di kala subuh termenung sayu...
mendengar azan berkumandang rasa insaf di kalbu..
sesungguhnya manusia sangat lemah di sisi Allah yang Satu...
mudah goyah dengan sedikit ujian dari-Mu...
kita x lari dari melakukan kesilapan..
namun jangan mudah menuding jari mencari kesilapan..
cube berfikir sejenak wahai saudara dan teman..
mungkin itu tanda Allah menguji utuhnya perhubungan...
jangan dinilai seseorang kerana masa lalu...
nilailah ia yang sentiasa ingin berubah setiap waktu..
jangan pernah memandang hina jika ada salah laku..
mungkin ada sebab semua yang berlaku...
ringan tangan hulur bantuan...
jangan pernah berkira dalam persaudaraan..
kerana kita x tau apa akan jadi pada masa depan...
kerana Allah hakim segala kententuan...
jangan pernah memandang orang sebelah mata..
kerana tak tau nasib kita pula...
mungkin hari ni kita selesa..
dan rasa kita tak memerlukan sesiapa...
namun ingat itu semua Allah punya kuasa...
kalau ingin diambil semuanya..
masa tu berputih mata..
apa pun dah x guna...
sesal di akhirnya...
hidup di bumi ini..
saling memerlu sesama sendiri..
cubalah membantu cara tersendri...
yang penting ikhlas di hati...
ukhuwah itu indah sebenarnya...
jika disulam dengan kasih sayang yg sedalamnya...
berlapang dada..tenangkn jiwa...
terima apa pun seadanya...
hati jadi makin ceria dan bahagia..
hidup damai di bawah lindungan Yang Maha Esa....
in shaa Allah..
*ummi nu'man n humaira...renungan bersama di akhir tahun di bumi pasr...
sejuk ketor di bawah lihaf..