Rabu, April 27, 2011

aduhai internet...


HUHU....BORING DAN GERAM...
LINE INTERNET SEKARANG MMG SGT2 MENYENAKKAN PERUT..
JADI...MAAF SEBAB X DAPAT NAK UPDATE SELALU...
SKDR NK BW BOLEH..ITUPUN X BOLEH BUKA BANYAK2...
DAN BANYAK KALI KENA REFRESH..
MAUNYER X LETIH...HUARGHHHHHHHH...
INILAH KESAN DARURAT...
NAK TEPON PUN DH TAK LEH LAMA2..
SGT SEDIH.:-(



Macam nilah muka dah boring n tension....hUHUHU.....


Ahad, April 24, 2011

Layan....mase besday khalish.....

01....kek ditempah pada ammu anas..dan pulut kuning express..


Hiasan ala kadar ...dihias 15min sblm org dtg..hehe...


Besday boy yang sangat happy....
Suapan seorang abi untuk anaknya.....


Manggo Cheese Cake...mmg sedap....

Hidangan pada hrtu..macaroni tomyam,bihun hailam,kuih bakar,bubur jagung,pulut kuning,kari ayam,serawa lempok durian....itu yg sempat dibuat....xde pembantu chef,lagipun dapur satu je yg ok.....klo kat mesia lainlah....then beli buah..pastu ibu aiman buatkn rti jala,ayong buatkn agar2,acik ats buatkn kek coklat..dan abi tempah kek pada ammu anas.....

Pulut Kuning Express:Dil buat tuk anak tersayang...setahun usianya....

MOHAMMAD KHALISH NU'MAN PERMATA HATI...
HADIRMU SATU NIKMAT YANG SUCI....
ANUGERAH YANG TIDAK TEHINGGA DARI ILLAHI..
SEMOGA PANDAI MENJAGA DIRI..
HIDUP DI DUNIA YG PENUH CABARAN INI...
DAN MENJADI PAHLAWAN AGAMA YANG DISEGANI...INSYA ALLAH.

SAYANG...
TIADA APA YANG MAMPU KAMI BERI ...
HANYA KASIH SAYANG YANG TIDAK TERPERI...
ABI DAN UMMI SANGAT MENYAYANGI.....
TIDAK TERLUAH ISIHATI..
YANG PASTI HINGGA ABADI....:-(

"selamat hari lahir yang pertama atanpayung,pengarang jantung..buah hati kami..."
khalish....hnya ini yang sempat abiummi buatkn untukmu...
kami tidak mahu dirimu berasa seperti kami..yg sepi..jauh dari keluarga..sedara mara....
kami nak kamu berasa gembira di hari lahirmu dengan kehadiran acik2 dan ammu....
syakirin awi yg sudi hadir.....:-)

Sabtu, April 23, 2011

Sanah Helwa Ya Walad....

Masa umurmu sehari.....

Sekejap masa berlalu..Sudah setahun umurmu..
Selamat Hari Lahir Cinta Suci abi dan ummi..
Mohammad Khalish Nu'man....
Semoga menjadi anak yang soleh,insan yang bertaqwa dan moga hidupmu sentiasa diberkati Allah...
Kami sayang dirimu hingga hujung nyawa..... :-)
setahun sudah usiamu....

notakaki:sangat letih tapi puas...terima yang sudi hadir....dan kepada ayong,shida,aina,fatimahwati,fillah,aina,nada,atie,dan semua yang sudi menolong dan meluangkan masa....syakirin awi...zzzzzzzzzzz..........
:-)...esok sambung....

Jumaat, April 22, 2011

Nak menyibuk gak.........

Maaf ...dil tgh sibuk masak untuk besday budak kecik ni...tapi....umminyer nk msk,dia pun nk mnyibuk sama...aduhai.....khalish dok diam2 blh?plzzzzzzzzzz..........................ummi dh nk buat kuak lentang ni...huhuhu.......



Dia hanya sengih je..setelah membebel minta perhatian...ish geget kng.....


Rabu, April 20, 2011

Selamat Hari Lahir Along......


Selamat Hari Tua Alongku.Yang ke 32 tahun....
Angah doakan along semoga hidupmu sentiasa diberkati Allah
dan bertambah murah rezeki(jadi jgn lupa kami...sharing is caring kan?
hehehe..dikurniakan kesihatan yang baik....dan semoga bertambah berat badan...
Along....terima kasih atas segalanya..
Angah bangga dikurniakan abg seperti along...dari dulu ,kini dan selamanya......
Harapan angah semoga along sentiasa bahagia
di samping kaklong dan zaim serta abahmak,adik dan kita semua hingga hujung nyawa...
Rindu Along...



p/s:bulan april ni memang bulan istimewa..ramai org penting dalam hidupku sambut harijadinya di bulan ini..

Ahad, April 17, 2011

Suami Dipinggirkan Bila anak Menyusu Badan?


Oleh : Fathi Yusuf & Ros Izanuri


Assalamualaikum,
Suami-Isteri yang berada di depan komputer, yang dirahmati Allah
Orang bujang pun boleh baca.

Asas pergaulan suami isteri ialah:

"... Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara yang paling baik (ma'ruf). Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu (terhadap perangai isteri), padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak". An Nisa':19

Suami bertanggungjawab memimpin isteri. Kita kena banyak bersabar atas karenah isteri kerana semuanya itu adalah pahala dan kebaikan yang banyak dari Allah jika kita mampu mengurusnya.

"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu...." Al Baqarah: 187.

Berdasarkan keizinan dari Allah ini kepada suami untuk mencampuri isterinya di malam bulan puasa, menunjukkan satu penghormatan kepada wanita yang bernama isteri yang mampu menyelamatkan nafsu suami. Allah Maha Mengetahui atas kelemahan suami terhadap kehendak hubungan kelamin ini. Dengan ini kenyataan "isteri dijadikan tempat memuaskan nafsu suami" perlulah kita lihat dari sudut yang positif. Ia adalah satu ibadah sebagai suruhan Allah kepada isteri untuk menyelamatkan kehendak nafsu suami ini.

Mari kita renung kembali ayat di atas tadi, sedangkan berpuasa selama 12 jam disiang hari pun telah menyebabkan suami (tak semua le kot) tidak dapat menahan nafsunya, apa lagi yang terpaksa menunggu lepas bersalin dalam pantang 40 hari. Ditambah pula halangan-halangan dari anak kecil yang diletakkan di tengah-tengah tidur sekatil berbulan-bulan lamanya. Bila rengekan anak kecil tu, cepat dapat habuannya, tetapi jika rengekan ayah yang besar tu, gigit jarilah tuannya.

Apa yang boleh kita buat:

Bak kata pakar-pakar motivasi keluarga bahagia, komunikasi kedua pasangan suami isteri amatlah penting sekali demi kebahagian mereka. Bersyura dalam membuat keputusan amatlah dituntut.

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (berhenti menyusu badan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan bersyura, maka tidak ada dosa atas keduanya..." Al Baqarah:233

Jika punca isteri tidak dapat melayani suami kerana kehadiran anak kecil ini, sama ada satu "and beyond", pada pandangan saya di sana ada jalan penyelesaiannya. Konsep ayat di atas tadi ialah "janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya".. menunjukkan kita boleh berbuat sesuatu kepada anak itu demi keselesaan dan kehendak kita suami isteri.

Cuba kita lihat kebanyakkan isteri-isteri sama ada full time housewife atau part time house wife, yang nampak sengsara mendukung anak kecil di sebelah kiri dan di sebelah kanan pula anak yang berumur 3 tahun bergayut memaut jubah umminya ke hulu ke hilir ke mana saja umminya pergi. Dan bukan ayahnya tak mahu tolong tetapi memang anak-anak tu terlampau manja (bergantung) kepada umminya. Nampak sekali imbas menggambarkan isteri tadi seorang yang "caring" tetapi dua kali imbas memaparkan kesilapan sendiri terlampau memanjakan anak pula.

Jika kita boleh didik anak-anak ini agar lebih berdikari pada usia yang lebih singkat, pastinya isteri kita tadi lebih cepat bebas dan boleh berfungsi sebagai seorang isteri yang produktif kepada suaminya dengan kadar yang lebih segera. Bila umur anak tu meningkat 8 bulan, sudah boleh tidur di bilik yang berasingan. Maka dengan ini, ibu dan ayah mereka ini akan lebih cepat kembali menjadi pasangan yang sedang berbulan madu dan lebih mobile dalam kerja-kerja dakwahnya.

BAGAIMANA CARANYA?

Nasihat untuk isteri:

Bila anak kecil itu berumur 8 bulan, pada jam 9.00 malam atau lebih sedikit, berikan anak itu menyusu badan hingga dia kenyang. (Laparkan dia pada waktu senja tu). Kemudian tidurkan anak itu di bilik lain yang berpisah dari bilik tidur anda tetapi biarlah boleh anda dengari tangisannya. Apabila dia menangis kali pertama, tunggu 5 minit barulah anda menghampirinya dengan hanya menepuk badannya sahaja. (jangan angkat atau dukungnya).

Bila senyap, tinggalkan. Bila dengar dia menangis kali kedua, tunggu 10 minit pula, baru anda menjeguknya. Kali ini jangan tepuk, hanya tunjukkan muka yang anda sedang melihatnya. Bila dia senyap, maka tinggalkan. Bila dia menangis kali ketiga, tunggu 15 minit, baru menjenguknya. Biasanya selepas ini dia akan terus lena hingga ke pagi.

Teruskan taktik ini untuk malam yang berikutnya. Biasanya selepas malam ketiga, anak ini telah faham akan peraturan yang telah kita jalankan kepadanya. Dengan mudah dia sendiri akan masuk ke bilik tidurnya (bila dah boleh berjalan) apabila masuk waktu 9.00 malam. Anak itu lebih berdikari. Umminya akan lebih berseri. Ayahnya pasti tak cari lagi.

Cubalah!! ^__^

Biodata Kolumnis

Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

notakaki:
baca dalam blog masa BW baru-baru ni..tapi maaf x ingat dimana..buat tuanpunya blog,sharing caring kan? harap x marah ...sekadar berkongsi info berguna...:-)

Sabtu, April 16, 2011

Nape nak malu pula?

Assalamualaikum semua....
Hari ni saje nak kongsi satu cite.
Walau dh lame...
Yang buat kurasa nk penyet2 je....
Ade ke suka-suka ckp mcm tu?
Memang xde naluri seorang ibu....

Ni cite dn dialognyer....

Satu hri di ptg yang sejuk...
Kami ke satu tempat..pastu ke surau...dgn ank trsayng...nk mnyusukannya....
Disapa seseorg.....
ni dialognyer
bdk tu::amboi...dh beso anak...
ummikhalish:aah...nk masuk sethn...
bdk tu: hah..buat pe dlm tdung ummi tu?akk2...x malu ke mnyusukan baby kat tmpt awam ni?agaknya bila dh kawen mesti xde malu kn?
ummikhalish:

(menarik nafas dalam2..aduhai....sempit nyer pemikirn...)
Buat apa nk malu?bukannya akak tayang..menutup aurat...sepatutnya bangga dapat menyusukan anak sendiri...besar pahala.dik....
budak tu:klo sayalah..bgi menyusu kat anak cukup2 pastu kalau g jalan saya campor susu..seganlah nak bgi anak minum kat luar ni....

ummikhalish:klo malu x yah ada anak...dan aku pun beri salam, senyum sambil bangun....
x blh lyn lama2..mau sentap angin aku kang..ish2......

Itulh antara yng pernah aku lalui..sbenarnya macam2 lagi yg buat aku tertanya napelh mereka ni langsung x tau nikmatnya menyusukan bayi tu?hmm..xpelah..setiap org punya pndangan berbeza...Alhamdulillah,buat masa ni,aku masih mampu menyusukan khalish dan masih cukup.semoga aku dapat menyusukannya sehingga dia mau..mmg x campur susu apa pun....dan berat bdnnya tetap naik..Khalish Nu'man ummi bangga dapat menyusukanmu sayang....:


Budak bertuah yang suka sangat minum susu cap gantung.
(gambr kabur,ambik guna webcam je..huhu)....

Selasa, April 12, 2011

Selamat Hari Lahir Cinta Hatiku.....


Suamiku..harini hari istimewa......
Genap 24 tahun usia....
Dengan hadirnya hero tercinta...
bersama mama yang menyintaimu selamanya......

Mama sayang papa....mama harap papa berjaya mencapai kejayaan yang diimpikan...
Kami di sampingmu sayang ,hingga mentup mata...Semoga Allah merahmati hidup kita sekeluarga....

p/s:abi xde hrni.jdi x buat ape pun...pastu khalish ple selsema..jdi mood krg skit..huhuhu..:-(

GA-Senyuman Si Cilik Contest

Harini dapatlah berBW...so terjahlah blog akk ku Kak An..
Ternampaklah gambar si kecil ni..Syakirin awi kak sudi tag dil...

Nak tau lebih lanjut..sila tengok di SINI

Disebabkan baru tukar com jadi gambar ni je dalam simpanan....
Padaku senyumannya bisa membuat aku tidor
x lena dengan giginya yang dah tumbuh melata
dan mulut yang petah berkata tapi x paham pun biji butirnya..
hehehe... :-)


NAMA ANAK: Mohammad Khalish Nu'man bin Mohd Hazin
Tarikh lahir: 23 April 2010
Nama ibu: Dil

Tag:mama syira,mama arash,mama zara dan semua yang sudi baca blog ini....

Tarikh Tutup:14 April 2011 (Birthday Abi Khalish...:-) )

Ahad, April 10, 2011

dah lama sangat sampai bersawang jadinya......

Assalamualaikum buat teman2 .. maaf sebab dah lama x berupdate.. macam-macam hal yang berlaku...:-( tapi.. ,dil selalu ingat dan pegang kate2 azimat ni" Bila kita ditimpa masalah,percayalah itu tanda Allah sangat menyayangi kita.."...Alhamdulillah...masalah dapat diatasi walau banyak dugaannya...xpelah..yang penting bersama insan tersayang... Sekarang ni, kami dah selamat sampai di bumi kelahiran anakku..Alexandria,Egypt..Khalish orang yang paling happy...perangainya sangat berubah.. kat malaysia dia x berapa sesuai dgn udara di sana..badannya gatal-gatal..tapi bila blik cni..ok ple..huhuhu.. khalish2,nampaknya jadi orang arab sungguh kamu ni..ish2...
Hmmm...sebenarnya dil masih pening..banyok pk...huhu...bln 4 ni macam2..14hb ni besday abi..x tau nak bg hdiah pe..pastu 23 n 24..khalish genap sethn..nk wat mkn2 ke x? sebabnya tgh pk benda yg sangat pnting..cri rumh sewa baru..adoiyai..kena pindh penghujung april tapi rmh pn x dpt lagi...skrg ni rmh mmg pyh skit..sbb banyak rmh nk kena islah(baiki) jadi..kami kenalah pndh rmh lain... lagipun Mama rmh ni cari psl....(mls nk cite..skit hati dgn perangai mata duitannya...huhuhu)
Semoga semuanya dipermudahkan...Amin..

notakaki:sedih sgt..kamera trtinggal di malaysia...jadi x dpt mengabdikan gambar khalish byk..nk bli cam baru?hmm..kena tgk bujet dlu...huhuhu....

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955