama lima hari pada November lalu dengan membakar dan merosakkan harta benda penduduk Kristian di kawasan berkenaan selepas insiden rogol itu.

"Sejak beberapa hari lalu, saya memang sudah menjangka sesuatu berlaku pada hari Krismas dan polis telah meminta saya tidak keluar rumah kerana khuatir akan berlaku lagi keganasan," katanya.

Qena adalah antara kawasan paling miskin dan konservatif di Mesir.

Penganut Kristian yang kebanyakannya Qibti berjumlah kira-kira 6-8 juta atau kira-kira 10 peratus daripada penduduk Mesir.

Pergaduhan antara penduduk Islam dan Kristian bukanlah perkara luar biasa di selatan Mesir dan telah mula merebak ke ibu negara sejak beberapa tahun kebelakangan. - AP


ni pula dpt ym dri persatuan pljr m'sia di sini:


MAKLUMAN PENTING : ASSALAMUALAIKUM,SEMUA DIMINTA MENJAGA KESELAMATAN EKORAN LETUPAN BOM DI ALEX BERHAMPIRAN GEREJA MENYEBABKAN LEBIH DARI 20 ORANG KRISTIAN YANG MATI,TAMBAHAN PULA HARI JUMAAT INI KRISTIAN MESIR AKAN MENYAMBUT RAYA AL MAJID MEREKA.BANYAKKAN SOLAT HAJAT DAN DOA MINTA KITA SEMUA DIPELIHARA OLEH ALLAH SWT


UPDATE 06.01.2010....dapat dari fb..peringatan untuk kami di sini...

PERINGATAN: Hari ini rabu 05hb jan 2011. Kami menerima kenyataan tidak rasmi dari gerakan ikhwan & salafi bahawa esok (khamis) org2 kristian akan melancarkan huru hara secara besar2an khususnye dikawasan iskandariah, abbasiah & syoubra berdekatan ramses. Adalah diminta semua ajnabi samada dr malaysia atau negara rusia termasuk negara2 bekas jajahan supaya sentiasa dlm keadaan berjaga2. ( yufri ).



Notakaki:Macam-macam yang berlaku...Dahlah musim exam..Moga kami semua dilindungi Allah di rantauan ni..skrg nk gi mana-mana kna sentiasa bawa visa...bahaya...



Isnin, Disember 13, 2010

Berita Terkini-Ribut di Alex...13.12.10

Diambil dari fb sahabat...




Masya allah.. Betapa kuatnya ribut pasir ni..


Berita dari Kosmo Online


DUNIA

Cuaca buruk landa Asia Barat


SEBUAT bot nelayan berada di Sungai Nil semasa ribut pasir melanda Kaherah, Mesir semalam.


KAHERAH - Ribut pasir, angin kencang dan hujan lebat yang melanda seluruh Mesir semalam menyebabkan beberapa buah pelabuhan ditutup, mengganggu trafik di Terusan Suez selain mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila sebuah kilang runtuh di bandar Alexandria.

Lima orang juga dilaporkan cedera parah dalam insiden sama yang melibatkan sebuah kilang tekstil.

Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk membantu ramai pekerja kilang.

Beberapa pegawai memberitahu, 30 orang pekerja mungkin melakukan kerja-kerja menyelamat di bangunan enam tingkat itu.

Sebanyak 26 buah kapal tidak dibenarkan masuk ke Terusan Suez manakala perjalanan 29 buah kapal lagi terpaksa ditangguhkan selama tiga jam.

Laluan yang menghubungi antara Laut Mediterranean dan Laut Merah itu terjejas ekoran tahap penglihatan yang terhad dan angin kencang mencecah 40 knot.

Pegawai-pegawai meteorologi meramalkan cuaca buruk itu akan berlanjutan sehingga hari ini dan menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar dari rumah.

Sementara itu, di Ashdod, Israel, sebuah kapal kargo dari Moldova, karam akibat cuaca buruk.

Namun, 11 orang anak kapal warga Ukraine berjaya diselamatkan, kata seorang pegawai maritim Israel. - Agensi




Ahad, Disember 12, 2010

Masya Allah...Ya Allah Lindungilah Kami..

Hujan batu di alex masih belum berhenti..dah 2 hari..dil dan khalish hanya bertapa dalam rumah...memang x tau ape yang berlaku kat luar tu..tiba2 tadi dil dikejutkan dengan berita yang dibaca dari fb seorang ustaz yang lama menetap di sini..Rupanya berlaku ribut yang paling teruk dan dijangka akan berlaku tsunami..nauzubillah... "Ya allah..lindungilah kami sekeluarga.."

Ni gambar dan cerita dari fb ustaz yufrisan...

Yufrisan Yusoff Hari ini 12hb 12 2010, org ramai kelihatan berpusu2 utk melihat sdr suasana laluan pesisir laut iskandariah. kami dgr ketakutan melanda penghuni pesisir kemungkinan berlaku tsunami. Ketika ini kelihatan kenderaan berat kerajaan masih lagi melakukan kje2 pembersihan laluan pantai yg dipenuhi sarap & pasir slps sehari sblmnya beberapa syarikat pengangkutan menangguh perkhidmatan. Cuaca teruk menimbulkan ketakutan bg kebanyakan wilayah mesir, Libya, Negara Syria Dan Bahagian Kependudukan Utara Saudi. : Yufri



Bergelora..

Laluan ke mansyiah....Masya allah...syukur alhamdulillah,kami x mengalami situasi ni..malam sebelum kejadian kami ke mansyiah ni...nauzubillah....




Buat semua ahli keluarga..jangan risau tentang kami ye..doakanlah kami selamat dan dilindungi Allah...jangan risau..kakngah dan khalish xkan ke mana2...ape2 berita kami bagitahu ye....


Buat abi,jangan risau sangat...abi kena study nak exam..jangan kelam kabut nak balik ye..tabahkan hati..kuatkan semangat.keadaan cuaca x elok ni...duduk je kat cairo tu....insya allah,ummi dan khalish takde ape-ape ye...kami ok je duduk dalam rumah ni...bertapa....jangan risau ,Allah melindungi kita sekeluarga...amin...:-)

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955