Semoga dapat bertemu lagi denganmu wahai kedua ibubapaku..kakngah rindu senyum dan gelak tawamu...
Dua insan kesayanganku sedang lena diulit mimpi,sedangkan aku masih termangu di depan pc...hatiku dipagut pilu..terkenang family di malaysia..lagi2 bila mendapat pengkhabaran abah tak sihat... walau tak teruk mana,rasa sedih tetap mencengkam di hati, hanya doa yang mampu kukirimkan.... Abah,kuatkan semangat ye.. rajin2 makan ubat.. abah, walau doktor kesayangan abah jauh di rantauan,percayalah sentiasa ada di hatimu,menjaga dan memantau dan abah sentiasa dalam ingatannya.Abah jangan culas makan ubat tau, mak juga...Kakngah tetap boleh nampak...kakngah kan ada mata2(along n adik)...abah,mak..kakngah sayang,rindu dan cinta abah sampai ke syurga... :-(
"Ya Allah..peliharalah diriku,kedua ibubapaku serta semua ahli keluargaku, jauhkan dari anasir-anasir yang memusnahkan,sembuhkan dan jauhkan daripada kesakitan yang berpanjangan, panjangkanlah umur kami,pelihara,berkati dan redhailah kami,semoga kami dapat berjumpa lagi dalam suasana sejahtera dan harmoni Ya Allah.Kepada-Mu aku memohon..Amin Ya Rabb.... "
Khalish rindu tok baba sangat2..... Tok baba yang rajin mandikan khalish.... Tok baba jangan lasak2 sangat,nanti khalish geget tok baba...huhuhu...
Semoga saat ini akan berulang lagi...tok baba dan tok neni kan nak tengok khalish lagi...Jadi kalian kena sihat2... Kami x sabar nak tunggu saat kembali ke malaysia.. Kami di bumi mesir sangat merindui family di malaysia.. :-(
2 orang cucu kesayangan Tok baba dan Tok Neni..bakal pahlawan agama dan perwira negara..Insya Allah...
notakaki:airmata tiba2 mengalir bila menaip entry ini...aku memang lemah bila mendengar khabar sedih dari family...aku,anak yang sangat rapat dengan kedua ibubapaku....satu2nya anak perempuan dalam keluarga..adik beradik x ramai...jadi kami mmg akrab..sakit mereka sakitlah aku,sedih mereka sedihlah aku,kekuatan mereka kekuatanku...dan kini,aku anak rantauan..yang terpisah antara benua..bukan dekat...jauh beribu batu..aku selalu berdoa agar janganlah apa2 berlaku kepada familyku ketika kami jauh ini...kalau boleh aku ingin sentiasa di sisi mereka...menjaga mereka ketika ada..kerana jasa mereka,tak akan mampuku balas sampai bila2...namun kini aku ada keluarga sendiri..tapi aku tahu mereka mengerti..semoga familyku sihat seperti dulu... Angah tau,abahmak sentiasa merindu..moga satu masa kita akan bertemu...Luv u...
Update:kumohon doa dari semua agar kami di bumi mesir dipelihara dan dijauhkan dari bahaya...ada khabaran mengatakan kemungkinan besar muzaharat akan berlaku kembali ..nauzubilillah...minta dijauhkan....
2 ulasan:
Dil,
Makcik doakan kesejahteraan dil sekeluarga...
Amin.
amin..terima kasih makcik...
Catat Ulasan