Pertama sekali,alhamdulillah dapat kembali menulis dalam blog picisan ini..sebenarnya dil x update kerana bekalan elektrik telah terputus selama 2 hari di rumah kami.. Yang menjadi kehairanan, hanya rumah kami yang menghadapi masalah tersebut.jadi bergelaplah... puas kami memberitahu masalah pada baba(tuanrumah) namun tidak mendapat tindakbalas.. dan dalam masa yang sama,abi khalish pula terpaksa ke cairo.. jadi tinggallah dil dua beranak dalam rumah yang bergelap... memang sedih.tapi tetap bersyukur kerana cuaca sudah kembali sejuk jadi khalish kurang sikit peluhnya..kalau musim panas,alamatnya berpoluh sakanlah budak tu.. di mesir...elektrik sangat penting,kerana walau malam atau siang,rumah memang sentiasa memasang lampu,sebab keadaan rumah yang kurang cahaya masuk.. bukan seperti di m'sia.. jadi,bertabahlah dil di dalam gelap.. nak memasak pun memang kurang kosentrasi..huhu...
Kedua..di kesempatan ini,dil mengucapkan berbanyak terima kasih pada sahabat Afiedah(fieda)dan suaminya Hafeez serta 2 putera Farish dan Syameel yang bersusahpayah melayan kami di mahligai kalian...sangat terharu.... Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian..semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki,dirahmati Illahi dan ukhuwah kita akan berkekalan.. Insya Allah... memang sangat segan, 2 hari kami makan di rumah kamu... nanti ada masa,makan2 di rumah akak pula ye... seronok sangat bila makan ramai2..rasa macam di m'sia... Biasalah bila hidup merantau,sahabat umpama ahli keluarga...(teringat pula pada teman yang telah kembali ke tanahair..kalau ada,tentu lagi meriah..Yana (Rezman), Miza(Abu), Maryam Jamilah, Nurfilzah(Jot) serta rakan2 lain..akak rindu kalian semua.....:-(
Ketiga,elektrik dah diperbaki..tapi ada masalah lain pula dan perlu mencari rumah lain..aduhai.. macam2 dugaan ..tapi kami kena kuatkan semangat..semoga semuanya dipermudahkan....Amin Ya Rabb...(hidup di kota mesir,memang perlu sentiasa kentalkan hati tambahan pula berhadapan dengan kerenah arab..huhuhu)
Mata sangat mengantuk...tapi sempat lagi ubati hati yang kerisauan dengan gambar pahlawan agama ni..penguat semangat abi ummi..
konon nak solat..tapi senapang x tinggal...
ni solat cara khalish..macam nak pergi berjihad..khalish2....
walaupepun..sejuk hati abiummi sayang..moga dirimu membesar menjadi anak yang soleh.... :-)
8 ulasan:
DIL,
Kak Azie banyak baca kisah2 orang kita yang merantau ke luar negara. Dan ramai mereka yang menjadi blogger berkongsi kisah mereka. Pengalaman mahal yang tak ternilai.
Betul, yang penting hati kena kental, semangat kena kuat.
Cuma Kak Azie cukup perasan, ramai orang yang menetap di luar negara, automatik jadi pandai masak, wpun menu yang pelik dan susah masa dik di kampung dulu.
Maklum tekak dah tak sama dgn orang sana, kan?
khalish sokmo ada gaya baru.. lawa senapang dia tu :)
*kuatkan semangat di rantau orang..
khalish comel je...
senapang tetap tak tinggal...hihi
be strong
salam dil.siannyer bergelap..huhu.LM tak sanggup nak bayangkan kalau terpaksa bergelap dgn anak2.
dil..kamu beruntung punya sahabat yg sgt prihatin.moga mereka mendapat ganjaran pahal yg sgt tinggi dr Allah.
K.Azie:betul kak..pengalaman yang sangat bernilai..dulu x pernah trpk nk buat blog..bila merantau..smua jadi dn sangat betul,bila merantau,kita jdi reti memasak...hehehehe...
Aida:khalish..panjang akalnya..ada je gaya2 yang menarik da...terima kasih..insya allah...
kak kasih:comel dan sangat lasak kak...hahahaha.. tq kak..insya allah..doakan kami...:-)
LM...wkmslm...tulh..dugaan....mmg sgt mncbr hti...tpi kena kuatkn?tulh..sgt bersyukur di kelilingi shbt2 yang memahami juga shbt blogger spt kamu..moga ada rezeki dpt brjumpa...
Salam Dil... cekal betul awak duduk bergelap dengan khalish. mmg kena tabah bila lg berada di perantauan. Pengalaman itu berharga. Make you a strong person..InshaAllah.
cie:hidup di rantau..memang kena lebih cekal...terima kasih ye...Insya Allah..Amin...:-)
Catat Ulasan