Ahad, Oktober 23, 2011

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG BAPA



Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk... menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenar nya bapalah yg mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita.Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja bapa pulang bekerja dgn wajah yg letih bapalah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian?

Saat kita sakit@demam, bapa sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa bapa sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Bapa dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa bapa hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi bapa, kita adalah sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, bapa pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar keercayaan nya...Maka bapalah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,bapa telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, bapa hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Bapa adalah org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Bapa akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari bapa..Bapa sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat bapa melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan..bapa pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa bapa sempat pergi ke belakang dan menangis?

Bapa menangis kerana sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu bapa hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..


* mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang bapa ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta bapa mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu.

* sedalam dalam hati bapa, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya.

* answer me, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian...?

MY ANSWER...MY LUVLY ABAH...ANTARA YANG TERPENTING DALAM HIDUPKU...

Angah rindu abah..abah yang sangat istimewa, sangat tabah..kuat semangat dan yang sangat pandai menjaga cucu-cucunya... dan .. kalau nak tau abah lebih terer dari mak tau..sebab dulu abah yang menjaga mak masa mak dil dalam pantang..abah sanggup ambik cuti tanpa gaji sebulan...3-3 beradik dil,abah dil buat camtu....tu sebab abah lebih tau bila orang lepas bersalin ni..dan impian abah nak jaga dil tapi dil jauh dan akhirnya rezeki along n kaklong menimang cahayamata selepas sebulan Khalish lahir,jadi abah menjaganya.. namun begitu,setiap hari abah skype dengan kami.. sebab bagi abah.. biar realiti jauh tapi fantasinya macam dekat.. dia xnak dil terasa hati.. tapi abah ,angah paham..angah tau.abah tak pernah lupa pada angah.....walau abah tak pernah meluahkan apa yang dirasa, angah tetap dapat merasa kasih sayang itu(adui..touching ple..huhuhu )

sangat prihatin... rajin....suka bercucuk tanam..suka joging..suka baca buku...

seorang yang pendiam tapi amat tegas..seorang yang sangat menitikberatkan ilmu agama serta yang sangat setia...penyabar....abah..angah sayang abah hingga menutup mata... :-(

selain itu ada seorang abi yang sangat juga penting dalam hidupku..abi yang sedang mengejar cita-citanya..yang masih muda namun dah berjaya memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa...

MY SWEETHEART...ABI KHALISH NU'MAN.....

sangat rajin melayan kerenah anaknya..

seorang yang suka buat lawak.... walau adakala sangat tegas n cepat touching...

kasih sayang yang sangat mendalam buat anaknya..sanggup berulang alik dari cairo ke alex di hari yang sama demi keluarga... mama sayang papa sangat...semoga mahligai yang kita bina akan kekal hingga akhirnya..

4 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Dil...
cantik nukilan Dil mengenai kasih ayah...
sesuatu yg hendak makcik kongsi dengan anak2..
Jazakallah...

ummi_khalish berkata...

makcik...silakan..ni pun dil kongsi dari teman pastu tambah sikit2 berdasarkan pengalaman sendiri......sharing is caring.. :-)

kasihredha berkata...

terharu

Misz-ella berkata...

tiba2 teringat kat abah KC, ismail bin hj hamzah di kg sg siput, jementah. terharu!!

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955