Memaparkan catatan dengan label info kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info kesihatan. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 14, 2014

makanan tenaga untuk ibu2 di bulan ramadhan.....



Ramadhan bakal menjelang tiba,bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi menjadi masalah kekurangan susu.kadang-kadang terpaksa berbuka sebab kesiankan anak dan kekurangan tenaga serta takut memudaratkan kesihatan.Juga buat ibu2 yang mengandung..mudah letih dan lesu.....dil alhamdulillah tak menghadapi masalah dan bersyukur kerana dapat menyusukan anak dil yang pertama lebih dari 2 tahun dan adiknya in shaa Allah genap 2 tahun bln 7 ni...dil ingin berkongsi sedikit makanan yang dil amalkan sepanjang mengandung,menyusukan anak dan juga ketika bulan puasa.Yang dil amalkan adalah makanan yang mudah dan selalu dimakan juga senang dijumpai dan diperolehi.:-)Bagi yang tidak mengandung atau belum berkahwin pun boleh....boleh juga untuk lelaki...:-)  untuk memberi tenaga.. kecuali makanan 3 dan 9..ada orang tak boleh makan ketika mengandung....panas.tapi dil alhamdulillah..memang 2-2 anak tidak menghadapi masalah.

1-Madu
-amalkan madu yang dicampur dengan air panas atau suam.Buat dalam 2 sudu besar dan dan segelas air..jika ingin minum air manis pun boleh juga tapi gantikan gula kepada madu..sedap pun sedap serta elok untuk kesihatan....

2-Kurma
-bersahur-amalkan makan kurma yang dikisar halus dan campur dengan susu segar atau bancuh aje dengan air suam dn kalau nak manis letak sedikit madu.nak lagi sedap rendam kurma dalam 5 atau lebih sebelum tido.
-berbuka-kurma dimakan begitu saja atau dicarik halus dan campur dalam minuman. (biasalah bulan puasa macam-macam teringin... jangan risau makan saja semua yang disukai tapi dalam kuantiti yang sedikit dan berpada-pada...)

3-Halba
-Di mesir ni halba memang sangat digunakan..tak kiralah dalam masakan atau minuman..
Kalau di malaysia helba perlu digoreng(disangai) tanpa minyak - beli banyak ..goreng dan simpan dalam botol.. jangan plak sampai hangus. kemudian..ambil 2 sudu besar helba dalam gelas,gula 1/2 sudu teh (kalau diabetes x perlu ltk gula)/madu pastu campurkan air panas,dan bolehlah diminum...rasanya macam teh..kalau nak campur susu pun boleh...susu secawan yg di panaskn dan letak halba 2 sudu serta madu... ni diamalkan masa sebelum tido atau selepas berbuka dan hari2 selepas ramadhan..memang akan menambahkan susu badan...in shaa Allah..
(dil pernah buat entry pasal halba ni..lihat di Sini..) 
-boleh juga dicampur dalam makanan...macam buat nasi lemak...halba ni elok untuk memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah...

4-Barli
-barli boleh direbus dan dibuat air barli dicampur dengan gula batu..boleh juga dibuat bubur barli dan dicampur sagu..sedap...cubalah....barli dicuci...dan rebus dahulu sampai kembang pastu masukkn santan dan sagu...letaklh gula merah atau gula putih sesedap rasa..dan badan pun jadi sejuk dan segar....:-)

5-Air Masak,Air Zam -Zam
-air putih sila jangan lupa diambil..walau kita mingkin jenis yang susah nak minum air masak,cuba minum air mineral atau air zam zam pula..untuk anak kan?mungkin payah sikit air zam zam tu..tapi dari beli suplemen yang mahal2 baik beli air zam-zam yang memang banyak dijual di pasaran..banyak zatnya....

6-Buah-buahan dan sayur-sayuran
-makanlah buah-buahan sebanyak yang disukai...hari2 makan lagi elok..pencernaan pun bagus dan mengawal juga kadar metabolisma dalam badan.. kismis.epal,limau,kiwi,anggur.tembikai.delima,buah tin,roselle,mangga,pisang (tapi ..ada orang x sesuai makan pisang selepas bersalin)..makanlah buah yang sesuai dan x sesuai makan sikit atau jgn makan ye.kalau nak lagi sedap buatlah jus buah.dil memang ambil jus buah...sangat suka....:-).sayur2 pula makanlah lobak merah..lobak putih..ulam-ulam seperti pegaga,ulamraja,kentang dan sayur yang lain..serta kekacang seperti badam,kacang tnh...tapi kangkung,kubis agak tidak sesuai sebab agak berangin.tapi boleh ambil cuma jangan banyak2..kesian baby....:-)

7-Protein-Karbohidrat-makanan seimbang
-nasi..roti..ayam..ikan..daging...dan yang lain-lain yang sama dengannya....makan kuantiti sedikit tapi kerap..
kalau di bulan puasa..ambil nasi bersama sup panas-panas atau makanan yang berkuah..elakkan yang berminyak..sekali sekala tidak mengapa..yang bakar..yang rebus sangat sesuai....nak goreng-goreng guna sedikit minyak zaitun......waktu ramadhan-masa berbuka atau selepas taraweh..(tapi seeloknya makan sedikit selepas solat maghrib tapi sikit je..nanti ngantuk dan tidak larat pula...dan waktu sahur......(biasakan makan yang panas atau suam..sejuk elok dielakkan..)
kalau di hari biasa ...sila jangan skip makanan ni.makan sedikit tapi kerap....(jangan risau pasal berat badan...bila mnyusu walaupun kita cepat lapar tapi jika kita rajin memberi susu pada anak..in shaa Allah berat badan akan stabil dan turun dengan sendirinya.

8-Keju /Susu/Yogurt..(Halib/laban-Susu)
keju amat sesuai juga untuk memberi tenaga...satu keping keju dengan roti 2 keping dipanaskan atas kuali tanpa minyak dicampur salad dan timun dah cukup mmberi tenaga masa berbuka...jika x lalu makan nasi...:-) hari-biasa pula-amat sesuai diambil ketika sarapan..sarapan amat penting untuk ibu2 yang menyusukan badan...susu pula susu tepung, susu segar pun amat sesuai diminum..dicampur pula dengan halba dan madu..sedap juga..(tapi dil x minum susu putih ...tapi kalau letak dalam makanan..boleh makan ..tapi dil juga gantikan dengan keju dan yogurt buah-buahan...)

9-Biji Habatus sauda- baraka....
-Habatus sauda ni amat sesuai diamalkan..dil suka makan macam tu....atau dibakar bersama roti yang disapu butter...habatus sauda x kisahlah kita menyusukan badan atau tidak..memang memberi tenaga..badan yang lesu jadi segar...ni khasiat2nya....klik Sini
-



YANG PALING PENTING..SETELAH BERUSAHA SEPERTI DI ATAS....KITA KENA....

10-YAKIN...BERDOA..TAWAKAL
-kita kena yakin agar dapat menyusukan..tenang hati .Niat kerana Allah s.w.t.jangan biarkan emosi kawal diri..amalkan juga mengambil wudhu' dan berzikir..ketika menyusukan anak...sentiasa berdoa dan memohon pada Allah agar diberi kesihatan yang baik dan dapat menyusukan anak dengan jayanya...in shaa Allah...

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu” 
 – Surah Al-Baqarah, Ayat 233

“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya”
- Surah Al-Baqarah, ayat 233


PETUA UNTUK ANAK-
Anak pula...di bulan puasa....kalau anak dah boleh makan bagi dia minum atau makan yg dicmpur madu dan kurma..dia pun akan knyang...dan kalaulah tetiba di waktu siang yg kita mmg benar2 tak larat nak bagi dia susu.kalau dia belum boleh makan makanan..(boleh juga dibagi pada bayi yang baru lahir dan ke atas..jangan risau..kurma makanan sunnah..dan selamat..)bg kurma yg dilenyek dalam seketul atau 2 ktul cmpur air zam2 atau air mineral..selawat..bg dalam mulutnya atau atau sapu di mulutnya.in shaa Allah dia akn bertahan sementara kita relax dn urut2 sikit agar susu ada kembali.... 

kita juga kena rajin menyusukan anak..kerana lagi banyak menyusu lagi banyak penghasilan susu....kalau banyak sangat..elok dipam dan simpan...dil tak sempat simpan..anak dah minum semua...:-)


Semoga kita semua dapat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna dan dapat menyusukan badan untuk anak kita.dengan izin Allah....:-)

p/s:sapa-sapa yang ada petua lain..boleh kongsikan..nak share pun silakan...:-) dil pun tulis berdasarkan pengalaman..bukanlah pandai mana... kita sama2 berusaha yang terbaik untuk diri,anak dan keluarga kita....yang lain serahkan pada Yang Maha Esa...Dia Maha Mengetahui segalanya.


Selasa, Mei 22, 2012

Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah



Pilihan 1: Goreng garam dalam kuali hingga panas dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit akan menyedut lemak dan kolestrol dalam darah.

Pilihan 2: Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan semua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian.

Pilihan 3: Amalkan memakan buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.

Pilihan 4: Amalkan memakan epal sebiji setiap hari. Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana, epal mengandungi phytonutrient. Ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Anda juga boleh kisarkan epal untuk dijadikan jus.

Pilihan 5: Amalkan memakan ikan tuna. Ia merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.

Pilihan 6: Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.

Pilihan 7: Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik. Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin dan juga zat galian. Kandungan kolesterolnya juga rendah.

Pilihan 8: Kacang tanah yang masih berkulit dan dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E. Ia mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik. Ia juga membantu mengelakkan diri anda daripada terkena serangan jantung.

Pilihan 9: Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.

Pilihan 10: Anda boleh mengamalkan memakan kuaci tawar samaada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi. Ia akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.

Pilihan 11: Buah mangga mengandungi vitamin C dan boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.

Pilihan 12: Oat berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.

Pilihan 13: Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.

Pilihan 14: Anda boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Ini kerana, pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan di luar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola.

Pilihan 15:Makan lebih kanji dan fiber. Ia lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

Pilihan 16: Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral, ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ia baik untuk jantung anda.

Pilihan 17: Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stress.

info dari: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


notakaki:info yang sangat berguna...kena kawal dan rajin ni...:-)


Sabtu, Disember 17, 2011

12 Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W.

1. Barli - baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. ia mrupakan penyejuk badan

2. Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan", ia juga baik dimakan ketika mengandung.

3. Buah Tin - ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.

4. Anggur - Rasulullah S.A.W. sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.

5. Madu - dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.

6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".

7. Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.

8. Cendawan - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.

9. Minyak Zaitun - rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.

10. Delima - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.

11. Cuka - makanan yang Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)

12. Air - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru".

***Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam surat Al Mukminun ayat 52: “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang shaleh.” Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (HR. Muslim)

Selasa, Disember 14, 2010

Sape2 yang berminat?



Hmm...Tengok pada tajuk macam dil dah jadi penjual brgn egypt..hehehe..bukan...dil sekadar berkongsi je..Ape yang dil nak kongsi kali ni adalah tentang Royal Regime Tea Herbs dan vitamin c. Teh ni xde kafein.Boleh memecahkan lemak,bagus untuk orang yang menghidap darah tinggi,kencing manis,jantung serta menurunkan berat badan..Sesuai juga diminum harian..sebenarnya dil dikenalkan oleh kawan dil dan orang arab di cni.Teh ni bagus dan sesuai untuk semua peringkat umur.Jangan risau,orang kurus takkan kurus melidi.hanya membuang toksin dalam badan..jadi lemak-lemak takdelah terkumpul. juga melancarkan sistem perkumuhan..memang lawas..Orang arab ni badan diorang besar-besar dan suka makan banyak dan manis tapi diorang paling kurang dapat penyakit,sebabnya? diorang mengamalkan pemakanan yang sihat ni..Kalau biskut,diorang letak habatus sauda yang original tu..suka makan buah..suka minum air helba..suka minum tea herba-herba ni,mskanan pun banyak campur rempah,herba..pun ada roti kencing manis,pendek kata macam-macamlah...Jadi dil rasa terpanggil untuk berkongsi info yang berguna ni..Lagipun teh ni xde pewarna.dan rasanya pun sedap macam tea boh atau tea ahmad...



Sesiapa yang berminat. msg dil ye...:-)harganya sangat berpatutan.. sharing is caring kan? dil bukan dapat untung apa pun.sekadar nak sebarkan info yang baik je... Kalau ada yang minat tentang barang lain pun,boleh msg ye..
.

Dan ini pula vitacid c...macam soluble..kat m'sia ada juga.tapi dil lebih suka yang ini,kandungan vit c yang bagus.dan rasanya juga sedap.yan
g penting takde pewarna dan harga yang berpatutan..



p/s buat kaklong:kakngah dah pos tea ni...:-)


Selasa, November 30, 2010

Mari kongsi info...

Info berguna untuk dikongsi bersama...

10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol



Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Selepas ini, bolehlah perbanyakkan memakan makanan seperti ini:

1. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Setiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

2. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan

5. KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

6. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai ..


7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda

10.KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung


notakaki:Makin meningkat umur seseorang,kolestrol lagi mudah mengumpul..serangan sakit jantung adalah pembunuh senyap..Marilah sama-sama menjaga jantung anda.. (pergh..cam berlakon iklan plak..hihihi...)


Selasa, November 09, 2010

Khasiat Helba aka Halba..

Baru lepas tidokan c kecik ni...sambil-sambil tu dok belek laptop ni...terjumpa satu entry yg sangat berguna yang disave dalama lappy ni untuk kita kongsi bersama..dil x ingt baca di mana tapi sebenarnya mmg tau skit2 cme nk lebih mendalam,dil pun skrg tgh amalkan..Alhamdulillah,memang berkesan..dil kn BF jdinya ia bgs utk bykkn susu..hai kt bumi anbiya' ni barulh tau mcm2 khasiat mknn ni..kalau kt mesia langsung x ambik tau...Mesti trtanya-tanya khasiat ape yer?(feeling2 ramai no pembaca blog dil,padahal lalat pun jenguk sebelah mata je..sob sob...sambung balik)
Khasiat helba atau kat malaysia dipanggil halba..biasanya diletak dlm masakan je..Di egypt ni sana sini kedai shai ade jual air ni..dan kat kedai rempah2 byk dijual..murah pun murah dn dh siap goreng..kt malaysia rasenya kena goreng sendiri....ish2...awatlh lambat no tau...xpelh...meh kita check it out ape khasiatnye...pasni pakat2 kita buat stok kt umh ye.... (sape nak order bagitau ye..)

Helba yang dah dibancuh..(ni minuman sblum tido.....i like :-))


Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :




' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb Ahad Qodamah-Mesir)

Kegunaan Helba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara org Melaka. Juga utk stamina, kecergasan dan utk menstabilkan gula dlm darah, sesiapa yg ada masalah diabetis boleh juga cara ni.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang

.

Mana nak dapatHalba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersial dipasaraya.

Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;

Cina: Hu Lu Ba

Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)

Tamil : Vendayam


Cara-caranya :-

Kalau di malaysia helba perlu digoreng tanpa minyak - jgn plak sampai hangus. kt egypt ni x perlu goreng..terus masukkan 2 sudu besar helba dalam gelas,gula 1/2 sudu teh (kalau diabetes x perlu ltk gula) pastu campurkan air panas,dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu, Insya-allah dpt membantu. (Drpd minum minuman lain yang takde khasiat) Selamat mencuba.... :-)



notakaki: Sesuatu yg pahit itu adalah ubat,yang manis itu adalah racun......Namun seringkali terleka dengan keindahan di mata....tanpa menelitinya........

Khamis, September 30, 2010

Khasiat Ubat.....


Assalamualaikum...terajin ple..dil just nak kongsi khasiat ubat...nk tau pe dia? HABATUS SAUDA... Rasanya ramai tau tentang ubat ni..tapi yg ditulis ni hasil dari ujikaji pada diri sendiri,kemujaraban ubat tu membuatkan dil nak berkongsi dengan semua orang...mana tau kan ade kawan-kawan yang berminat nak cuba.bolehlah beli dengan dil..:-) sharing is caring kan.....

Yang dalam plastik tu adalah habatus sauda original. Kecik-kecik je..Dil makan 7 biji atau 21 biji(tpi kalau mls nk kira..just ambik secubit je...)selawat 3x... yg sebelah tu pula yg telah dikapsulkan jadi BARAKA..makan 1-2 biji sehari..boleh pilih salah satu mana nk makan..dil makan selang2.. tapi dil lebih suka makan yang ori.lagipun pil tu jarang ada sekarang ni..rasanya kat malaysia ada jual tapi telah dipack semula kot.mesti tertanya apa keberkesanannya pada diri dil kn?Dulu dil ni ada gastrik yang sgt teruk...selalu je berangin perut n badanku ini dan mslh sistem perkumuhan.Alhamdulillah sejak pengambilan ubt ni, dil x mkn ubt dktr lagi dn vitamin lain.hanya ini yang dil amalkan..ia juga baik untuk ibu yang menyusukan bdn sebab banyk susu..hihi...lagi satu bagus utk kencing manis, darah tinggi..mak dil juga amalkan.(haha..mcm nak jual barang ple..tgh buat testimonial..huhu)

Dibawah ni pula balm habatus sauda..Dil ingat lagi, masa dil mula-mula datang cni, ramai kawan-kawan (pelajar malaysia)tak tau tentang balm ni..yg diorg tau hanya minyak saja.sampaikan satu hari dil beli dan bawa ke mana-mana,org msti tanya dn sampai ada kawan2 gelar dil duta balm...haha...xpelah..janji dil dapat kongsi sikit ilmu kn...Balm ni bagus..dia tak pns tapi menyerap dan terasa dinginnya.Dil selalu sapu setiap mlm..bagus untuk lenguh2,lelah n sejuk2,senggugut(minyak ni boleh melancarkan peredaran darah),luka2 kecil..boleh mencntumkn luka.serta kalau terkena minyak panas atau ape2 yg panas, sapulh minyk ni...sbnrnya mak mertua dil dh penah cuba...Alhamdulillah kulitnyer x menggelembung...dan cepat kering..kira penggunaan balm ni macam vicks,tiger balm tu lah...kan elok kita guna habatus sauda ni...rasenya kat malaysia belum meluas lagi.kalau ada sesiapa nak kirim bolehlah bagitau dil ye..kita kongsi sama2..(dil guna ni masa dalam mengandung dan dalam pantang.. x pakai pun minyak panas..alhamdulillah..xde sembab kaki dan lenguh sangat..kalau jalan jauh..dan jenis berdiri lama..mmg elok..untuk mak-mak ayah kita tu)tak mahal pun...


Nabi pun pernah bersabda...(dil penah baca dalam satu blog tu,tapi x ingat blog mana..) ni antara yang ditulis tentang khasiat habatus sauda ni..
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).


* Kalau korang nak tau lebih lanjut cuba baca kat sini (ni dil google tadi...korang cubalah google lain) http://aja49.wordpress.com/2007/05/09/khasiat-habbatus-sauda/


oklah...hanya itu aje yang nak dikongsi untuk kali ni..insya allah..nanti dil cite pasal apa yang buat jatuh hati dengan bumi anbiya' ni....

Salam dari bumi pasir...jagadiri dan senyumlah walau dalam hati gundah gelana...:-)

* Sape-sape yang berminat dengan barangan dari mesir ni.msg dil ye.



notakaki:Tidak dinamakan hidup jika tiada dugaan,tidak dinamakan ujian jika tidak terasa getirnya,namun begitu usahlah mengeluh kerana setiap percaturan Allah itu ,tersimpan 1001 rahsia yang tidak mampu disingkap manusia.Apa yang pasti kita tetap hamba ciptaanNYA.Selagimana kita diberikan peluang untuk bernafas jangan sesekali biarkan ia berlalu tanpa mengingati Allah.


Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955