Rabu, Januari 28, 2015

berpiknik di musim sejuk...layankan aje...



Kata orang..
demi keseronokan dan kebahagiaan anak-anak apa-apa pun sanggup dilakukan..
kerana tu..
walau dlm suhu yg mencengkam tulang..
Dil dan abinyer melayan anak2 yang nak sangat main pasir...
so kami berpiknik beramai2..
Anak2 sangat suka..
pakai baju 4 lapis pun takpe..asalkan dapat keluar dari umah.
kawasan pantai 5-10 minit dari umah dil..
pantai Mandaroh..iskandariah...mmg jernih..dan bersih jugalah...

budak demok yang suka sangat main pasir...

pantai yang lengangg....heaven...

abang yang excited...


main nak..sel-sel otak tengah berhubung tu..hehehee





area umah kami je...tapi masuk dalam pantai ni kena bayar ye..
Update..nak masuk dan berkelah di sini..
tapi duduklah sampai esok pun xpa.ada kerusi payung meja....bestlah...hehehe...
dalam RM4 sorang...
kanak-kanak x payah...so mari kita jadi kanak2 semula..haha...


senja nan merah....
sungguh cantik ciptaan Allah...

ok tepat kul 5.30 kami pun balik..udoh malam...dh maghrib...
cuaca pun makin sejuk masa ni..dalam 15 drjah celcius..
malam yang panjangggg....

zzzzzzzzzz..................:-)

Rabu, Januari 21, 2015

Sejuk hati.....WW...


Allah..:-(
 Candid...
Abang Nu'man kusyuk mengimamkan adiknya...
semoga menjadi muslim sejati sampai syurga...
amin..


p/s:semoga mnjadi anak yang soleh solehah sayang...-doa seorang ibu...

Jumaat, Januari 16, 2015

salam jumaat..


salam hari penuh barakah...
semoga kami membesar menjadi anak yang sentiasa menyejuk hati abiummi...
Allah allah..sayu dan syahdu hati..dah besar dan cerdik anak2 abiummi:-(



Khamis, Januari 15, 2015

outing end 2014.....


Zaman kanak-kanak adalah zaman untuk mencuba...
proses pembelajaran..
proses mengenal..
mengembara di dunia ciptaan sendiri.
dan lebih suka dengan dunia luar..
anak2 dil pun macam tu..semakin membesar semakin aktif..
kadang2 x terlayan dan x terkejar dibuatnya... huhuhu...
2-2 anak ini dilahirkan di bumi pasir dn membesar juga di tanah arab ini..
jadi mereka lebih terdedah dengan persekitaran di sini
belajar tentang kehidupan yang semakin hari semakin mencabar..
Syukur pada Allah kerana diriku ini diberi kesempatan membesarkan sendiri anak-anak.satu pengalaman yang amat berharga..

Kami di sini lebih banyak berjalan kaki atau menggunakan perkhidmatan awam seperti tuktuk atau teksi atau tremko(van sapu)..yg boleh thn lajunya...
jadi bila dah duduk di bumi arab ini hati kena kuat..
tapi mujur anak2 sangat kuat juga dan memahami..
kadang2 berjalan kaki berkilometer jauhnya..
dengan meredah hujan...
abang dan adik dah lali...
syukur...semoga terus kuat ye sayang..
pengorbanan demi sebuah kejyaan..
biar bersusah dahulu ye....:-)

Bila dapat keluar..hari yang sangat ceria buat mereka..
time tulah nak lari sana sini...
Untuk pengetahuan..di mesir ni rumah2 semua bentuk apartment tu...
bertingkek tingkek...umah dil tingkat 2..dari 22 tingkat..:-)


the last day of december...2014...

tengah leka bermain..tetiba ternampak sesuatu...

 pantang ler nampak keretapi...mulalah nak kejar dan naik..
keretapi di sini..seperti keretapi barang di malaysia..
sila jangan letak harapan tinggi jika anda menaiki keretapi ini..sangatlah thrill dok mesir ni...

  kejar dik kejar....


kena bebel dengan ummi..nak balik umah sendiri..kononnya.....
adik adik....anak ummi yang sangat kuat..rajin..tapi sangat pemalu....

Ummi sentiasa berdoa anak-anak ummi semakin tabah dan belajar tentang kehidupan ini..
pengalaman akan mematangkan kita sayang dan semoga menjadi anak yang menyejuk abiummi..dan bakal penghuni syurga Allah....In shaa Allah...:-)


p/s:menaip dalam kesejukan...tangan pun udah kebas..huhuhu...tapi demi sebuah kenangan di masa depan.....kukuatkn juga...huhu


Rabu, Januari 14, 2015

permulaan 2015...membeku...huhuhu


musim sejuk di bumi iskandariah...winter plz be nice to us..huhuhu..







budak kuat..thn sejuk...asal dpt jalan..layan je...hehehehe...

p/s:tahun baru ni nak lebih rajin mengupdate..in shaa Allah...:-)

Jumaat, Januari 02, 2015

Ya Rasulullullah..:-(

Bismillah....
Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab
Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.
Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim, Al-Amin.
Bangsa :
• Arab Quraisy
Agama :
• Islam
Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.
Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.
Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.
Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].
Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.
Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.
Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.
Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.
Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.
Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.
Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.
Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.
Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.
Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.
Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.
Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.
Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.
Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.
Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.
Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].
Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].
Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.
Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].
Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.
Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
• Umur 40 tahun di Gua Hira’.
Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.
Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.
Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.
Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.
Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم
Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.
Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.
Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.
Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.
Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.
Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.
Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].
Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.
Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.
Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.
Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].
Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].
Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].
Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.
Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.
Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.
Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”
Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”
Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.
Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955