Selasa, Mei 31, 2011

Info kesihatan yang perlu kita tahu....

Mungkin ada yang dah baca,tapi dil saje nak kongsi pada kawan2 yang tak baca lagi dan x tau...sebab papa (my hubby) pun hadapi masalah macam ni,,kesian sgt tgk dia...pntang dgn debu2 ni.huhuhu..jadi mari sama-sama kita cegahi dan rawatinyer jika ada simptom ini....

Sumber dan kredit dari akhbar Kosmo

Alergi bukan cuma di kulit

ADAKAH anda sering mengalami hidung berair, episod bersin berulang kali, berasa gatal di hidung dan mata, serta hidung tersumbat?

Jika jawapan anda ialah ‘ya’ bagi semua atau mana-mana soalan, ia mungkin simptom alergi rinitis dan perkara terbaik untuk dilakukan ialah berjumpa doktor dengan segera.

“Kemungkinan satu daripada setiap tiga warga Malaysia menghidap satu bentuk alergi dengan kebanyakannya berlaku kepada kumpulan umur lebih muda,” kata Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Presiden Pertubuhan Malaysia bagi Alergi dan Imunologi (MSAI).

Lazimnya ramai yang masih belum jelas akan masalah alergi. Secara ringkas, ia sejenis gangguan hipersensitif pada sistem imun.

Dalam kebanyakan kes, simptom dapat dilihat di tiga bahagian tubuh iaitu gastrousus, respiratori dan kulit.

Simptom

Kanak-kanak berusia sehingga lima tahun lebih cenderung untuk mengalami simptom di bahagian gastrousus dan kulit.

Sementara itu, simptom alergi respiratori akan bermula apabila seorang kanak-kanak mencapai usia tiga tahun dan selepas usia lima tahun ia secara perlahan-lahan berkembang sebagai simptom alergi paling lazim.

Reaksi alergi bermula apabila seseorang dengan sistem imun hipersensitif terdedah kepada alergen yang boleh jadi hama debu yang ditemui di rumah, rumput, pokok, debunga, haiwan kesayangan, lipas, kulapuk, habuk dan yang lain.

Sebagai tindak balas, tubuh akan mengaktifkan sejenis sel darah putih yang dikenali sebagai sel masta yang kemudian mencetuskan respons inflamasi.

Secara fizikal, kesan ini dapat dilihat apabila mereka yang terbabit mula bersin berulang kali, mengalami hidung berair dan berasa gatal di hidung dan mata.

Simptom ini boleh bertambah buruk jika tiada tindakan diambil. Selepas beberapa jam, mereka yang terbabit mungkin mengalami hidung tersumbat, mata membengkak, rasa letih, tidak dapat mengawal perasaan atau mengalami gangguan tidur.

“Ramai rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa terdapat pencetus spesifik bagi alergi, atau impak yang disebabkan oleh alergi pada aktiviti harian dan prestasi mereka,” tambah Amir Hamzah.

Para penyelidik dari Universiti Malaya yang menjalankan saringan rambang ke atas 136 responden di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur pada tahun 2010 menemui satu data penting iaitu walaupun 79 peratus responden mencatatkan episod alergi rinitis, hanya 28 peratus daripada mereka mendapatkan rawatan.

Debu

Keputusan saringan itu juga menunjukkan bahawa pencetus utama adalah debu, cuaca dan makanan. Sejumlah 80 peratus daripada responden menyalahkan debu bagi masalah itu diikuti oleh faktor cuaca dan alergen berkaitan makanan.

Kualiti kehidupan mereka yang terbabit juga terjejas teruk. Hampir 53 peratus daripada mereka mengalami gangguan tidur, 41 peratus menyaksikan masalah ini menjejaskan produktiviti mereka dan 31 peratus mendapati gaya hidup sosial mereka terjejas.

Bagi orang seperti Pook Mei Foong, 30, semasa usia lima tahun beliau mengalami masalah hidung berair dan mata gatal apabila pergi ke tempat yang sejuk seperti Cameron Highlands.

“Selain daripada simptom ini, saya mula merengus dan mood saya tidak baik.

“Saya tidak dapat menikmati kehidupan seperti mereka yang lain sehingga saya menemui penawar dan saya kini berasa hebat,” katanya.

Pada usia 28 tahun, Mei Foong memutuskan untuk berjumpa doktor berhubung masalah itu yang akhirnya menemui jalan penyelesaian - ubat pil harian dan penyembur nasal.

“Alergi tidak boleh hilang tetapi dengan bantuan doktor ia boleh diuruskan.

“Mereka yang mengenali diri saya berkata saya kini nampak lebih ceria,” tambah beliau.

“Sementara alergi tidak memudaratkan, impak terhadap kehidupan mereka yang menghidapnya dapat dilihat daripada simptom fizikal hinggalah tekanan emosi yang banyak menyukarkan kehidupan mereka,” kata Dr. Jeevanan Jahendran, Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Pertubuhan Malaysia bagi Pakar-pakar Otorinolaringologi - Pakar-pakar Bedah Kepala dan Leher (MSO-HNS).

Kurangnya kesedaran akan keadaan ini menjadi punca mengapa banyak kes tidak dapat didiagnosis dan dirawat.

Hari ini, Mei Foong boleh ke mana-mana dan dapat menjalankan tugas dengan baik sebagai pengatur cara komputer, yang memerlukan beliau bertugas di pejabat-pejabat yang sejuk. Beliau juga mula belajar berenang yang menjadi sukan pilihannya.

– Bernama

Isnin, Mei 30, 2011

Sebab nilah jarang update blog......

Assalamualaikum w.b.t buat semua yng sudi membaca...Walau blog dil ni kdg2 je update....sebab musabab susah nk mengupdate..nilah sebabnya....

Bila nk update..mulalah c pahlawan agama ni nangis nkkn perhatian..
mase ni dia nk suh ummi naik basikal kt belakang tu,dia tolak..maunyer nk jln?ish anakku ni....


time ni plak,ummi dh siapkan dia comel2, so ummi pun naklh lepak dpn pc..tibe2 dgr suara manja..
nk diajak ummi main bola..huhuhu...


mase ni,ummi dah abis solat dibantainyer melalak...nk suh ummi solat lagi..khalish2.......

Ni mase ummi dh btul2 dok dpn pc sbb nk save n3...tiba2 dia buat laungan manja nk ajak kuar sebab dah pakai kasut..x sabar2......sampai umminyer lupa nk save dah...

khalish,mcm ni mcm mnelah ummi nk jdi blogger tegar?nmpknyer x capailh hsrt ummi nk jdi cam blogger2 otai tu syg..huhuhu....bila nk update je,mulalah cri perhatian,jadinyer ummi pun dh xde idea...hmm.....xpelh....dmi mu ummi sanggup..tapi asalkn dpt brblog kjp pun jdilh.....:-)


Rabu, Mei 25, 2011

Salam Imtihan Buat Abi Khalish..

Papa..abi...my luv...selamat menduduki imtihan yang bermula 30.06.2011 hingga pertengahan 7 ni...Jangan gelabah..jangan resah.. Insya Allah Najah..Yang penting tak lupa mohon pada Allah agar semua dipermudah ...Semoga berjaya sayang... :-)

Bukan abi sorang je sibuk dengan buku..c pahlawan agama ni pun sama....
buku n khalish x boleh dipisahkan....
dah abis buku dikhatam dan dilunyaikan....hehehe..


Isnin, Mei 23, 2011

One Lovely Blog Award

Syakirin awi Sis An yang telah mengurniakan award ini pada dil.... sangat terharu..huhuhu....:-(
Untuk award ini, yang perlu diceritakan adalah..

7 perkara tentang saya:-
Wahda (1)
3+1+1+1+1+1 n bla bla: Walau pegang 3 title buat masa skrg..anak,isteri dan ummi..tapi rasenya macam sayalah juga doktor,sayalah nurse,sayalah cikgu,sayalah penterjermah,sayalah PA,sayalah engineer,sayalah kaunselor,sayalah chef,sayalah babysitter dan macam2 lagilah..pendek kata...semua sayalah...kalau panjang yang kata...ko ni tamaklah dil woi..xpelh..saya suka..hehe....

Ithnin(2)
Seorang yang sangat menyayangi dan terlalu melindungi keluarganya....papa(sygku) dan khalish adalah umpama nyawa..abahmak,ayahmak,along,adik dan ahli keluarga lain adalah semangatku...So jangan ada sape2 yang berani kacau keluargaku..Kalau nak rasa penangan black belt 4dan ku..meh dekat..kalo yg usik keluarga yang jauh di mata tu..taulh nasib.. dil ni ada kuasa gaban tau..walau jauh orang tu akan rasa kesakitan pukulanku...haittt......

Thalata(3)
Gaya hidupku berubah bila berkahwin....dan x pernah menyangka akan berkorban sejauh ini.yelah mula2 belajar. bagai nak rak.. pastu ada kerjaya yang stabil .... tapi... demi kerana kasih diturutkan... tinggalkan segalanya... cukuplah dulu gila study,gila kerja n now... gila ops. bukan gila..cuma terlalu sayang sangat suami dan anak...jadi terbanglah dil di bumi anbiya' ni..berbekalkan semngat pahlawan.kena kuat..tabah.....hidup sebagai anak perantau,menemani suami yang berjuang menuntut ilmu dan lahirkan cahaya cinta di sini..pahlawan agama..:-)dil bahagia dengan kehidupan sekarang...bahagia dengan suami tercinta dan bangga membesarkan khalish dengan tangan sendiri...surirumah yang bertauliah...:-)

Arba'a(4)
Seorang yang sangat keras kepala..tegas...hati kering....terlalu berdikari .. perahsia...pendam perasaan dan suka menyendiri..susah nak mesra dengan orang tapi klo dah mula kenal...akan jadi terlebih mesra....sgt menghargai persahabatan....seorang yang mempunyai daya ingatan yang sangat kuat waima benda kecik2 dan lama berlalu x kan kulupa.. seorang yang sangat menepati masa .... berfikiran terbuka.. suka orang yang berterus terang.. pantang orang cakap belakang.. x suka dengan perkataan "nanti kejap".. x suka kerja bertangguh.. x mudah terasa hati.. kadang2 macam x berperasaan.....(tapi dengan suami,kadang2 adelh.terasa manja2.. huhuhu.....) kini alhamdulillah..perangai buruk ditinggalkan...semakin berubah...dil mengerti bila berkahwin x leh ikut kepala sendiri...x leh terlampau berdikari....dan kini lebih berusaha ke arah yang itu..apa dia? MENJADI ISTERI DAN UMMI SOLEHAH DAN MITHALI..INSYA ALLAH.....:-)

Khomsa(5)
Pantang nampak makanan...suka sangat..suka beli..suka masak..suka makan...suka order..suka jln2 cari makan...suka dengan orang yang suka makan....pendek kata pasal makan Dil sukalah...paling sukaaaaaaaaa...coklat n western food n roti......nasib baik badan x mudah naik sangat dan senang turun..lau x,mau diriku jadi besor pintu......fuh....nasib baik!

Sittah(6)
Suka tengok orang...suka mengkaji..suka membaca..suka berjalan...tambah2 klo jln kaki..suka sangat.....klo naik keta suka jadi driver.....sebab gila drive..kih kih....suka aktiviti lasak..suka berenang...wah x sabarnya nak mandi manda di pantai....

Sab'a(7)
Suamiku seorang yang kontra denganku..papa sangat peramah....sangat ceria.....x serius......kadang2 buat aku jadi geram..xtapi pelah..satu kelebihan...boleh belajar ketawa dan senyum sentiasa....inilah untungnya berkahwin dengan orang lebih muda dari kita...kita akan sentiasa awet muda...hehe........

sebenarnya banyak lagi nak cite..tapi kang menderhaka pula.....:-)

dan dil kena tag 15 orang...aduhai ramainya...sbb akk buat 5..dil buat 4..sebab x leh lebih dari org lebih tua .hehehe

Aida lela
k.yan
K.kasihredha
Niza NM02


kenapa tag mereka?sebab mereka pengkomen tegar blog ku..termasuk u..k.An...hehe...yang dil x tag..boleh je ambik award ni ye...dil sangat hargainya kalau sudi...buat semua pembaca blog ini..terima kasih yang tidak terhingga...
luv u all..

notakaki:maaf..macam2 font ada..penat dah nak tukar..x leh...naik geram dibuat nyer..harap x juling mata..hehehehe

Ahad, Mei 22, 2011

masak memasak bulan may...layanzzzzzzz

buah melaka.....dil mengadap sorang je...abinyer x suka....

Kuih paper n air barli..... stok dri mesia....

Benjo with brown n pepper sos.....

Letak nugget .....yum yum...

kuih bakar terlebih naikkkkkkk...............:-)

Jelly with ice-cream manggo

puding roti sos kastard

pisang dgn aiskrim(sbb trliur tgk blog k.yan..nk wt cm k.yan x leh...huhuhu)

ayam masak merah berempah....

mashed potato.......

roti n serawa durian....ops...serawa lempok durian...

meggi goreng telur goyang.........shedappp.....
chicken chop yang x cukup regu..:-)...dil buat untk org mngidam..kita pun tmpang ler mkn.....hihi...



notakaki:bila masak-memasak ni dapat mengurangkan rasa rindu dan bosan di hati...tapi akan menambah lemak di badan....huhuhu....

Sabtu, Mei 21, 2011

x jadi cari gas..terus cari makan..-Ya Halla


Assalamualaikum....terima kasih pada yang sudi membaca blog ni..oklah..n3 kali ni pasal jalan-jalan cari gas..terus tukar jalan-jalan cari makan..hehehe..:-) Duduk di rumah baru ni kami terpaksa mengalami keputusan gas...memang gas susah didapati..bukan macam di malaysia..senang....huhuhu...
jadi setelah penat menanti dan mencari gas yang ntah di mana,kami sepakat nak pegi makan kat Restoran Ya-halla..sebenarnya dah lama teringin nak makan di sini tapi baru kali ni berkesempatan...dil jenis suka try makanan ...jadi kalo dengar makanan yg best,,mulalah teringin...tapi alhamdulillah lah..dil boleh masuk je mknn arab ni..ada kawan2 yang dh lama dok sini masih tak terima...yelah adat perantau kenalah belajar mkn mknn diorg kn?hihi.... Kami pegi berlima....yang lawaknya,kami ada tkg tunjuk arah tapi dia sendiri ingat-ingat lupa..naik teksi pula..arab ni bawa cam nak racing tu..jadi kecut perut kami semua..kejap ke kiri..kejap ke kanan..kejap dia berhenti mengejut..pastu one way jadi two way..mmg trus senak perut...khalish je yang menten..anak arab....
Yahalla ni terletak di Sidi Beach...kawasan Alexandria juga....tempatnya ke dalam sikit... kedainya kecik je....tapi deco dlmnya menarik..Sangat sesuai untuk makan-makan bersama family dan sesapa yang travel sini rugi x cuba..memang berbaloi dan sangat mengenyangkan alhamdulillah.....


Ni menunya.....dalam bhasa arab..berpinar gak nak baca...dah macam mengeja pula..hehehe..harganya berpatutan......

Ni lah restoran Yahalla......comel je....

budak cerdik yang happy sangat sebab boleh berlegar-legar..kawasan sgt luas.....


Kari Ayam Bakar... ....sedap....


Kari dihidangkan bersama Isy(Roti Pita) dan salatoh(salad jeruk).. Kentang goreng tuk pahlawan agama tu..:-)


Macarona Seafood...yummy...sangat besar portion..boleh kongsi 2-3 orang..sosnya pun sedap..tapi terlupa nak snap...:-)

Hah..nilah Aruz bilgambari bilshamak alfillet(nasi basmathi dengan fillet fish dan udang) yang membuatkan abinyer tido lena...fuh mmg sgt banyak dan berbaloi....



Ummi punyer...Aruz bilgambari atau melayunya nasi udang......udangnya sangat banyak dan dil x abis pun.dah suap khalish pun mcm x luak....abinyer tlg abiskan.....


bila perut kenyang hati jadi girang......:-)

Jumaat, Mei 20, 2011

Happy Birthday Anak Buahku @ Anak Susuanku.. Zaim bin Zulfazli



Selamat Hari Lahir Zaim Sayang....Si Mata bulat budak lasak,budak cerdik..Ummi makngah,abg khalish dan pakngah doakan kamu membesar sebagai anak yang soleh,yang takkan lupa pada jasa ibubapanya dan hidupmu sentiasa diberkati Allah....Kami rindu kamu....:-)

Khamis, Mei 19, 2011

Selesai semuanya....

Alhamdulillah....kala ini dil mampu menarik nafas lega....sudah slmt brpindah ke rumah baru dan internet pun dh dipasang...dapatlah kol family setelah 10 hri trputus berita...dan x dapat berblog.. huhuhu.. sebenarnya macam-macam nak tulis..tapi sebabkn pahlawan agama ni dok bebel2 tepi kerusi ni..jadi terpaksalah stop jap....:-) insya allah jika ada kelapangan akan di sambung smula...

ni lah rupanya kalau dah lama xde internet..huhu....nak perhatian tok dia sorang je....

p/s:Buat Kak Ina, Dil sangat terharu kerana terpilih sbg tempat ketiga dalam GA akak....dan maaf sangat2 sebab kelewatan mendapat berita ini dan menyusahkan akak..maaf ye akak..dil mengalami masalah keputusan internet sebelum ini.....Jadi,dil harap akak dapat tinggalkan emel akk...dil x dapat cari di mana kotak tu...huhuhu.....

Isnin, Mei 09, 2011

Selamat Hari Lahir Maklang Nur...

Happy Birthday my lovely sis... K.dil,khalish n abg doakan kamu berjaya dalam mencapai cita-cita...Jangan mudah patah semangat..jangan lupa pada ibubapa dan semoga hidupmu diberkati Allah..K.dil happy sbb bila berkahwin dgn abg hidup k.dil lengkap..ade adik perempuan..satu impian dn keinginan k.dil dri dulu..yelah k.dil ni adik bradik semua lelaki,k.dil jelh sorg perempuan..so bila dpt adik instant mmg happy gile..tambahan pula dgn otak yang sempoi n sporting mcm nor ni..mmg terbaik..love u...miss u..i pray 4 your happiness.......
Jangan kawen dulu tau..kejar cita2..n tunggu kami balik...hehehehe...

Sabtu, Mei 07, 2011

Pada-Mu Allah,kami berserah...



Kala ini kami tengah runsing,pening,geram..baru je dapat berita dari tuan rmh ni kami kena kuar dari umah ni esok selepas zuhur atau pling lewat 1-2 hari! memang gila! dahlah xnak cakap ape2 sebelum ni..pastu sibuk nak minta sewa umah je..alih2 dia suruh keluar..mana lah sempat nak cari umah? dahlah abinya dh nak exam..... Pastu sekarang mmg susah sgt umah sewa...dan sgt tinggi sewanya..ada tu,kena byr msuk rmh sampai 2 -3 bln....hmm..utk pljr sprti kami ni..mmg trsentap dibuatnya...dah 3 hri kami kuar cari umah..sebab kami ada dgr ura-ura kena pindah..tapi x sangka secepat ini... memang agak tersentak dapat berita ni..sedih hati tengok khalish..balik dari kami cari umah tadi,dia terlalu letih..tengah dil tidurkan dia,tuanrumah bgtau berita ni..dil terus terdiam ..abinyer pun sama..
Dil hanya mampu berdoa agar Allah mudahkan segala-Nya...mmg x tau nk mula dri mana...mcm nilh kerenah arab..agk x sbr.....:-(

" Ya Allah,tabahkan hati kami hadapi ujian ini,mudahkanlah urusan kami,lindungilah kami dan kuatkanlah kami..pada-Mu kami berserah Ya Allah...Amin..." :-(


sayu tgk khalish..masa ni dil tgh brkemas..dia happy je...dia pun nak tlg sama...sambil mulut membebel ntah apa-apa..tapi dil tau..khalish anak yg kuat...bermcm-mcm dugaan tlh ditempuh..semoga kali ni dia akn dpt brthn...kami akn berusaha utk keselesaannya..mungkin x seselesa di malaysia,tapi cukuplah tempat untuk berteduh..Dil harap dia mengerti..kami berkorban demi untuk kejayaan abinyer...

UPDATE:ALHAMDULILLAH...KAMI DALAM PROSES BERPINDAH.INSYA ALLAH HARINI.DAH DAPAT RUMAH SEMENTARA.JAUH SIKIT DARI RUMAH SEKARANG.TAPI XPELAH YANG PENTING ADA RUMAH.LEGA SIKIT HATI.


Khamis, Mei 05, 2011


"Ya Allah, Bahagia dan peliharalah keluarga kami, Jauhkanlah kami dari pengaruh buruk, Yang selalu menggoyahkan iman kami, Jadikanlah kami istiqomah dalam ketaatan padaMu, Naungilah kami dengan limpahan rezeki yang halal & berkat, Berikanlah ketenteraman dalam hati kami, Ya Allah, Bimbinglah kami menuju kebahagiaan yang Engkau redhai. Amin."

Selamat Hari Mak....

Selamat hari ibu buat diriku,mak ku Siti Zauyah binti Mohamed, dan ibu mertuaku Romeiah binti Awang..kaklongku Zailatuefa Tumiran serta semua yang bergelar ibu,mama,ummi...Setiap hari adalah hari Ibu..Pengorbanan seorang ibu amat tinggi..walaupun telah berkeluarga, ibu tetap akan memerhati...kasih ibu hingga ke akhir hayat...bak kata pepatah....dilepaskan, talinya masih ditangan. Ibu tetap gembira jika kamu bahagia dan akan turut menangis jika kamu menangis. tapi x lupa juga ayah..kasih ayah sepanjang masa..-) Semoga kita hidup diberkati, dan sentiasa menjadi isteri solehah dan ibu mithali kepada anak-anak kita...Insya Allah..Amin....

“Untuk semua wanita, yang selalu memiliki cinta kasih, yang tak akan pernah habis untuk dibagi, SELAMAT HARI IBU



Rabu, Mei 04, 2011

Sah! Memang anak abi.... :-)

vbersungguh mengunyah...

memandang dgn ekor mata...sbb ummi lmbt suap.....

puas hati....
menikmati...
nak lagi....
cepat...cepat...x sabar ni.....

yes..yes....
nyum nyum...
senyum..bila nampak lagi makanan kegemarannya....

Tau x ape dia? Peminat kari...betul2 x sangka,budak cerdik ni suka makan kari..sampai abislah satu pinggan..dil buat kari udang,pedas juga..tapi dia tahan...ish2...memang anak abi...abinye mmg hantu kari....ada genglah lepas ni..maknanya,kari mesti ada dlm menu untuk seminggu..aduiyai..ummi dh xde kwn lgi... huhuhu... kena plan anak ke-2 ni...hehehe.....:-)


p/s:nk hiburkn hati yang tengah buntu cari rumah sewa lain ni..adoiyai.....Ya Allah mudahkanlah urusan kami....Amin....


Selasa, Mei 03, 2011

Mengapa?????????????



gmbr ihsan:iluvislam.....


Kala ini hati sedih dan pilu..
bila teman yg menjadi tempat mengadu,
memutuskan persahabatan tanpa ada penjelasan yang diperlu,
Apa salahku wahai sahabatku?
mengapa hubungan kita tiba-tiba temui jalan buntu?
Membuatkan aku yang jauh ini tersendu....
Sahabat... maafkan aku andai ada kesalahan tingkahlaku....
dan halalkan apa jua yg diberikan dalam persahabatan yg lalu,
Moga satu hari hubungan kita akan kembali bersatu.
Aku sentiasa berdoa pada Allah Yang Maha Tahu.... Amin..:-(



p/s:hidup penuh dgn kejutan...kdg2 yang berlaku tanpa diduga....


update:Alhamdulillah..shbtku dh kembali tenang dan hbungan dh kmbali ok..sahabat selamanya..:-)

Isnin, Mei 02, 2011

Layanz.....:-)



Ini antara gambar kenangan masa khalish balik malaysia baru ni....Layanzzzzzzzzzzz.........
p/s:mood..rindu family ..rindu m'sia..:-(


Muka ketat..bru bgun tido ...nk g breakfast....

26.03.2011-2ptg..hri terakhir depan rumah atoknenek...
bersama dgn moyang.....sebelum brtolak ke klia...


Pukul 3 pagi di klia dri umh tokbabah n tokneni..mood bace buku..hehehe..
21.03.2011..hntr auntie shida blik mesir....5 hri slps tu,khalish menyusul ple..

hri2 terakhir di rmh atoknenek..didera pkai tudung oleh ciknor....

beberapa jam sblm brlepas ...di klia...ceria n comot..kerana happy nk blik ke negara tumpah darahnya....

gmbr kenangan rmbut ditgkkn oleh ciknor...

pegi mmbeli belah di NSK...

di rumah nekjan...


makan2 di hotel eastin...x takut lngsung pde badut tu... :-)

banyak lagi gambar yg dirakam serta jln2 sna sni..kt ats tu byk gmbr kt umah atoknenek je yg ada ni...umh lain xde,,,tapi...huhu:-( kamera trtinggal di malaysia....jdi x smpt upload..kena mnta belas ikhsan adikku utk mengcopynyer.....poksu..plz......:-(

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955