Memaparkan catatan dengan label pemakanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemakanan. Papar semua catatan

Selasa, November 30, 2010

Mari kongsi info...

Info berguna untuk dikongsi bersama...

10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol



Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Selepas ini, bolehlah perbanyakkan memakan makanan seperti ini:

1. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Setiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

2. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan

5. KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

6. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai ..


7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda

10.KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung


notakaki:Makin meningkat umur seseorang,kolestrol lagi mudah mengumpul..serangan sakit jantung adalah pembunuh senyap..Marilah sama-sama menjaga jantung anda.. (pergh..cam berlakon iklan plak..hihihi...)


Selasa, November 09, 2010

Khasiat Helba aka Halba..

Baru lepas tidokan c kecik ni...sambil-sambil tu dok belek laptop ni...terjumpa satu entry yg sangat berguna yang disave dalama lappy ni untuk kita kongsi bersama..dil x ingt baca di mana tapi sebenarnya mmg tau skit2 cme nk lebih mendalam,dil pun skrg tgh amalkan..Alhamdulillah,memang berkesan..dil kn BF jdinya ia bgs utk bykkn susu..hai kt bumi anbiya' ni barulh tau mcm2 khasiat mknn ni..kalau kt mesia langsung x ambik tau...Mesti trtanya-tanya khasiat ape yer?(feeling2 ramai no pembaca blog dil,padahal lalat pun jenguk sebelah mata je..sob sob...sambung balik)
Khasiat helba atau kat malaysia dipanggil halba..biasanya diletak dlm masakan je..Di egypt ni sana sini kedai shai ade jual air ni..dan kat kedai rempah2 byk dijual..murah pun murah dn dh siap goreng..kt malaysia rasenya kena goreng sendiri....ish2...awatlh lambat no tau...xpelh...meh kita check it out ape khasiatnye...pasni pakat2 kita buat stok kt umh ye.... (sape nak order bagitau ye..)

Helba yang dah dibancuh..(ni minuman sblum tido.....i like :-))


Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :




' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb Ahad Qodamah-Mesir)

Kegunaan Helba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara org Melaka. Juga utk stamina, kecergasan dan utk menstabilkan gula dlm darah, sesiapa yg ada masalah diabetis boleh juga cara ni.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang

.

Mana nak dapatHalba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersial dipasaraya.

Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;

Cina: Hu Lu Ba

Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)

Tamil : Vendayam


Cara-caranya :-

Kalau di malaysia helba perlu digoreng tanpa minyak - jgn plak sampai hangus. kt egypt ni x perlu goreng..terus masukkan 2 sudu besar helba dalam gelas,gula 1/2 sudu teh (kalau diabetes x perlu ltk gula) pastu campurkan air panas,dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu, Insya-allah dpt membantu. (Drpd minum minuman lain yang takde khasiat) Selamat mencuba.... :-)



notakaki: Sesuatu yg pahit itu adalah ubat,yang manis itu adalah racun......Namun seringkali terleka dengan keindahan di mata....tanpa menelitinya........

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955