Memaparkan catatan dengan label desert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label desert. Papar semua catatan

Isnin, Disember 13, 2010

Triffle Pudding Dengan Buah-Buahan Segar....





Desert yang menjadi kegemaran dil kalau pegi kedai kek atau cafe..huhu...nak buat malas sebab kat sini dil sorang je yang makan..rugi je buat...kat m'sia xpe,ramai ikan piranha..huhu...Tapi disebabkan dalam pertapaan dan ada kek lebih buat tiramisu haritu,jadi dil buat juga.


Tup-tup tengah dok hiris kek tiba-tiba teringat buah cocktail dah selamat digunakan haritu..alamak...dahlah sekarang x boleh kuar..aduhai..jadi datanglah idea menggunakan buah yang ada..dil guna pisang dan epal..sedap juga rupanya..ada strawberry lagi best ni...hehehe....




Bahan-bahannya..

1/2 biji swiss roll cake-dipotong-potong

1 biji epal-dipotong dadu..

1 biji pisang-dipotong bulat2..
1 kotak jelly perisa strawberry(dil gu
na egypt punya)-dibancuh dengan 1 cawan air panas,1 cawan air sejuk,1 sudu gula.
1 cawan susu segar,1/2 cawan air,4 sudu tepung kastard dan 4 sudu gula(nak kurang atau tambah ikut suka)-kacaukan semua bahan tanpa dimasukkan gula terlebih dahulu,pastu masakkan atas api sederhana baru dicampur gula.kacau hingga kuah pekat.Dil letak esen kuning dalam 2 titis..
Cara-caranya:
1) Susun kek dalam bekas lutsinar...
2) Curahkan kuah kastard..Biarkan seketika..

3) Masukkan jelly,kemudian taburkan buah-buahan.
4) Simpan dalam peti dalam 4 jam atau semalaman...
5) Siap dihidangkan..Kalau makan
musim panas,lagi nyaman tekak.....




notakaki:xde papa,makan best pun jadi x best..huhuhu...

Sabtu, Disember 11, 2010

Puding Roti Kulit Kayu Manis


Desert yang selalu sangat kubuat....hehe...tapi kali ni gatal letak kulit kayu manis..ni bahana makan roti arab yang letak kayu ni ...sangat wangi....kayu manis tu patah-patahkan...terus rendam dengan adunan..sepatutnya nak sedap jadikan serbuk (pemalas tahap gaban nak mesin hehehe)....pastikan basuh kayu tu ye........:-)

Puding roti 1 letak kulit kayu manis, 1 x letak..yg x letak....tuang sos koko atasnya...(maaf..bukan reti decorate...hentam labu....hihihi)

Bahan-bahannya:
Roti 10 keping
Susu segar 2 cawan
Kulit kayu manis 1 btng patah2kan(nak bau2 je kononnya.padahal malas mesin..hahaha.)
Butter 3 sudu, cairkan..
Telur 2 biji
Gula 6 sudu
Tepung jagung 1 s/k
Buah kurma-diracik kecik-kecik


Cara membuatnya
1)Roti direndam denggan susu dan kayu manis dalam bekas aluminium....
2)Dalam bekas lain,kacau telur,gula,butter sehingga kembang...
3)Masukkan tepung jagung dan kurma,kacau lagi...
4)Kemudian masukkan adunan dalam campuran roti tadi.Gaul sebati..Biarkan sebentar...
5)Kemudian ambik kayu manis,buang..kalau nak bakar sekali pun boleh..Dil buat 2 bekas..satu letak..satu x....rasenya sama je..cuma yang letak kayu manis pahit sikit tapi sangat wangi(sebenarnya saje nak buat ujikaji tanpa dimesin kayu tu....alasan...hehe... :-))
6)Bakar dalam suhu 180c selama 40-45 min. atau ikut kekuningan..
7)Sejukkan dulu baru boleh dihidangkan...dil simpan dalam peti semalaman..(biasanya buat sebelum nak tidur..pagi makan..hehehe)


makan dengan aiskrim dan sos koko...memang masyukkk....yummy..:-)



notakaki:hujan turun dari pagi tadi x henti...masya allah sejuknya....sehingga mencengkam tulang...

Sabtu, November 20, 2010

Agar-agar hot chocolate...


Bahan-bahannya :

Agar-agar tali 12g (basuh dan toskan)
2 bungkus kecik hot chocolate bonjorno kalau xde,nak guna 2 sudu besar milo pun boleh..tapi kat cni xde milo....
1 1/2 cawan atau 500ml susu segar (dil x guna 500 ml,byk sgt..sbb x ske susu..huhu...)
3 cawan air(nk tambah 1 cawan lagi pun boleh kalau nk lembik2)
6 sudu gula (ikut suka kalau nk tambah atau kurang ye)

Cara-caranya :

1) Agar-agar tali dimasukkan dalam air mendidih dan kacau sehingga larut(dil biarkan ade ketul2 ckit sebab dil suka,sedap )..hehehe......

2)Masukkan gula kacau sehingga hancur..baru masukkan susu segar dan hot chocolate..

3)Kacau hingga sebati kemudian tuangkan dalam bekas yang dititis sedikit air....

4)Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam kemudian boleh dihidangkan...


Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955