Isnin, Ogos 29, 2011



semangat raya semua dah terbang ke mana,hati kami gundah gulana, mengenangkan ayah yang tiba2 masuk wad pula,kalau kami punya sayap akan terbang ke tanahair sana,namun apakan daya hanya mampu berdoa pada Yang Maha Esa,agar melindungi ayah dan keluarga tercinta dan moga2 kita akan dapat bersua di satu masa.... buat mak,nor,piqa,kuatkan semangat,kami sentiasa menunggu khabar berita.harap segalanya pulih seperti sediakala..Buat abah,mak dan keluarga selamat hari raya..nanti pegi ziarah ayah ya.:-(

Ahad, Ogos 28, 2011

aLAngKaH iNDaHnY@ mEnJAdI WaNITa

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.

4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.

Isnin, Ogos 22, 2011

syafakillah buat diriku...





huhu..diriku diserang virus ...Selsema dan Demam..jadi,mood semua dah terbang..oh tidak...:-( huhuhu....semoga aku kembali sembuh...Kawan2 doakan dil ye....

Tapi,walau dalam keadaan x sihat,anakku ini tetap x kuabai...
dialah penawar sakitku..moga khalish terpelihara dari kesakitan ini.
..

Anakku yang semakin besar dan semakin banyak bunyinyer....ummi sayang khalish sangat2..anak yang cerdik yang pandai ambik hati ummi... dil x sihat dialah tukang picit kepala dan kaki...walau x rasa apepun....hehehehhe



Jumaat, Ogos 19, 2011

MAKKKKKKKKKK.............

*diambil dari fb..sangat menyentuh hati...mak..angah rindu mak... :-(

Mana Mak?

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?pikirkanlah....


p/s:hargailah ibubapa anda ketika masih anda..mood:sangat rindu..rasa di hati ingin terbang di sisimu wahai keluargaku...:-(

Rabu, Ogos 17, 2011

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a...



Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amin…


Ahad, Ogos 14, 2011

9 Siti yang harus dicontohi...


sumber:dari blog..tapi hubby dil x save pula..kalau tuanpunya baca,dil mohon sharing ye..terima kasih...


Antara 9 siti yang harus di contohi.....


1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


p/s:baca ni membuatkan hati teringin nak anak perempuan pula..boleh dil namakan Siti...:-)




Sabtu, Ogos 13, 2011

gambar lagi...


Disebabkan,sangatlah penat baru balik kelas bahasa...dil persembahkan lagi gambar sekitar alex untuk membuatkan anda2 semua lagi jeles......sila katup mulut anda ye....hehe...... tapi jangan risau..Dil sentiasa mendoakan agar kakak2 dan adik2 dapat sampai ke bumi anbiya' ini....Dil sudi jadi tourist guide.Insya Allah....Amin Ya rab....













di bawah ni coklat kegemaranku..best...

p/s:gambar2 semua diambil dari kamera cap ayam dan oleh orang yang snagat x pandai ambik gambar...hehehe..:-)

Alexandria@Iskandariah,Egypt...












Khamis, Ogos 11, 2011

Dugaan....



Dil baru balik berbuka rumah kawan...Alhamdulilah....tapi,harini juga kami menerima khabar sedih rumah yang bakal kami pindah nanti akan dinaikkan harga..dahlah hilang semangat nak raya sebab kena pindah rumah masa orang sibuk nak raya,pastu harga pula naik..adoiyai..ingat kami ni cap duit ke?dahlah kami ni x dapat mana2 tajaan...(selama ni dil jarang bercerita dalam blog pasal ni kan?)Dil bukan nak mintak simpati sesiapa ,bukan juga nak buka pekung di dada..apa yang ingin dil kongsi adalah kemelut yang kami(pelajar agama) hadapi...(tambahan pula tadi kawan dil yang dah punya anak 2 pun x dapat tajaan mana2 dan sangat memerlukan,semoga ada rezeki untuknya) kebanyakan pelajar agama di sini jarang mendapat tajaan...yang dapat hanyalah wang zakat(mengikut negeri antara 3k -5k) itupun banyak kerenah birokrasi yang perlu ditempuhi..dan kerana itu selama 4 tahun suami dil di sini,dia x pernah dapat bantuan zakat..mencuba setiap tahun..tapi hasilnya hampa..dengan berbagai alasan,....antaranya...bapa mertua dil bekerja sendiri, jadi manalah ada penyata gaji kan? tapi mereka nak juga..bila kita bagi penyata yang dah disahkan pesuruhjaya sumpah,nak benda lain pula...sudahnya,ayah cakap,xpelah..selagi mampu..tanggung sendiri...pandai2lah cari duit..untuk belajar agama bukan senang ,banyak dugaannya..Alhamdulillah...walau x dapat pun.suami dil boleh bertahan lagi dan masih tak patah semangat untuk mengejar cita-cita...dulu,sebelum kahwin dil hanya mendengar je cerita2 dari orang yang mengatakan pelajar yang ke mesir atas tiket untuk belajar agama,susah mendapat tajaan dan mereka hanya mengharap pada orang2 perseorangan dan syarikat2 yang sudi membantu..dan ada juga bantuan dari rakyat mesir sendiri..dil pernah menyangkal dakwaan seseorang bila dia mempertikaikan,kalu orang belajar selain dari mesir,banyaknya je tajaan..kalau mesir..harapkan zakat je..itupun ramai lagi yang tercicir dari senarai...Bila dil sendiri berkahwin dengan orang yang berhadapan dengan masalah ini,dil sangat mengerti dan berasa sedih ,kenapalah mereka x dapat membuka mata dan telinga dan hati mereka? hmm...bila baca berita di malaysia,akhbar menyampaikan berbagai-bagai berita tentang bantuan yang diberikan kepada orang2 susah serta anak2 yatim..terfikir juga,xde ke bantuan untuk kami yang jauh di perantauan ini?dekat 3 tahun dil di sini,setakat ni belum lagi dil menerima apa2 bantuan dari duta2 malaysia di sini...bukan meminta..tapi apa salahnya berkongsi sesama kita..bukan semua kat sini yang berkemampuan..yang kami pernah dapat, dari syeikh arab yang sudi memberi bantuan makanan masa permulaan ramadhan..malah mereka menyediakan juadah berbuka untuk sape2 yang memerlukan..menitis airmata dil..orang luar lebih prihatin...ada satu kisah yang pernah terjadi pada dil...mendapat bantuan duit dari seorang arab yang dil langsung x kenal...dia cakap dia sedekah pada khalish...dia cakap,dia bukan anggap kami miskin,tapi dia bagi sedekah sebab kami anak2 muda yang jauh dari ibubapa yang dah berkahwin.. membesarkan anak2 di bumi asing.mereka kagum dengan semangat kami... Alhamdulillah. sekurang2 nya ada insan yang memahami... Dil pun bersyukur sangat pada Allah,walau kami mungkin x semewah mana..sebab belajar di mesir kami x dibenarkan bekerja,jadi hanya harap rezeki yang ada, namun setakat ini,masih mampu bertahan dan khalish pun masih menyusu badan dan perbelanjaan masih terkawal.. x taulah bila khalish dah mula minum susu formula...hmm...pernah terfikir untuk memohon mana2 syarikat yang sudi menghulurkan bantuan tapi macam segan pula...Takpelah..Semoga kami dimurahkan lagi rezeki dari Allah..Kami percaya.. kami berjuang menuntut ilmu kerana Allah,Insya Allah,Allah akan memudahkan segalanya...Amin ya Rab..


*ni adalah laman web yang juga membicarakan tentang masalah ini.. PENA ANDALUS

p/s:apa yang dil tulis adalah luahan dan pengalaman peribadi dan bukan meminta simpati...harap maklum ye...


Rabu, Ogos 10, 2011


Assalamualaikum semua..harini sangat buntu x tau nak masak ape...sebab yang makannya 2 orang je pastu sekarang ni musim panas jadi makan kurang,minum air je banyak...tu yang perut penuh sengan air je..abi khalish selalu marah dil..sebab taknak makan...nanti susu badan makin kurang....dil cuba paksa makan,tapi ntahlah,mood makan dah semakin berkurangan...huhu... jadi cadangnya harini masak ringkas je..bubur ayam.... Selamat Berbuka semua...:-)


gambar ihsan cik google...tq...


Sabtu, Ogos 06, 2011

Tanpamu....:-(


Selain Allah s.w.t yang amat kudambakan kasih-Nya..Moga aku antara insan yang dipandang-Nya...


Gambar di atas adalah antara insan yang amat penting dalam hidupku. My Family...
Lagu di bawah dil tujukan buat mereka... juga buat saudara mara kami di merata tempat ,teman2 seperjuangan serta x lupa teman2 blog.... tanpa kalian sapelah aku....








Helena & Sabhi Saddi - Tanpamu (OST Nur Kasih The Movie)

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati

Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Kernamu ku ada di sini
Tetap bersamaku
Selalu disampingku
Untuk selamanya

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu


p/s: mood: sedih mengenangkan kedukaan my cousin yang kehilangan anaknya...kalaulah dil berada di tempatnya? x dapatku bayangkan bagaimana..:-(




Jumaat, Ogos 05, 2011

Berita sedih dari M'sia...

'Dari Allah kita datang,dan kepada-Nya kita kembali......'

Hari ini,pada pukul 7 pgi waktu mesir dan waktu m'sia pukul 1 ptg,dil mendapat khabar berita dari m'sia yang Ayahlang dan Maklang telah kehilangan cucunya Mohd Fakrul anak kepada sepupu dil Rosmani Razak... Beliau sekeluarga terlibat dalam kemalangan dil lebuhraya karak selepas terowong menghala ke KL.. mengikut yang diceritakan along,kenderaan yang dipandu Yasser(suaminya) terbabas dan Fakrul tercampak dari seat belakang ke depan...beliau di sahkan meninggal di hospital PPUM pagi tadi..betapa pilunya hati ini kala mendengar berita itu,terbayang terus wajah si kecik yang sangat cerdik yang baru berusia 4 tahun... :-( ...Dil x dapat bayangkan bagaimana andainya ini terjadi pada dil..Nauzubillah.. mintak dijauhkan...dil selalu berdoa,biar dil yang pegi dahulu dari insan2 kesayangan....

Semoga Ayahlang,maklang,Mani dan Yasser tabah menghadapi dugaan ini... Semoga Allahyarham adik fakrul ditempatkan di kalangan orang yang beriman... Al-fatihah..



p/s:akhirnya airmata ini menitis juga kala aku menaip entry ini...Tadi aku cuba menghubungi ayahlangku tapi kerana keadaan internet yang sangat lembap ,terpaksa aku putuskan saja dan hanya sekadar menghantar sms..semoga segala urusan dipermudah..Insya Allah...

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955