Ahad, Mei 27, 2012

alhamdulillah....

Alhamdulillah...diberi peluang untuk menulis lagi...
semoga kami sentiasa dirahmati dan diberi kesihatan yang baik
 dalam menempuh kehidupan di muka bumi ini.....
Membesarkan anak sendiri memang banyak pengalaman-pengalaman indah yang akan tercipta..... 
Ini semua akan menjadi sebuah kenangan indah yang xkan dilupakan serta pengalaman yang sangat berharga.. sesungguhnya diri ini amat bertuah.. Alhamdulillah.. terima kasih padamu Ya Allah...
Sembilan bulan 14 hari ummi mengandungkanmu..dan kini dirimu-anak kesayangan abiummi Muhammad Khalish Nu'man bin Mohd Hazin dah berusia 2 tahun 1 bulan 3 hari... 
Sekejap je masa berlalu..dulu yang hanya berdukung kini semakin lasak dan petah berkata2.... ..
keletah sungguh anak ummi ni....Khalish khalish...bila ummi tengok gambar ni teringat sesuatu...
Apa saje yang keluar dari mulutmu buat ummi rasa nak geget je....
anak ummi yang x boleh lapar.. bangun pagi mesti nak makan..
malam tu, khalish sibuk nak makan kosyari dan aiskrim...
bila ummi lambat beli,anak cerdik ni cakap "ummi ni lambat lah..apor (lapar) ni..sambil muka kerut2....
" bila ummi dah belikan makanan,khalish terus ambik tapi tetap x lupa cakap...
"tima kashih..shedap"...sejuk hati ummi tau..
pandai anak ummi ambik hati ummi..:-)
Anak ummi yang sangat pandai bawa diri bila ikut abiummi pegi kelas atau program...
asalkan ade makanan dan buku...memang budak bertuah ni akan buat hal sendiri.. 
xkisahlah berapa lama..
alhamdulillah.. gembira hati ummi bila khalish suka dengan majlis2 ilmu ni..
semoga dirimu sentiasa begini sehingga dewasa nanti...
Satu keistimewaan pahlwan agama ni,mana2 dia pergi mesti ada je orang mendekatinya....
 dia plak jenis x takut orang tapi x mudah nak ikut orang..... kadang2 garang jugak....hehehe...khalish2...
suka membebel....dan teman gaduhnya adalah abi... 
sehari x gaduh dengan abi memang x sah..
kadang2 naik geram dibuatnya....juga seorang yang jeles..
selalu gaduh dengan abi berebut ummi.. abi x leh pegang2 ummi..
kate dia"umminyer adalah ayang dia ok! "...hahahha..hero ummi ni....
dan yang bestnya khalish ni..
 bila abi keluar dialah org yg akan tepon abinyer suh balik cepat...
setiap 10 atau 20 min ye.... kdang2 buat abinyer geram....
x dan abinyer nak kuar2 dengan kawan,dah ada kol...
hehehe..tensn abinyer...(tapi...umminyer x suruh tau,dia sendiri yang x suka abinyer kuar..... 
kalau dia kuar xpe.....hihihi..:-)
suka jalan...ni ikut perangai ummi..kate abi..hahaha..tapi kuat makan ikut abi...hehehe.....
kalau jalan x sah x beli makanan...jalan sikit nanti mesti dia akan berbunyi..
"apor ni...sambil pegang perutnya.."
sebab tu beg umminyer dah macam beg doraemon..
segala benda makanan mesti ada dan mesti bawa duit sikit..
 asalkan dapat makan,jalan kaki jauh2 pun dia x kisah..
biasalah dok rantauan,jadi kenalah merasa susah2 sikit...
kalau kat mesia,mana2 nk pegi naik keta je....xpelah sayang...
kesusahan ini mengajar kita erti kematangan.....

Khalish Nu'man..hero ummi yang sangat cerdik..permata hati yang banyak mulutnya...
sangat prihatin orangnya..penyeri kehidupan keluarga kita semua..
akan menjadi seorang abang x lama lagi..
semoga dirimu akan menjadi abang yang menjadi contoh terbaik pada adik2mu..
anak yang soleh yang akan sntiasa mendoakan ibubapamu... 
dan menjadi seorang yang bijak pandai ke jalan yang diredhai Yang Maha Esa.... :-)

notakaki:kami berdua yang tengah merindui abinyer yang sedang berjuang untuk sebuah kejayaan....huhuhu... :-(

Jumaat, Mei 25, 2012

macam-macam......


Kisah hari ini....

1... Zaim (anak along n kaklong aka anak susuanku) telah selamat menjalani pembedahan ibu jarinya pagi tadi... Alhamdulillah,semuanya selamat dan dipermudahkan.. lega hati kami di sini...

2... Usia kandungan Dil dah nak memasuki 30 minggu... cepat masa berlalu.. Ada lagi 10 minggu nak bersalin dah..... Dan sangat bersyukur pada-Mu Ya Allah di atas kurniaan dan semoga aku dipermudahkan segalanya....Dil memang x mengalami ape2 alahan dan berat badan pun x naik banyak mana,harap perut je makin ke depan ...huhuhuhu...tapi tetap lasak..kadang2 sampai lupa ada baby....hehehe...sila jangan tanya jantina ye... baby dalm perut ni nak suprisekan abiumminyer....hehehhee..:-) 

3... Bila tulis yang no 2 di atas...mulalah rasa gelabah.. aduiyai,masih x tahu samada bersalin di m'sia atau mesir je... juga masih x buat ape-ape persiapan untuk baby juga dil yang akan berpantang..(jika ada sape yang nak bagi hdiah untuk ummi dan baby..sangat dialukan...sedekah...hehehe) sila jangan fengsannn....dil pasti akan ada yang terbebel dan bercakap sendiri..aik,napelah masih x decided kan? sebabnya....kerana macam2 perkara.......:-( hati sape yang x suka menyambut kedatangan baby baru kan? namun..... hmmm.........
     a) abinyer periksa x abis lagi...18.6 baru abis... jadi xboleh nak ganggu...
     b) tiket flight sangatlah mahal sekarang.....sorang je dah beriban2..belum masuk 3 orang... belum lagi masuk kos bersalin di malaysia,belum lagi nak beli barang,itu ini..... dahlah abinyer belajar lagi...:-( Ya Allah...sabar2 dil.....jangan fitam... x abis lagi taip entry ni..jap2....cari udara......tenanggggggggg..................
fuhhhh...sambung.....
     c) dan yang paling buat kitorang masih x dapat keputusan adalah kerana tarikh balik m'sia yang sesuai adalah di waktu usia kandungan dil x dibenarkan doktor untuk naik flight....Kalau nak naik juga atas tanggungan sendiri..  Mulanya memang ingat nak gamble balik jugak, tapi bila fikirkan banyak faktor yang perlu diambilberat, buat kami masih berfikir lagi...(family kat m'sia dah rindu sangat ni...)-ADA APE2 CADANGAN DAN NASIHAT? DIL PERLUKAN PANDANGAN....huhuhu.....
   d) dan sekarang ni dil selalu rasa sakit pinggang dan rasa perut makin ke bawah dan makin menekan dan adakala sangat sakit..tapi mals nak pikir... mungkin sebab dil lasak sangat kot...tambahan pula kuat jalan dan dukung khalish kadang-kadang2.... dan ditambah dengan kelasakan anak yang semakin membesar.....biasalah kan? like mother like son...hehehehe....

4...Harini ..bermulalah hidup berjauhan dengan abi khalish kembali...abi dah selamat berangkat ke cairo dengan menaiki keretapi tadi...tinggallah Dil dan khalish berdua selama sebulan..huhuhu..mesti kami akan merindui abi...Semoga kejayaan menjadi milikmu sayang.....-hati memang sedih bila tinggal berdua tambahan pula dah nak sarat ni,duduk pula di rantauan yang jauh dari keluarga,kawan2 pula sibuk imtihan..tapi kami kena kuat....kerana inilah harga untuk sebuah kejayaan...

notakaki:Ya Allah..berilah petunjuk kepada kami..semoga semuanya dipermudahkan dan baby ini selamat dilahirkan serta kami dimurahkan rezeki....Amin Ya Rabb.....



Selasa, Mei 22, 2012

Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah



Pilihan 1: Goreng garam dalam kuali hingga panas dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit akan menyedut lemak dan kolestrol dalam darah.

Pilihan 2: Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan semua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian.

Pilihan 3: Amalkan memakan buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.

Pilihan 4: Amalkan memakan epal sebiji setiap hari. Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana, epal mengandungi phytonutrient. Ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Anda juga boleh kisarkan epal untuk dijadikan jus.

Pilihan 5: Amalkan memakan ikan tuna. Ia merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.

Pilihan 6: Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.

Pilihan 7: Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik. Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin dan juga zat galian. Kandungan kolesterolnya juga rendah.

Pilihan 8: Kacang tanah yang masih berkulit dan dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E. Ia mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik. Ia juga membantu mengelakkan diri anda daripada terkena serangan jantung.

Pilihan 9: Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.

Pilihan 10: Anda boleh mengamalkan memakan kuaci tawar samaada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi. Ia akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.

Pilihan 11: Buah mangga mengandungi vitamin C dan boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.

Pilihan 12: Oat berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.

Pilihan 13: Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.

Pilihan 14: Anda boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Ini kerana, pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan di luar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola.

Pilihan 15:Makan lebih kanji dan fiber. Ia lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

Pilihan 16: Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral, ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ia baik untuk jantung anda.

Pilihan 17: Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stress.

info dari: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


notakaki:info yang sangat berguna...kena kawal dan rajin ni...:-)


Ahad, Mei 20, 2012

Selamat Hari Lahir Anak Susuanku...


Happy born Day buat anak susuanku @ anak saudaraku.. 
Zaim bin Zulfazli yang genap usianya 2 tahun pada hari ini 20/05/2012.. 
Zaim yang lahir setelah sekian lama along dan kaklong menanti......
Tarikh besday zaim ni selang 2 bulan dari dil (20.03) dan selang 1 bulan dari ayahnya@along dil(20.4)

 
Zaim yang sangat cerdik,ada je akalnya...pandai ambik air wudu' dah,dan suka mendengar orang azan.. 
dan dia pun akan solat juga,tapi x kira di mana...hehehe....
budak yang geliga otaknya,banyak kerjanya,buat tok babah n tok neni x menang tangan menjaganya, tapi keredupan matamu bisa mencairkan hati semua orang...

ishhh...geramnya ummi nya tengok gambar ni..rasa nak geget2.... zaim panggil dil ummi ngah atau nyah...sebab dia terikut2 orang panggil dil... kalau abah skype mesti nak naik atas laptop..sangat lasak....zaim2....
adik beradik susuan..gambar setahun lepas...
insyaAllah andai ada rezeki dapatlah mereka berjumpa lagi tahun ni....
2-2 budak bertuah yang bakal mendapat adik.. tapi abg khalish yang akan dapat adik dulu...bulan 8..pastu bulan 9 baru zaim.... semoga anak anak ummi menjadi abang yang bertanggungjawab,menyenangkan hati keluarga,ringan tulang dan membesar sebagai anak yang soleh...insyaAllah...
Ni hadiah besday kek dari kejauhan buat zaim..dari ummi ngah,pakngah n khalish....


Zaim yang akan menjalani operation ibujari pada 25/5/2012 ni..kami mendoakan smoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar...Zaim budak kuat kan?semoga cepat pulih ye...xmo nangis2 ye.. kami sayang zaim....

Khamis, Mei 17, 2012

tenangnya hati mendengar......


Alafasy Nasheed Rahman Ya Rahman...



Sangat tenang dan syahdu bila mendengar  nasyid ni...rasa sejuk hati tengok anak2 dalam video ni,keindahan alam  serta indah alunannya.. semoga anak-anakku membesar sebagai anak soleh yang menyintai Allah dan Rasul-nya serta taat pada kedua ibubapanya.... Amin Ya rabb.... :-)


Rabu, Mei 16, 2012

WW-anakku pemakan 2....

 roti telur brown sos...

 kosyari...(makanan arab ye..ada nasi,macaroni,sayur2,kacang2 dan ayam)

 buah- buahan yang khalish suka..tapi ada satu yang paling dia suka tapi xde gambar..PISANG..hehehe
 to'miah bilbet..atau falafel...





Budak yang suka sangat makan.....x padan yang kurus..hehehe....

p/s:sape tau cmne nak rotate gambar?dalam file mmg ok..tpi bla upload gne yg baru ni,jadi macam ni..huhuhu....

Sabtu, Mei 12, 2012

Yang perlu kita tahu.............:-)




16 FAKTA TENTANG BAYI BARU LAHIR YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

- Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

- Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

- Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

- Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

- Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

- Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

- Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

- Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

- Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

- Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

- Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

- Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

- Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

- Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

- Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

- Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

♥♥ Jemput Share, Like & TAG ♥♥
by: Qaisara Collection


notakaki: Selamat hari ibu buat mak,mak mertua serta semua yang bergelar ibu..percayalah..dirimu begitu berharga.....

Jumaat, Mei 11, 2012

.........



ORANG yang paling CEPAT dalam MINTA MAAF
adalah 'ORANG YANG PALING BERANI'

ORANG yang paling CEPAT meMAAFkan adalah
'ORANG YANG PALING KUAT' dan

ORANG yang paling CEPATmeLUPAkan
KESALAHAN orang lain adalah 'ORANG YANG PALING BAHAGIA' ^^  :-)



* hadapilah segalanya dengan senyuman dan lapangkan hatimu selalu... percayalah Allah pasti akan melindungi dan hidup di bawah keberkatan Yang Maha Esa... :-)

Selasa, Mei 08, 2012




Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
tetapkanlah iman kami..
kuatkan lah hati kami..
untuk menghadapi Dunia penuh cabaran dan dugaan ini..
Amiin ya Rabb al'alamin.

by: Haris Kaito


so touching....


1 Cinta 1 Lagu, Episode 7 : Rizalman & Umar





sayangilah orang tersayang....

Isnin, Mei 07, 2012

Pop Corn Sempoi....

 Bila dok rantauan kenalah rajin buat makanan yang teringin nak makan..tapi kena tengok gak lah bahannya ade ke tak...jika xde, tahan jelah..huhuhuhu... haritu dil ada buat popcorn sempoi...sebab nak beli xde jual yang best,so buatlah.. dan bahan2nya senang je....(resepi ni direquest cik aida lela yg dok mesia tu....buat ye cik...hehehe)


Bahan2 yang sempoi je...bertih jagung,gula dan minyak atau butter....dil guna 2-2..tapi butter xde dah masa ni,dah dipanaskan dalam kuali..hehehe...kalau nak pakai minyak saje pun boleh...

 minyak ape2 pun boleh.. dil guna minyak jagung sebenarnya tapi sebabkan dah tinggal botol kosong baru teringat nak ambik gambar, jadi ambik lah minyak baru ni sekadar prop.. hehehe..... guna minyak ni dalam setengah mangkuk di bawah ni ye....kalau ada butter.. letak 2 sudu.....

 jagung pun stengah mangkuk je.. jangan banyak sangat..nanti x muat periuk.... sebab bila dah masak,banyak....



gunakan periuk macam ni....
1) Mula2 panas kuali...letak minyak dan butter(kalau ada...api jangan kuat sangat...) 
2) letak 1 biji jagung untuk  test samada dah panas ke belum...biji jagung akan kembang... 
3) dah nampak satu biji tu kembang,boleh angkat dan masukkan semua biji jagung dan rata2kan....agar semua terkena dengan minyak..jangan risau..selagi x kembang,x meletup lagi...

4) tutup periuk tu dan biarkan saja jagung tu...nanti kita akan dengar letupan2 jagung tu sampai dah habis bunyinya...pastu tutup api...kacau2 dan letak di dalam bekas lain...


5) kemudian 6-7  sudu gula + garam sedikit dipanaskan dalam periuk tadi,biar warna keperangan dan cair,kemudian baru letak minyak dalam 2-3 sudu..... tutup api dan masukkan jagung yang dah goreng tadi.. dan gaulkan rata.... 


6) masukkan dalam bekas kedap udara,tapi jangan ditutup dulu..biarkan sejuk sebentar.... kalau tak nak simpan..ngap...yum yum...... kat umah ni kejap je dah abis, sampai x tau dah berapa kali dil buat pop corn ni.... hehehehe :-)

notakaki: otak tengah fening2...macam2 nak difikirkan....pasal itu,pasal ini..tapi cuba tenangkan..insya Allah..setiap masalah ada jalan...semoga kami diberi ketabahan yang tinggi dan dimurahkan lagi rezeki dan dirahmati Illahi.... dan semoga abi dan kawan2 berjaya dalam imtihan ini... 


Ahad, Mei 06, 2012

12 azab tinggalkan sembahyang



Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah s.w.t. akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
· Allah s.w.t. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah s.w.t. mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
· Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
· Allah s.w.t. sangat murka kepadanya.
· Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan api neraka.

sumber : fb Mari Berkongsi Ilmu..

Nauzubillah....semoga kita di antara orang yang sentiasa menjaga solatnya....





Gambar selingan yang menyejuk hati...pahlawan agama..tengah nak solat pun,senapang x tinggal..  anak bertuah.. semoga anak ummi sentiasa menjaga solat dan menuju ke arah jalan yang diredhai Allah..Amin ya rabb...

Rabu, Mei 02, 2012

WW-minat anakku 1...










notakaki:Sejuk hati abiummi tengok anak ummi rajin dan suka menulis(walau sekadar menconteng dan abis buku dilunyainya..tapi xpe..nanti lama2 khalish akan lebih pandai dan memahami) Semoga minat ni akan terus hingga dewasa... semoga dirimu membesar bagai anak yang bijaksana dan di bawah keredhaan Allah... :-)

Selasa, Mei 01, 2012

Jangan pandang ringan pada kebersihan...



Cara buang air kecil dan mencuci dgn betul mengikut Islam adalah sgt2 penting dan hendaklah dipatuhi. Jgn sekali2 ambil ringan. Jika tidak amalan kita tidak diterima Allah swt....

Jangan buang air kecil sambil berdiri!

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;
1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;
1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalamnya

Janganlah hendaknya amalan ini dipandang lucu atau lucah tetapi jadikan ia sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.
Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.
Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”
Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.Jadi, ambil pengajaran ini. Buanglah air kecil dan cara mencucinya dgn betul. InsyaAllah amal ibadat kita diterima Allah swt hendakNya.

semoga bermanfaat buat kita semua..
credit: Al-Quraan Digital
-zq
by: ۞ MARI BERKONGSI ILMU ۞

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955