Memaparkan catatan dengan label lauk ringkas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lauk ringkas. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 11, 2010

Ayam Goreng Berlado


Selalunya resepi ni digunakan untuk sotong dan udang..tapi disebabkan takde stok jadi tukar ayam..lagipun jemu nak masak merah dan cara ni senang sangat...huhuhu...

Bahan-bahannya
2 ketul ayam bahagian dada..-dipotong kecik,basuh dan toskan.
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 s/b cili boh
1 s/k serbuk lada hitam
1/2 s/k jintan manis-x letak pun xpe
1/2 s/k jintan putih-x letak pun xpe
1 s/k kunyit
1 s/b madu
Garam secukup rasa
3-4 sudu minyak untuk menggoreng

Cara memasaknya
1) Semua bahan tadi digaul dalam satu bekas...
2) Panaskan minyak...
3) Masukkan semua bahan tadi dalam kuali...
4) Kacau seketika,kemudian biar sehingga ayam empuk dan bahan-bahan garing dan masak..
5) Tutup api dan siap untuk dihidangkan

notakaki:mak ai...sojuknya..dari pagi hujan x berenti ni..dahlah tadi hujan batu.. batu bersepah atas keta ammu ni..tapi sayang x boleh angkat gambar...x berani buka tingkap luas2....huhu.....

Lauk ringkas lagi-Sup Telur


Harini papa takde jadi masak lauk ringkas je..sup telur dengan suhun dan kentang...pastu buat kek pisang epal ,untuk membalas mangkuk acik..



Sup Telur

Bahan-bahannya

2 biji telur
1 biji carrot
*suhun 1 genggam (rendam seketika dan toskan)

*1 biji bawang besar-mayang halus
*2 biji bawang putih-mayang halus

*Ikan bilis (ikut suka nak letak banyak mana..dil ambik 1/2 genggam)

*1 biji kentang - dipotong kecik

*1/2 ketul kiub ikan bilis

*Air 2 1/2 cawan
Garam secukup rasa


Cara memasaknya:
1) Masukkan semua bertanda * dalam periuk..Masakkan dengan api sederhana hingga kentang empuk..
2)Kemudian pecahkan telur,biarkan seketika,taknak bagi telur pecah.. baru masukkan carrot, garam dan biarkan hingga mendidih atau dalam 7 hingga 10 min..

3)Siap dihidangkan..

Notakaki: bila tinggal dengan khalish je..xde selera nak makan...huhu...

Rabu, Disember 08, 2010

Ikan Bilis Telur Hancur...senang je.....

Harini dil masak lauk 2 lauk je...masak lemak cili hijau ayam..(x sempat snap gambar..udah licin..hehehe..kat sini xde cili api..guna cili hijau..pedas gak..bolehlah)lagi satu lauk yang sangat ringkas,senang,mudah,cepat dan yang penting kenyang...hehehe...k lah layan resepi ni...(saje nak tulis...walaupun mesti ada orang gelak..resepi simple pun nak letak.xpela kan?blog dil kan kan...hehehe) Layan......



Bahan-bahannya...
-Ikan bilis yang sederhana- segenggam,cuci dan toskan...
-Bawang merah 1/2 biji-dihiris halus
-Bawang putih 1 biji-dihiris halus
-Cili hijau 2 biji-dihiris halus (kalau ade cili padi guna 3-4 biji,kat cni xde)
-Telur 2 biji kalau nk tambah lemak dalam badan sukati yer.....
-Garam secukupnya,xnk letak pun xpe...
-Minyak

Cara-caranya
1)Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan..
2)Masukkan bawang putih,bawang merah dan cili...goreng hingga garing..
3)Masukkan telur dan hancur2kan,masukkan garam secukup rasa dan kacau seketika.
4)Padamkan api,masukkan ikan bilis,gaul.
5)Sedia untuk dihidangkan...Makan dengan nasi panas-panas... Marveles..bgi dil lah....hehe....


Dinner malam ni..makan goreng pisang panas dengan kopi radix....best...naik ke bulan..hahaha....Happy wo dapat makan pisang awak ke abu(untung abu dan awak ade pisang)..ntah..sini pisang untuk digoreng amatlah payah..ni rasenya setahun sekali kot muncul...hehe...hilang kempunan...:-)


notakaki:bila makan pisang goreng teringat abah...makan masak lemak cili hijau teringat ayah..huhu..lambatnyer tahun depan...:-(


Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955