Memaparkan catatan dengan label acu Afiq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label acu Afiq. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 08, 2016

genap 30 hari pemergianmu bidadari syurga....


-Salam alaik..syukur baru ada internet..hajat nak tulis pasal raya..
tapi ingatan pada anak syurga kami.. :-(
jadi harini nak share kisah nur jannah binti afiq..anak kepada adik dil..anak saudara dil..
-di bawah ni status fb adik ipar..ibu kepada Nur Jannah...
semoga damai di sana sayang..



alfatihah...

*NUR JANNAH BINTI AFIQ (CAHAYA SYURGA)
01.06.16
Tepat pukul 2.45am, ibu selamat melahirkan Nur Jannah binti Afiq seberat 3.46kg secara normal yang selama ini Ibu Ayah tunggu2kan.. 
Sakit contraction, sakit bersalin semua hilang, lupa bila ibu tengok muka Nur Jannah.. Ayah senyum tanda syukur..Terima kasih En Suami ada dengan saya dari mula sampai dalam labour room bagi semangat.
Pukul 7am, ibu pelik sebab Nur Jannah mula mengerang dengan nada perlahan..tanya Nurse tapi Nurse kata ok.. Pukul 4lbh ibu dan Nur Jannah discharge dari hospital..Bawa balik Nur Jannah ke rumah  ..
Pukul 6lbh mata Nur Jannah kadang2 ke atas.. mengerang,buang air besar pun kerap.. Ibu risau. Pukul 2am pergi hospital..Emergency..hati tak tenang,serabut,sedih,risau..Nur Jannah disahkan kena sawan tarik.. ibu minta maaf sebab ibu lambat bawa Nur Jannah ke hospital. Anak ibu tahan sakit lama sangat..ibu minta maaf.. Tak sampai sehari ibu dengan Nur Jannah..Nur Jannah dimasukkan ke hospital lagi, kali ni NICU !
02.06.16
Selamat Hari Jadi Suamiku !
Syg minta maaf, syg lupa sangat yg hari tu hari jadi b..risaukan Nur Jannah yang dimasukkan ke NICU.. Dimasukkan ke NICU pada hari jadi b.. :"(
Doktor bagi tahu Ibu Ayah Nur Jannah kena jangkitan kuman.. da sampai ke otak. Nur Jannah tenat.
03.06.16
Nur Jannah masih lagi ada tindak balas..Nur Jannah genggam tangan Ibu Ayah. Ibu Ayah tau, semua tau Nur Jannah kuat. Ibu tak sabar nak bawa Nur Jannah balik, nak jaga Nur Jannah. Ibu Ayah sayang sangat dengan Nur Jannah. Hari2 ibu dtg jumpa Nur Jannah. Semalam doktor bagi tahu dengan Ibu Ayah Nur Jannah kena jangkitan kuman, da smpai ke otak..Allah..dan hari ni doktor cakap dah merebak ke jantung,paru2 dan buah pinggang Nur Jannah.. Doktor ambil Sample darah dekat ibu nak tahu dari mana datangnya jangkitan kuman dekat Nur Jannah.
04.06.16
Berita baik ! Alhamdulillah.. Bantuan mesin untuk jantung dicabutkan.. Ubat untuk Nur Jannah pun dikurangkan.. Syukur Alhamdulillah..Ibu panggil2 nama Nur Jannah, Nur Jannah buka mata, sedaya upaya buka mata walaupun Nur Jannah masih dimasukkan ubat tidur.. Nur Jannah nak tengok Ibu Ayah kan sayang.. Nur Jannah pun dah mula minum susu ibu, alhamdulillah. Setelah 3hari Nur Jannah puasa.
Ujian darah yang diambil dari rahim ibu dah keluar. Rupanya kuman tu dtg dari ibu, lagi sekali ibu minta maaf Nur Jannah.. kuman GBS ! kuman terkena pada Nur Jannah masa ibu bersalinkan Nur Jannah..Kuman tu ada dekat rahim ibu :"(
05.06.16
Ibu dtg hospital, tapi hari ni tak ada tindak balas dari anak Ibu Nur Jannah, tanya Nurse, Nurse pun tak pasti..Doktor pakar tak ada.. Ibu Ayah balik dalam keadaan risau..
06.06.16
Doktor call Ayah supaya dtg hospital, Doktor bagi tau Ibu Ayah, Nur Jannah makin tenat.. Doktor cakap Nur Jannah dah "Brain Dead", Ibu tergamam..ibu tengok Nur Jannah.. Allah :"(
Nur Jannah dalam keadaan Koma, dah tak ada tindak balas.. Ibu panggil Nur Jannah, Nur Jannah dah tak buka mata, tak genggam tangan Ibu Ayah. Ibu sedih sangat sayang.
07.06.16
Ibu Ayah datang hospital tengok Nur Jannah..bagi semangat dekat Nur Jannah, berharap ada sinar harapan baru untuk Ibu Ayah.
08.06.16
Ibu datang hospital seorang, Ayah kerja. Ibu tenung Nur Jannah lama2, Ibu sedih tengok keadaan Nur Jannah.. Ibu minta maaf sayang.. Ibu redha dengan ketentuan Allah, Ujian untuk Ibu Ayah. Ibu tunggu Ayah datang hospital. Ibu nak semua mesin dekat Nur Jannah dicabutkan.. Ayah bincang dengan doktor.. Ayah peluk ibu.. Redha redha redha dengan ujian Allah.. :"(
09.06.16
Ibu terjaga pukul 4am, ibu tak sedap hati. Gelisah.
Pukul 5.30am hospital call, supaya datang dengan segera.
Ibu Ayah masuk dekat NICU, Nur Jannah dalam keadaan pucat, tenat, oksigen dekat mesin makin berkurang.
Ibu tenung muka Nur Jannah, ibu minta maaf ! Nur Jannah terseksa dengan mesin2 tu semua.. Ibu panggil Ayah..suruh doktor buka semua mesin dekat Nur Jannah.
Nurse bagi ibu dukung Nur Jannah, ibu bersyukur, ibu dapat dukung Nur Jannah lagi. Perlahan2 Nur Jannah pergi tinggalkan Ibu Ayah diatas pangkuan Ibu ! Ibu redha dengan ujian Allah.. Pihak hospital dan Ayah siapkan semua dokumen untuk bawa Nur Jannah balik.
01.06.16 ibu ingat lagi, ibu dukung Nur Jannah untuk bawa balik rumah.. berkerut2 dahi Nur Jannah terkena cahaya matahari 
09.06.16 Ibu dukung Nur Jannah untuk dibawa balik..tapi hanya sekujur tubuh yang kaku.. Ibu tengok Nur Jannah dimandi dan dikafankan..
Ayah bawa Nur Jannah pergi dari pandangan ibu buat selamanya...Selamat tinggal anak ibu CAHAYA SYURGA ..
Nur Jannah anak ibu ayah.. 9bulan ibu kandungkanmu sayang..Tak terkata bagaimana seronoknya Ayah dan ibu bila dapat melihatmu didunia ini walaupun hanya sementara.. Allah lebih menyayangimu Nur Jannah. Ibu halalkan susu yang ibu beri, doakan untuk Ibu dan Ayah ye sayang, tunggu Ibu Ayah di Syurga CAHAYA SYURGA !
Al fatihah buat anakku NUR JANNAH BINTI AFIQ.


notakaki:Selamat hari raya.Maaf Zahir Batin buat semua....



Khamis, Jun 09, 2016

Khamis, Jun 02, 2016

Allah Allah...

Ya Allah Yang Maha Kuasa..
Kau Peliharalah baby  Nur Jannah binti Afiq semoga kuat dan bertahan.. 
Jauhkan dari kesakitan berpanjangan.. Amin.. 


*Happy birthday adik ku Afiq..moga terus kuat dan tabah..moga Allah pelihara anakmu.. jangan putus doa..hanya kepadanya kita berserah...:-(
*Mohon doa semua...agar baby kami sihat kembali...
* Acu..kami doa dari kejauhan...

Jumaat, Ogos 28, 2015

selamat pengantin baru



Adik yang kami sayangi.. Di hari bahagiamu satu-satunya kakakmu tiada di sisi.. namun percayalah kau sentiasa kuingati dan doa kutitipi.. siapa yang tidak mau ada bersama di hari yang sangat bererti... memang hati sedih tak dapat disembunyi.. :'( :'( namun kuterima ketentuan Illahi... mungkin ada hikmah yang x diketahui... Acu yang dirindu... Bila dua hati dah bersatu... ingatlah di depan penuh jalan yang berliku.. tak sama waktu seorang dahulu.. namun usah gentar dengan semua itu.. kerana Allah sentiasa membantu... yang penting dirimu tak pernah lupa pada-Nya Yang Satu... Anak manja makabah selamanya. ingat selalu dalam jiwa... dirimu kini suami dan anak yang punya tanggungjawab yang besar pada keluarga.. jangan pernah abaikan amanah yang Allah bagi peluang untuk merasainya jagailah isteri dan keluargamu sentiasa... . jadilah imam dan ketua yang tegas namun lembut di jiwa.. in shaa Allah dirimu mampu menggalasnya.. :-) # buat Nfz Nana..terima kasih kerana menerima insan kesayangan kami yang manja..kakngah taknak suruh ana menjaganya kerana menjadi tanggungjawab Afiq Rashid menjaga dan membimbing ana...namun terima lah dia seadanya.. salinglah melengkapi..tegur menegur dan bantu membantu sesama.. in shaa Allah pasti alam rumahtangga aman bahagia...
*kaklong Zailatuefa Tumiran dan mak Rashid Zauyah dah ada geng....seronoklah....nanti tunggu kakngah balik kita dating sama-sama ye.luv u all.... Selamat bernikah buatmu adik Afiq Rashid kesayangan kami Rashid Zauyah Zul Fazli Zailatuefa Tumiran Hazin Dil Nu'man Humaira. lagu ini untuk kalian berdua....

#sayudipagihari
#haribahagiasatu2nyaadikku
#sebakusahdikata
#seronoklahabahmakdapatmenantulagi






Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955