Sabtu, Disember 31, 2011


Selamat Tahun baru buat semua...
Semoga hidup kita semua lebih dirahmati dan dirahmati serta sentiasa dekat dengan Illahi..

p/s:semoga bertambah murah rezeki dan bertambah cinta hati..:-)


Rabu, Disember 28, 2011

Happy Birthday My Lovely Mom......




Mak....
Dirimu amat penting buat diriku...
Keranamu aku bernafas sehingga menjadi seorang ibu...
Kau sinar yang memberiku harapan dan kasih sayang yang jitu...
Setiap langkahku diiringi doa dan restumu...

Mak...
Maafkan aku andai ada perlakuanku buatmu terluka..
Diriku insan yang lemah yang x lari dari membuat dosa....
Namun aku ingin kau tau aku x pernah ada niat jua...
Cuma adakala kita tak sedar tentang perlakuan kita.....

Mak....
Hari ini 28/12/2011,bertambah lagi usiamu...
semoga panjang umur,dikurniakan kesihatan yang baik di samping anakcucu...
Tiada apa yang mampu kuberi buatmu ibu...
hanya doa dan harapan agar kasih sayang hingga ke akhir waktu....

Mak...
Biar terpisah antara benua....
Dirimu diingatan sentiasa....
Hanya teknologi yang menghubungkan kita...
Semoga kasih sayang antara kita mekar selamanya..

Nukilan dari kakngah yang sentiasa merindui dan sangat menyayangimu.....
mandaroh,alexandria,egypt.....28.12.2011


Juga ucapan dari Khalish Nu'man dan Hazin buat mak..
"Sanah Helwa buat Tok Neni..Jaga kesihatan dan moga happy2 selalu..:-)"


Isnin, Disember 26, 2011

tersentuh hati ...:-(


Sangat menyentuh hati..semoga menjadi pengajaran buat diriku dan juga semua... Jangan lupa tanggungjawab,sentiasa dijauhkan perasaan marah dan penyakit hati..Nauzubillah... semoga Allah sentiasa merahmati,memberkati keluarga kami supaya sentiasa dalam suasana harmoni,baik pakat dan mekarkan sentiasa kasih sayang antara kami dan jauhkan dari hasutan syaitan serta anasir-anasir yang memusnahkan....amin ya rabb....



p/s:masa menonton video ni,terus peluk khalish kuat2...semoga dijauhkan dari semua ini..AbiUmmi sayang Khalish Nu'man sangat2..:-(

GA:Saya Mahu Novel Ombak Rindu Dari Eyriqazz.Com


Aduhai..dah lama sangat tak join GA atau contest.. tadi jenjalan BW, terterjah blog
Eyriqazz sebelum ni memang selalu buka tapi rupanya tak follow..
almaklumlah buka banyak sangat blog dalam satu masa..hehehe...
tapi tadi lelaju follow dan sangat teruja nak join GA Ini ...sebab ape?
kerana teringin nak hadiah di atas...


Entri kegemaran saya di Eyriqazz.Com adalah
kerana bila tengok je gambar atok dan cucu terus teringat abah dan cucunya...
abah dil macam tulah kerana cucu sanggup...kadang sampai main2 jadi kuda...huhuhu...
Dil ni sangatlah sensitif kalau bab-bab ni,mulalah feeling terlebih...
maklumlah jauh di rantauan..huarghhhh...miss my family...:-(
(tapikan..saya juga suka blog ni sebab banyak gambar makanan best2..
ni yang x sabar nak balik malaysia ni :-))


ni ada pantun buat Eyriqazz ..

Saya berkelana jauh beribu batu...
Sendu bila tengok orang cite pasal Ombak Rindu,
Setiap hari hanya baca komen dari blog satu persatu...
Semoga saya ada rezeki mendapat hadiah di atas tu..... :-)

Sabtu, Disember 24, 2011

saje2.....


melayan khalish ni,dil buka2lah youtube...suka plak tengok budak ni...dia ni anak kepada Lepat (pelukis jalan) yang pernah menggemparkan malaysia dulu..kini berkahwin dengan wanita German dan menetap di German.. tapi..comel je dia ajar anaknya cakap melayu... hehehe... khalish tengok sambil ikut sekali buat muka dan ketawa riang..khalish khalish...:-)






p/s:baca macam2 status tentang pemergian sahabat kami di fb,rasa sayu dan sedih....:-(

Selamat Jalan..Sahabat..


Tatkala menaip entry ni,sebak rasa di hati... bersama dengan kedinginan yang mencengkam dan hujan rahmat...Berita pemergian seorang sahabat Nurul Aqmar(Din) yang telah pergi menghadap Illahi petang tadi kerana kemalangan dengan lori... Allahyarham adalah kawan sekolah abi khalish... dan dia kawan pertama abinyer yang dil kenal semasa tunang.. dan dia memang rapat dengan kami... last kami jumpa sebelum dia balik m'sia..dia belajar di damanhur, egypt... dia seorang pemalu tapi kelakar...murah hati...dia selalu bagi khalish duit dan masa akhir tu dia memang banyak diam je.... :-(


~Beliau adalah seorang yang istiqamah bertalaqqi Al Quran, sangat mengihtiram tetamu, manis wajahnya selalu menguntumkan senyuman..Al Fatihah utk beliau, semoga Allah menempatkan beliau di tempat hamba2NYA yg DIA kasihi...dalam kenangan: Nurul Aqmar Bin Maliki @ Shahbuddin Maliki, 1987-2011~

*sesiapa shj terbaca ni sila hadiah kan pahala Al Fatihah utk beliau



buatmu sahabat.....

p/s:papa...kuatkan semangat ye...mama tau papa sedih atas pemergiannya..tapi papa saja buat cool dengan mama....semoga segala urusan dipermudahkan dan dia damai di sisi Allah.....

Khamis, Disember 22, 2011



Terkenang ketika dulu.........
Kakngah:Mak...kenapa mak suka masak je?
Mak:sebab...boleh buat mak rasa bahagia,sedih,gembira,terharu dan bertambah semangat...
kakngah:Hah?sambil garu-garu kepala....
Mak:
Sedih:bila mak x masak,orang yang mak sayang ntah makan ntah tidak.....
Gembira:bila orang yang mak cinta,balik rumah..cepat2 nak makan...
Bahagia:bila makan bersama2 dan semua lauk yang dimasak licin semuanya.....
Terharu:Bila dah abis makan,orang yang disayangi,senyum tanda suka dan mudah terlena....
Semangat:Bila mak mencuba masak yang baru,orang yang dikasihi,menikmati dengan pujian yang menyentuh hati....

Kakngah...seorang wanita belajarlah tinggi mana,dia perlu pandai masak..bila kahwin,seronoknya dapat masak untuk suami dan anak-anak....biar penat,biar lelah, yang penting air tangan sendiri.. bila kita memasak dengan penuh kerelaan,dengan hati yang ikhlas,dengan penuh kasih sayang...akan bertambah rasa sayang dan ukhuwah antara keluarga.....

p/s:papa...tu sebab mama suka masak2...jadi..papa n adik..tolong abiskan kuih kasui dan agar2 santan ni ye.. tadi dah makan nasi kan? malam kang mama nak masak mihun hailam pula...hehehehe....


Sabtu, Disember 17, 2011

12 Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W.

1. Barli - baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. ia mrupakan penyejuk badan

2. Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan", ia juga baik dimakan ketika mengandung.

3. Buah Tin - ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.

4. Anggur - Rasulullah S.A.W. sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.

5. Madu - dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.

6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".

7. Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.

8. Cendawan - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.

9. Minyak Zaitun - rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.

10. Delima - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.

11. Cuka - makanan yang Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)

12. Air - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru".

***Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam surat Al Mukminun ayat 52: “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang shaleh.” Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (HR. Muslim)

Isnin, Disember 12, 2011

sabar ye sayang.....


Hati yang dah sedia sayu.. bertambah kaku.. bila Khalish buat ummi menitis airmata.... Sebabnya?

Dah siap masak2...masak nasi goreng,bubur ayam sikit,ayam goreng dan ikan buri(senangin) masak asam...pastu..duduk2 dulu..sebab rasa x berselera abi khalish takde.. tapi mengenangkan Khalish, cepat2 si ummi menyiapkan tempat makan...sambil budak bertuah menolong... ummi ambik meja.. dia ambik kerusi keciknya serta pinggan... dan ummi letak lauk pauk..
Ummi dah bersiap duduk depan hidangan...budak bertuah masih ke hulu hilir...

ummi memanggil...:Adik..meh makan....
Budak cerdik:hmm (sambil angguk2 berlari dan duduk atas kerusi.)
Ummi start baca doa makan
Budak bertuah:x sempat abis baca doa ..dah amin...:-)
Ummi pun nak suapkan dia....
budak cerdik:anti.sambil tunjuk isyarat 1 jari...stop...
ummi tanya :nape dik...
budak bertuah bangun sambil mnghala ke bilik dan cakap..abah...mi...kelam kabut dia cri abah(abinyer) nak ajak makan..
Ummi terus terkaku...sambil airmata menitis....:-(
terus panggil khalish dan dia datang dengan muka sayu,xde bah(dgn isyarat tangan xde..goyang2) sambil pegang tepon...dan cakap..abah....
ummi peluk dan cakap.:abi fi cairo kuliah..mesyi(phm) nanti abi balik kita makan sama2 lagi ye...
terus dia angguk2 sambil tangannya lap airmata ummi..macam paham... Ummi dah xde selera nk makan..tapi demi khalish.gagahkn jua.....:-(


kami dah biasa makan bersama2....dan khalish pun selalu disuap abinyer. .. atau kami makan satu pinggan sama2... jadi khalish memang akan makan bila kami duduk sama2.... dan sangat rajin menolong...
Syahdu rasa hati...Budak bertuah yang berumur 1 tahun 8 bulan penuh dengan kasih sayang yang sangat menebal dan begitu prihatin....semoga Khalish Nu'man terus membesar sebagai anak yang soleh dan sentiasa menyayangi abiummi...sabar ye sayang...abi pegi menuntut ilmu...kita kena berkorban...semoga kejayaan akan abi genggami....Amin ya rabb...


Air yang boleh memadamkan api neraka

budak bertuah yg menangis x kluar airmata.....


Dalam sebuah kitab (Bidayatul-Hidayah), diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan Neraka Jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyala api yang sangat dahsyat gemuruhnya, hingga semua umat menjadi berlutut kerana tak sanggup menahan ketakutannya.


Allah S.W.T berfirman, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Ketika mereka menghampiri neraka, mereka mendengar gemuruh api neraka yang suaranya sudah dapat mulai didengar sejarak 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang, bahkan para nabi sekalipun akan berucap, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah), kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak segera kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?”

Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang durhaka di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, barang siapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis karena amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”

Sungguh telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ada lagi air mata.

:p>Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, barang siapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis karena amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”

Sungguh telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ada lagi air mata.

notakaki:mood merindu...abi khalish dah balik cairo...:-(

Khamis, Disember 08, 2011

Selamat Hari Lahir Atok.....

Selamat hari lahir buat atok yang sangat hencem,baik hati,penyayang dan terbaekkkk.. Semoga atok jaga jantung elok2..takmo makan pedas2 sangat,takmo makan indah2 selalu (seafood takmo hari2 ye) jangan lupa makan ubat yang sebekas tu ye... Doa intanpayung,abi dan ummi dari kejauhan agar Atok sentiasa dirahmati Allah,dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa... Atok.. kami sayang atok sangat2.... nenek pun kami sayang juga..nenek kan CEO..atok Dato' bandar...hehhehe...

Khalish -cucu atok yang sangat bertuah dah x celeng dan sentiasa smart macam atok....:-)

Ni pulut kuning buat atok...kami sampaikan di angin lalu..
No 1 bukan umur atok tau tapi Atok u r the best in the world.......No 1...
(pst pst..nenek,tokbaba,tokneni pun no 1 juga....hehehe)

p/s: Ucapan dari dil:Ayah,terima kasih kerana menerima dan menyayangi dil....segala kasihsayang dan perhatian amat dihargai.. Hanya Allah yang mampu membalasnya..Dil juga amat menyayangi ayah,mak dan adik2 seperti mana dil menyayangi keluarga dil.. Semoga kasih sayang antara kita akan tetap ukuh sampai menutup mata... Doa dil agar ayah dikurniakan kesihatan yang baik,ceria dan dilindungi Allah.... Amin Ya Rabb...

Salam ingatan Azin,Dil & Khalish Nu'man...... Walau jauh beribu batu,keluarga tetap di hti selalu....


Rabu, Disember 07, 2011

andai sudah jodoh....


Andai itu jodoh yang ditetapkan untuk kita, tetap akan bersatu...hanya kuasa Allah yang dapat memisahkan.......
Lega hati...Dhia n Zikir dah kawen....maaf ye..2 hari cite pasal diorang ni..sampai abi khalish cakap ummi ni dah domam panas balik ke?hahahaha.......

Moh layan babak di bawah....romantiknya.... terus teringat abi khalish, kadang2 dalam tiba2 ucap kata2 yang bisa buat hati ni touching.....hihihi.....(blushing2...malulah plak.....:-p)



notakaki: x pernahlah over sangat kalau tengok drama...tentang dhia buat dil jadi teruja sikit...sebab ada suka duka,lawak pun ada..episod 17 ni,lawak betul ayah dhia tu...hehehe.... tapi nasib baik bukan tengok kat mesia,kalau x harus kena ceramah agama sebab cite ni tayang waktu maghrib.....huhuhu....


IMAM SYAFIE


Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd.

Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.


Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.

Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."

Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."


30 PESANAN IMAM SYAFIE

1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.

10.Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11.Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12.Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13.Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

14.Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

15.Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16.Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17.Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18.Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19.Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

20.Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

21.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22.Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23.Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

24.Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.

27.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

28.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.

29.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."

30.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.


Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

p/s:membaca adalah minat dil,semua jenis buku baca.. dan dulu teringin sangat nak pegi majlis2 ilmu... ada pegi,masa kecik2 memang kerap..ikut abahmak..bila makin dewasa,tak selalu malumlah tiada masa lapang,sibuk belajar dan pastu kerja(sebenarnya,kadang2 kita jadi alpa dengan pentas dunia,Astaghfirullah Al Azim)... kini.. setelah berkahwin,merantau di kota arab, baru dapat pegi kembali...tapi.. bila semakin banyak baca dan mendengar,baru sedar rupanya banyaknya kita tak tahu atau terlepas pandang atau buat2 tak tau.... tapi alhamdulillah... sekurang-kurangnya dengan membaca dan pegi ke majlis ilmu,kita menambahkan lagi pengetahuan,lebih muhasabah diri dan dapat berkongsi ilmu ... Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang ini..semoga diri ini semakin dekat dengan-Mu,rajin dalam mengejar ilmumu..
Dil sangat bersyukur Khalish Nu'man(budak bertuah) dapat peluang sebegini ketika masih kecil,semoga dengan mendedahkan dia dengan ilmu agama,akan terus membesarnya budak bertuah ini menjadi seorang yang mulia budi pekertinya,baik tingkahlakunya,anak yang soleh dan cerdik.Amin Ya Rabb :-)


Selasa, Disember 06, 2011

Dhia mati? ooo..tidakkkkk.......

gambar:kredit google

Tensennya...bila dapat tau Dhia mati sebab mak zikir bomohkan dia...(x tengok lagi,hanya tau dari fb..x sabarnya) huhuhu......Ops...mesti pening kan,apalah dil merepek ni?sebenarnya walau dari kejauhan,dil tetap layan cite Tentang Dhia ni..biar x dpat tengok ontime,asalkan dapat tengok selepasnya pun xpe...dil tengok kat malaymoviefull.. dan ada juga yang kawan tolong donlodkan.... cite ni bisa buat hati terbuai-buai dan penuh dengan emosi... Memang pandailah Nora Danish bawa watak dhia tu..sangat berbeza dari lakonan sebelum ni.... terbaekkk...... Tambahan pula dengan gabungan Adi Putra sebagai Zikir,memang gandingan yang mantap.... Semoga watak Dhia xkan mati macam tu je... aduh.. geramnya dengan mak zikir tu......suka sangat bomoh-bomoh...huhuhu.......

notakaki:Dok jauh2 ni,barulah ade macam2 cite best tayang kat mesia..saje je... dahlah menahan hati tengok orang cite pasal Ombak Rindu..... cepat2lah orang donlod....sian orang kat egypt ni....:-(

Isnin, Disember 05, 2011

makan2....



musim2 sejuk ni kejenya makan je..
tadi balik dari markas pas maghrib,
kami makan nasi dengan masak kurma,telur sambal dan ayam masak belasah je...
malam2 ni lapar lagi...dil buat pula badak berendam,
maggi goreng,bingka tepung pulut dan roti goreng aje...:-)
layan.....







kuih feveret khalish....
p/s:seronoknya hati bila orang2 tersayang suka makan....rasa penat hilang dibawa angin.. tambah2 kalau budak bertuah dah mula pandai cakap,lagilah berbunga2... siap puji lagi..dap mi.. dap mi..(sedap ummi...hehehehe...) Ummi sayang Khalish Nu'man ketat2...:-) tapi abi pun ummi sayang juga...hehehe....

Ahad, Disember 04, 2011

Ajal tidak mengenal usia..Alfatihah...


Sebelum diri ini beradu, dil ingin menyedekahkan Al-Fatihah untuk diri sendiri, suami, anak-anak, kedua ibubapa, ibubapa mertua, adik beradik, sahabat-sahabat serta tak lupa buat yang muslimin dan muslimat yang telah pergi meninggalkan dunia untuk bertemu Allah Yang Maha Esa...



Terutama buat wafa dan wafi yang telah kehilangan ibu tercinta pada hari Jumaat 02/12/2012 kerana demam denggi berdarah... Allahyarhamah ibu beliau baru berumur 26 tahun,bekerja di penjara kajang dalam jabatan agama,asal jenjarom,tinggal di semenyih... Dil sempat mengenali beliau ketika pulang ke tanahair seketika pada bulan februari tahun ini..seorang yang pendiam,dan mudah tersenyum... Sedih hati ini mengenangkan nasib wafa yang baru nak masuk 3 tahun dan adiknya baru nak masuk 2 tahun(lebih kurang khalish)..Wafa dan wafi dijaga oleh mak mertua dil ketika ibubapanya bekerja....Bagaimanalah nasib berdua nanti?adakah dijaga oleh ayah mereka atau keluarga allahyarhamah ibu mereka? Sewaktu dil menelefon ibu mertua dil pagi tadi,mereka sangat hiba menceritakan perihal wafa yang seakan mengerti ibunya telah tiada... Wafi pula masih menyusu badan(campur dengan susu formula)sebak hati ini bagai disayat2..terus dil memeluk khalish yang sedang tidur ketika itu sambil airmata tiba2 mengalir... Semoga Allah menempatkan allahyarhamah ibunya di kalangan orang yang beriman dan memberi ketabahan yang luarbiasa untuk ahli keluarga wafa dan wafi dan memelihara mereka sebaik mungkin... Aku juga berdoa pada Allah,andai diri ini sudah tiba masa dijemput Illahi,biarlah anak bertuahku Khalish Nu'man mendapat kasih sayang yang secukup dariku..namun aku sedar,ajal maut di tangan Allah..kita sebagai hamba kena sentiasa bersedia dengan memperbanyakkan amalan2 serta sentiasa redha dengan ketentuannya..Semoga kita sentiasa dekat pada-Nya....


notakaki:terbayang2 wafa yang merajuk dengan Allahyarhamah ibunya kerana memberi khalish hadiah baju,tapi untuk dia takde(padahal ibunya ada membeli untuknya tapi sudah dipakai)...kenangan terakhir sebelum kami kembali di bumi mesir...:-(


Khamis, Disember 01, 2011

Rindu....



Rindu nak solat kat masjid besi ni....


rindu kat sini...

rindu nasi goreng pedas ni...


rindu pemandangan waktu senja...


rindu nak makan johnny's....huhuhu...

tapi banyak lagi yang rindu...nak makan rojak klang,nak makan Big Apple Donut,nak makan SR,Nak makan KR nak makan itu,nak makan ini....nak baca novel..nak pergi sana sini...tapi yang paling kami rindu............

" FAMILY DAN SAHABAT KAMI DI MALAYSIA...."muahhhh.....:-)


Semoga kami sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur...... kami redha walau abinyer x dapat mana2 bantuan pelajaran,pinjaman atau zakat, tapi rezeki berkeluarga dan rezeki anak tu ada...setakat ni alhamdulillah..kami sangat bersyukur atas limpah kurniaan-Nya..biar x mewah namun sangat bersyukur,kerana masih mampu menikmati rezeki...anak rantau yang masih belajar....demi mengejar kejayaan...biar bersusah dahulu,bersenang kemudian....ini semua adalah pengalaman yang sangat berharga... dan dapat lebih memotivasi diri,untuk menggenggam sebuah impian bukan senang...Jangan mudah patah semangat dan sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik..Buat Khalish Nu'man Hazin,jangan risau anakku,kami akan berusaha dan bertanggunggajwab dalam membesarkan dan mendidikmu..sesungguhnya dirimu anugerah yang tidak ternilai..anak yang sangat bertuah,semoga anak abiummi membesar sebagai anak yang cerdik,baik budipekerti dan menjadi anak yang soleh.Kami sayang khalish sangat2... Dikaulah pengikat cinta suci abiummi....



Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955