Wahai bidadaraku....
Masa berlalu pantas tanpa disedari..pejam celik,dah 3 tahun kita melayari bahtera bersama...
Suka duka dalam rencah kehidupan,kita lalui dengan semangat yang sentiasa membara..
Jatuh bangun,keluh kesah,resah,dugaan demi dugaan dan adakala terpaksa hidup berjauhan,
menjadikan kita saling melengkapi antara kita... diri mu diriku insan yang berbeza...
berbeza usia,berbeza bidang,berbeza pendapat dan juga prinsip,menjadikan kita saling memerlukan....
adakala kita bertikam lidah,gaduh2 manja,namun itu semua asam garam rumahtangga....
kerana itu juga sentiasa mendekatkan dan menyuburkan kasih sayang antara kita....
kerana tanpamu,hidupku sepi dan kaku,dan tanpaku, hidupmu seperti irama tanpa lagu...
Wahai cinta hatiku....
Terima kasih kerana menjadi pelengkap hidupku....jadi penguat semangat dan ketabahanku...
Menjadi pengkritik dan penyokong nombor satu ku...
menjadi insan yang bertanggungjawab penuh terhadapku...
Kehadiranmu adalah satu anugerah dari Illahi untukku,aku sangat bersyukur atas KurniaanMU Ya Allah....
Keranamu putera hatiku.. hidup semakin berseri,keranamu aku berusaha ke arah menjadi isteri mithali,keranamu aku berupaya menjadi srikandi,kepada anak2 penguat cinta suci....
Terima kasih sayang,atas segala-galanya...aku mungkin bukan orang yang pertama dalam dirimu,
tapi izinkan aku menjadi orang yang terakhir dalam hidupmu buat selamanya,maafkan aku andai sepanjang aku menjadi isterimu,ada salah silap yang tidak disengaja,aku hanya manusia biasa,yang kadang2 mudah alpa,namun pimpinlah tanganku sentiasa,kerana aku perlukan sokonganmu setiap masa,Semoga Allah sentiasa merahmati,memberkati,melindungi mahligai yang kita bina... di samping kehadiran cahayamata pengukuh cinta.. dan moga hubungan ini berkekalan sampai hujung nyawa di bawah keredhaan Yang Maha Esa.... Amin Ya Rabb...
"Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 3 tahun 04/07/2012"
Mohd Hazin bin Ahmad bin Hassan & Fazilah binti Abdul Rashid bin Ali bersama bakal pahlawan agama Muhammad Khalish Nu'man bin Mohd Hazin bin Ahmad dan yang bakal lahir....Insya Allah... :-)
notakaki:mama x impikan ape2 hadiah..cukuplah sekadar kasih sayang yang sentiasa mekar untukku..(tapi kalau nak bagi pun mama terima dengan tangan dan hati yang sangat terbuka..tapi bukan dengan mata ke atas tangan di dada.... hehehehe..i luv u so much dear..)