Memaparkan catatan dengan label muhasabah diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muhasabah diri. Papar semua catatan

Ahad, November 27, 2011


Manusia SELALU pertikai HUKUM ALLAH,

Kenapa ?

Mengapa?

KITA YANG KENA? KITA YANG MESTI BUAT?KITA YANG SUSAH?

Tapi..

Manusia SELALU lupa pertikaikan TENTANG DIRINYA,

Kenapa?

Mengapa?

KITA YANG LUPA?KITA YANG MALAS?KITA YANG JAHIL?



Sedangkan,

ALLAH telah tentukan yang PALING PALING TERBAIK untuk HAMBANYA,

Sedangkan,

ALLAH telah tentukan yang PALING PALING MANTOP untuk KHALIFAHNYA,

Sedangkan,

ALLAH telah tentukan yang PALING PALING GEMPAK untuk DAIENYA,

KERANA ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA APA YANG KITA TIDAK KETAHUI !
KERANA ALLAH MAHA BIJAKSANA DENGAN SEGALA KETETAPAN HUKUMNYA !

? JANGAN TUNGGU KITA JADI USTAZAH OR USTAZ BARU NAK TAUBAT,KITA TANYA BILA KITA MAHU START UNTUK BERTAUBAT....


*muhasabah diri pagi2...:-)

notakaki:Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..setelah 7 hari diriku mengalami masalah kesihatan.... akhirnya.. dah semakin pulih..semoga aku dikurniakan kesihatan yang baik agar aku dapat menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri dan ummi dengan lebih terbaik..Insya Allah..:-)


Isnin, Oktober 24, 2011

Isnin, Oktober 17, 2011

Asma' Ul Husna




Mulakan hari dengan mendengar dan sama2 mengalunkan asma' ul husna ..sangat syahdu.... astaghfirullah... subhanallah..penyejuk dan penenang hati... khalish mendengar sampai tertido... :-)

Sabtu, Oktober 08, 2011

hmmm...


Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI

Bila jadi baik, ORANG MELUAT

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'

Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati....

*muhasabah diri..jadilah diri sendiri dan carilah keredhaan Allah..biar orang x suka kita,janji kita tetap berbuat baik sesama manusia dan yang penting Allah sayang kita... :-)

Khamis, September 29, 2011

LAW KANA BAINANA



Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
... Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955