Memaparkan catatan dengan label info rumahtangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info rumahtangga. Papar semua catatan
Rabu, Jun 06, 2012
Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia
1. Selepas solat Isyak,ambil air segelas, bacaAl-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (Al-Waaqi'ah 56:35)"
"Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waaqi'ah 56:36)"
"Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al- Waaqi'ah 56:37)"
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.
by fb: Aku Ingin Berubah Menjadi Lebih Baik
Khamis, Mac 22, 2012
"Saya Bangga Menjadi Surirumah Sepenuh Masa"
Buat para surirumah,
♥~♥Kita tahu khidmat kita di rumah tiada mendatangkan ganjaran ekonomi untuk keluarga, tetapi kerja kita tidak dapat diganti oleh pembantu rumah sepenuhnya kerana kita lakukannya dengan penuh kasih buat suami dan anak-anak. Teruskanlah berkhidmat dengan penuh ikhlas dan kasih buat keluarga tersayang!♥~♥
-KELEBIHAN WANITA MENETAP DiRUMAH..-
Ibnu Masu’d r.ahu meriwayatkan ; bahwa RasuluLlah s.a.w bersabda:
1) ''Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga''
2)"Wanita itu aurat, apabila ia keluar dari rumahnya maka syaitan mengawasinya.Dan sesungguhnya selama ia berada dirumahnya wanita itu sangat dekat dengan Allah s.w.t . (Hadis Riwayat Tirmizi)
p/s:aku bersyukur kerana dapat merasai pengalaman menjadi surirumah...satu pengalaman yang sangat berharga..sebenarnya tidak pernah terfikir olehku dulu,bilamana aku melangkah ke alam rumahtangga,dunia pekerjaan akan kutinggalkan....tapi aku bahagia kerana dapat membesarkan anakku dengan tangan sendiri..syukur pada-Mu Ya Allah..:-)
Sabtu, Oktober 08, 2011
Dapur Adalah Jalan Ke Syurga Untuk Wanita
Salah satu pesan orang tua kepada anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.
Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.
Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami. Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana redha suami memang menjadi tujuan dari perjuangan seorang wanita muslimah.
Maka, betapa ruginya jika masih ada beberapa orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam `berkarier`. Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya berbahagi pahala dengan pembantu rumah, malah menyerahkan semuanya kepada pembantu. Beribu alasan kesibukan dan ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang pekerjaan rumah hanya mengikat perkembangan kreativiti wanita.
Hanya orang- orang yang belum mengerti kedamaian melayani, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya merendahkan wanita. Begitulah pendapat kebanyakan mereka – Selalu di dapur, maka masa depan wanita tamat.
Namun hal ini berbeza dengan fikiran wanita yang menjunjung tinggi sebuah keikhlasan. Melayani suami bukan bererti memasrahkan diri menjadi pelayan. Melayani bererti meningkatkan darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.
MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan. Wanita ajaib bagaimana yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk pasangannya. apa – apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.
Fikirannya selalu terfikir untuk menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta. Pahala untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman.
Memang masih banyak cara untuk membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya. Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri. Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam menjaga amanah.
Maka jangan pernah melecehkan ketentuan Allah, dan jangan menunggu sampai hak itu diambil Allah barulah kita menyedari kekeliruan kita. Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di luar dan atau buatan orang lain. Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh- sungguh dalam belajar.
Siapa pun anda, apa pun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur. kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat anda ikat dari sana. so, mengapa tidak buru- buru memulainya sekarang?
Selamat memburu pahala..
sumber:dr fb teman..sharing is caring...
notakaki:teringat pesan mak sebelum kawen dulu,walau belajar tinggi2 mesti kena rajin ke dapur juga..biar x sedap yang penting ikhlas dan penuh kasih sayang...jadi...mari masak memasak menggemukkan suami.... (sambil melihat suami yang ketiduran kekenyangan....lega hati..) :-)
Langgan:
Catatan (Atom)
Tarikh Penting!!!
Birthday:-
Tok Babah:09.02.1952
Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955
