Selasa, November 30, 2010
Mari kongsi info...
10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol
Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Selepas ini, bolehlah perbanyakkan memakan makanan seperti ini:
1. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Setiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
2. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan
5. KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi
6. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai ..
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh
8. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda
10.KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung
notakaki:Makin meningkat umur seseorang,kolestrol lagi mudah mengumpul..serangan sakit jantung adalah pembunuh senyap..Marilah sama-sama menjaga jantung anda.. (pergh..cam berlakon iklan plak..hihihi...)
Luahan hati di pagi yang sepi.....
Hidup di rantauan ni memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang sangat tinggi..Biasalah duduk jauh dari family hanya suami,anak dan sahabatlah sedara kita..(bagi yg belum kawen sahabatlah sedara yang pling rapat) jadi kita kena sentiasa muhasabah diri..setiap manusia mmpunyai perangai,keistimewaan yang tersendiri..jadi tak perlulah kita rasa diri kita ni dah cukup bagus,yelah dapat belajar over the sea..belajar agama lagi so pndg org lain sebelah mata ja..tak bolehlah macam tu..sepatutnya kita kena lebih merendah diri dan bersyukur...bagi org yang belajar..yang sedang belajar..yg dah abis bljr...yg taknak bljr...yg kadang2 belajar kadang tidak..ni nak habaq na! Ilmu tu meluas ye..tak semesti yang dah abis belajar ni tak boleh belajar lagi..ilmu tu takkan abis dituntut sehingga kita menutup mata dan tak smestinya org yang tak belajar tinggi dia tak pandai..mungkin kemahiran dan kelebihannya pada bidang lain...dil tak malu untuk belajar sesuatu yang baru..memang mula2 dulu segan ...tapi kini dil x kisah..dil perlu lebih belajar..yelah memang takde asas langsung bahasa arab ni..duduk pulak di bumi nabi ni..nak taknak kena belajar. Bahasa harian..hmm...Lagi satu selalu ja org ingt dok belajar tinggi nak keje makan gaji..pastu nak pilih keje ikut bidang yang diambik..sebenarnya tak...ilmu yang dituntut adalah untuk menambah ilmu di dada...tak semestinya perlu ikut yang dipelajari.x salah berlainan bidang.ini akan menjadikan ilmu kita semakin meluas...sebenarnya dulu pun dil penah trpikir macam tu..tapi lama kelamaan dil dah semakin mengerti nilai ilmu tu..macam skrg dil tidak bekerja buat sementara,menjadi seorang surirumah.mengikut suami menyambung pelajarannya dan duduk rumah menjaga anak..benda yang tak pernah terpikir dulu..dulu sibuk belajar dan keje je..kini segalanya berubah..nampak macam senang..yelah dok umah je kan?orang ingat goyang kaki je?hmm...dah alami sendiri baru tau...rasenya lagi senang dil keje makan gaji kot?surirumah perlu kesabaran yg amat tinggi dan yang penting kena ada ilmu gak..yelh..nak kena ada ilmu memasak..menjaga anak..mengemas...ilmu untuk menenangkan diri..dan bermacam-macam lagi... kini baru dil mengerti perasaan ibu-ibu yang membesarkn kita dulu..mmg lain rasenya mmbesarkan anak sndiri...segala penatlelah tu hilang bila melihat telatahnya..namun mungkin mula-mula akan ada tekanan bagi orang seperti dil yang dah biasa keje dan belajar ni...Tapi insya allah alah bisa tegal biasa...
Hai..panjang lebarnye cite..sebenarnya nak luah sikit je...ni cite sebenar x kuar lgi..dush dush...jgn mengarut wahai puan dil...wake up..cptlh cite apa yg nak dicite....ok ok...maalish maalish ye..hehehe :-) dil sbnrnya tak phm dengan perangai manusia ni..bila kita tak bergaul kate kita sombong bila kita ramah kata kita tinggi diri..aduyai...mengertilah wahai sahabat2..takde niat pun nk sombong ke tinggi diri ke berlagak ke..ape ke...tak.......kita semua sama k..ape yang dil bagitau dan tolong sekadar nk kongsi brsama je..takde niat nk mendabik dada...lagi satu dah orang tanya dil jawablah..tapi bila dil jawab kate dil lebih-lebih..dil kalau boleh lagi nak diam je..malas nak layan..tapi kadang-kadang geram gak..lebih2 plak mengutuknya..tu yang tak tahan tu....walau dil memang tak mendalami ilmu agama ni..tapi tak semestinya dil tak tahu hukum agama..Alhamdulillah abahmak dil tak lupa mendidik dil dengan ajaran islam yang secukupnya.Mungkin dil tak belajar agama sedalamnya macam korang tapi dil ada ilmu dalam bidang yang lain pule..Jadi salah ke kongsi sama2?
Adui..tibe-tibe takde mood ple....otak dh tingtong...yg boleh dil tulis...Maaf andai ada salah kata...tapi apa yang korang rasa akak dah penah rasa so tak payah nak berbangga..kita semua sama....kita dah jauh dari ibubapa..apa salahnya berbaik sangka? Harapan:semoga tetap baik dengan semua orang..sabar dengan kerenah orang.. biarlah orang mengata..biarlah orang tak suka..yang pnting dil tetap anggap semua orang sedara.dil bukan nak mendabik dada..nak orang pandang tinggi..bukan..niat dil cuma nak bersahabat dengan semua orang.. :-(
notakaki:mood..zero...abi x jdi blik lgi..dn makanan ku hanya trdampar sepi...:-(
Isnin, November 29, 2010
Roti Bizza
Roti Bizza(org arab x reti sebut p...so pizza tuko jdi bizza..hehe...suke suki..)
Bahan-bahannya:
Roti keping2 tu-8 keping
3 keping burger ayam
1 sudu olive oil
1 biji tomato-dipotong kecik2
1 biji cili hijau/atau cili banggala-dipotong kecik2
Mozarella cheese-ikut suka
1 sudu mayonis
Cili sos
Butter
Cara-cara membuatnya:\
1- Burger ayam digoreng dgn api sederhana. Angkat dan potong kecil2 ke dalam bekas...
2- Olive oil,tomato,cili hijau dan mayonis dicampurkan dengan burger ayam tadi.. gaul sebati.
3. Kemudian sapukan butter pada roti dan taburkan sedikit cheese...
4- Ambik sesudu bahan campuran tadi,taburkan lagi cheese dan cili sos di ats bahan tersebut...
5- Masukkan oven dengan 180 celcius selama 10-15 min.... Kalau suka garing tambahkan suhu..Jangan lama sangat nanti cheese tu jadi keras...
6- Siap utk dihidangkan... Sedap makan panas-panas..
notakaki:kebelakangan ni asyik makan roti je..terkenan arab.hahaha....
Sabtu, November 27, 2010
Macarona Bishamil With White Sos
Dil nak kongsi resepi macarona bishamil makanan arab ni..Resepi ni hasil dari pemerhatian dn makan memakan hari tu...tapi dil ubah plak cara makannya..makan dengan white sauce..memang best(bestlah sgt..x sedo prt berangin..huhu...sktnyer...itupun dil mkn skit je sekadar jamah..huhu..dil mmg x blh mkn jns mee dan pasta ni...sensitip....)Mula trpk nk buat macarona ni disebabkan nak beli kat kedai,diorang guna daging hancur jadi dil cuba menggunakan ayam pula...Ni dil buat pada 21.11 bru ni..bekalan ke mator cairo..bgi pada adik-adik yang ngikut..Ambik jot dn adah...Macarona bishamil ni adalah makanan yang agak glemer gaklah..bygkan org arab blh makan sorg satu mangkuk ni tau..kalau dil,4 org boleh makan...huhu....camnelh diorg boleh makan banyak-banyak ye?hmm....
Macarona Bishamil with white sauce......
Bahan-bahan
1 peket Macaroni Masreya
2-3 ketul ayam bahagian dada /1/2 ekor kecik ,ambik isi je : dicincang halus,basuh dan toskan.
1 sudu cili mesin (kalau suka pedas letak lebih)
2 sudu tomato paste
1 biji bawang merah-dimayang
3 biji bawang putih-ditumbuk halus
1 sudu serbuk jintan manis dn jintan putih
1 sudu serbuk lada sulah atau lada hitam ditumbuk
Minyak /butter untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Keju Mozarella (ikut suka nk letak banyak mana)
Cara Memasaknya :
3. Masukkan jintan manis,jintan putih,lada sulah, dan cili mesin.Biarkan sehingga garing dan naik bau..
4. Masukkan tomato paste dan kacau rata.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
6. Masukkan macaroni,sedikit keju dan gaul rata. Matikan api.
7. Kemudian sapu sedikit butter pada bekas utk ltk macaroni tu(dil letak dalam bekas yg macam ats tu..hehe)
8. Pastu masukkan macaroni yang dh siap goreng tadi..
9. Taburkan keju mozarella di atasnya.ltk banyak2 lagi yummy....
10. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 10-15 minit je..Jangan lama sangat nanti keju tu keras..hilang kesedapannya...hehehe.. :-)
Bahan-Bahan White Sauce pula:
-2 sudu butter / minyak
-1 cawan fresh milk /nk letak 2 cawan pun boleh..xyah letak air biasa tu..dil letak sbb dil x mnm susu...nasib baik ble dh masak,x rase sgt susunyer...
-1 cawan air
-2 sudu tepung gandum
-sedikit serbuk lada hitam
-Garam secukup rasa
Cara membuatnya
1. Panaskn butter atau minyak...
2. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan,susu,air,serbuk lada hitam dan garam.
4. Kacau sehingga semuanya sebati dan mendidih.
5. Setelah mendidih tutup api
Siap dihidangkan bersama dengan macarona bishamil..Yummy..... Bismillah.....:-)
notakaki:dari hasil jalan-jalan cari makan....dil peratikan makanan arab ni sama macam perancis,itali...huhuhu,,,,,
Anak
Alex dah pagi,c kecik ni pula baru tido..Alhamdulillah...Awal tido harini...Dapatlah ummi berehat-rehatan..cadangnya nak tido sama dgn khalish,tpi baik solat subuh dulu,kang takut terlepas subuh..bkn setakat subuh gajah,jdi subuh zirafah naya..hehe.sukasuki je ummi ni..Mesti sapa yg baca blog dil ni(ade ke sudi baca?huhu...ade2..ramai tu..dh 8 org..syukran2...)sambung balik.:-) ..mesti tertanya-tanya napelah lambat bebeno tidonyer c kecik ni?ape nk buat..anak arab..dah lahirnya arab,duduk arab...so iktlah cam arab..org arab di bumi mesir ni mmg jnis tdo pas subuh..kalau rasa nk berbaring tgh jalan pukul 7-8 pagi tu,blhlh sgt(kt mesia jgn dibuat,mau lenyek dilanggar keta yg bertali arus)Kalau kat kawasan umah pula pukul 12 barulah havoc...mase tu dgrlah bermcm2 laungan..beke'ah2...(ni bukan bengkang k,ni org nk beli besi buruk..) dgn bassol sittah kilo a'syarah genih...dgn bunyi arab brckap lagi,dgn bunyi kentang kentung lagi mmg sgt memekak...tapi itulah kehidupan di bumi pasir..walau apapun dil tetap rasa tenang..entahlah..sukar nk digambarkan dgn kata-kata,nnti dil cite di entry lain..ape yg istimewanya mesir ni..skrg ni nk cite psl lain...hehehe..Papa xde lagi harini..pegi cairo lagi..urusan kuliah yang x settle2..dia bertolak kul 1-30 pagi tdi..naik ketapi ayam...(nnti dil cite psl ketapi ayam ni) Buat papa...anggaplah pengorbanan ini untuk sebuah kejayaan..Ummi dan khalish sentiasa mendoakan abi..
Klah,sudh2 berceloteh...berbalik kepada tujuan asal nk tulis mlm ni...Sebenarnya sambil menulis tadi dil tengah pangkukan khalish sambil2 tngok my document..trjumpalah entry ni..pastu mulanya nk letak dia dulu.tpi pk punya pk dil post dlu sblm dia trjaga..dil mmg selalu amalkan bila c kecik ni tido..Entry ni dil baca seblum kawen lagi dalam sebuah blog..dil mmg suka baca-baca pasal anak-anak ni..hehehe.(maaf ye dil btul2 terlupa nk save almtnya..tapi jika tuanpunya blog yg trbaca entry ni..dil mohon panjangkan ye).cume smpt save entry je,yelh dh berzaman..huhuhu..Jadi dil nak kongsi pada yang sudi baca blog dil..sharing is caring kan? Sama-samalah kita mengamalkannya..dan sama-sama dapat anak pintar..sapa x nak anak pandai,bijak,dengar kata dan pintar kan? :-)
Petua Anak Pintar
Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika mereka sedang tidur.
1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca surah Al Fatihah 1 kali dan Alam Nasyrah 1 kali.
3. Bercakap cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya berbinkan dan berbintikan kepada kita. Percakapan itu berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana ia sangat berkesan kepada jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak walaupun dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita. Sapulah ke muka dan ubun-ubun anak.
Cubalah petua itu dan Insya-Allah kesannya akan anda lihat sendiri.
notakaki:benda yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan.
Khamis, November 25, 2010
Gud Luck
Buat yang terbaik ye. Ibubapa kalian mengharapkan kejayaan kalian. Mereka tidak mahu harta bendamu hanya ingin doa dan kejayaanmu yang mampu berdikari sendiri..Bagi mereka,kejayaanmu adalah penawar baginya.Ingatlah segala penatlelah mereka membesarkan kalian..(huhu..touching plak bila cakap bab ni) teringat pada kata-kata abahmak dan ayahmak...
Kata-kata yang x mungkin dilupakan...
Abah: Kakngah,abah tak tinggalkan harta benda buat anak-anak,hanya mampu memberikan kakngah dan adikberadik,pelajaran dan ilmu agama.Pandai-pandailah memanfaatkannya...Abah hanya mampu berdoa untuk kejayaan kakngah dan jadilah anak yang solehah..Kita mesti ada dua...Ilmu dan pengetahuan....Ikutlh resmi padi makin berisi makin tunduk..Jgn jadi org yang kedekut..Belajar tinggi x sepertinya makan gaji yang penting gunakan ilmu sebaiknye...
Mak:Kakngah,kegembiraan kakngah adalah penawar di hati mak.Mak xnak wang ringgit kakngah cukuplah kakngah mendoakan mak dan abah hingga akhir hayat..
Ayahmak:Biar ayahmak bersusahpayah kerana korang,yang pnting korang nak belajar.Gunakan peluang duduk di bumi anbiya' ni untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin..Ayahmak x dapat ape2 kalau korang berjaya..Korang yang untung..Ayahmak hanya mohon korang doakan kami bila tiada nanti...
huhu...sob sob..sangat sedih.....
Kepada adik-adik, kenangilah jasa mak ayah kalian.Tanpa mereka siapalah kita.....
Khas buat abahmak...terima kasih yang tidak terhingga kerana bersusah payah menjadikan kakngah seperti skrg ini..Kakngah xkan sekali-sekali melupakan jasa kalian walau kakngah memang xkan terbalas segalanya.Kakngah doakan abahmak dikurniakan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki dan diberkati Allah..
Khas buat ayah dan mak...walau kalian hanya baru dil rapati dan kenali..namun kalian sama seperti ibubapa dil.Terima kasih kerana menjadikan dil sebahagian dari ahli keluargamu.Dil bahagia di sisi kalian.Doa dil semoga Allah memelihara kalian..Insya allah Azin,dil dan khalish xkan menghampakan kalian...
Rabu, November 24, 2010
Menanti kepulangan papa@abi....Masak memasak...Bingka Pisang...
Hai..sejak dok di rantauan ni,rajin je nk wat kuih,kalau kt m'sia jgn haraplh..semuanya mak yg buat atau bli je..hehe...oklh mls nk bebel pnjg2..meh kita lyn gambo bingka pisang yg first time dil membuatnya...dil mntk resepi dri mak dil nun di mesia .sebenarnya hrtu mase sblm raya ade gak tertengok kat blog sape ntah..tapi dil lngsung x ingt sape pnye,x save pule tu..nk belek satu2 takut tenet xde.sbb tenet slalu wat hal..so on skype dgn pantasnyer,kol mak mlm2 buta tdi..sory mak,lupa m'sia dh malam..dah sushkan mak,masih derhaka..dil x ikut sgt resepi..maaf ye mak,kakngah menderhaka jap..(kalau bab masak memasak ni suka sgt kalau x ikut resepi yang diberi...hihi)bahan ni ikut yg mana ade kat umah ni je..jgn mare mak :-) (maaf yer kalau resepi tersama dlm blog sape2..tpi ni dri mak dil..kalau tersama mohon halal ye)
Resepi bingka pisang...
11 biji pisang montel..(sbnrnya mak guna psg berangan,cni x jumpalah mak...so tkr pisang tapi xnak jadi cam pisang,montel..hahaha)
*1 1/2 cawan tepung gandum
*2 cawan santan* (Dil guna santan peket je,bancuh dgn air suam)
*1 cawan gula*
*2 sudu besar marjerin
*1 s/k baking powder * (mak ltk soda,kakngah xde..so tkr baking.hehehe.. :-))
*1 biji telur (mak guna 2,kakngh x nk gemuk..so guna 1 je..hahaha..jgn bebel..cyg mak)
1)Lenyekkan pisang dalam bekas dan letak tepi..
2)Kisarkan smua bhn yang bertanda *.
3)Kemudian campurkan bahan yang dikisar dengan pisang yang dilenyek tadi..Gaul sebati
4)Tuangkan dalam loyang yang dah disapu dengan marjerin atau minyak kalau xde..
5)Bakar dalam oven dengan suhu 200c atau 180c pun ok..selama 1jam 15 min.Dil suka guna suhu tinggi skit sbb nak jdi kerak2 kat atas tu..hehe....
6)Siap..sejukkan dulu baru potong..nak cepat makan masuk peti ais... :-)
notakaki:huhu...update...abi x jadi balik...huarghh............Wahai hati janganlh dikau bersedih......:-( di saat ini,,tringst kat kata-kata semangat abah...abah..kakngah rindu nk borak dengan abah sambil minum2...huhuhu...
Selasa, November 23, 2010
Faktor2 Yg Mempengaruhi Perkembangan Sahsiah Kanak-kanak
Keluarga merupakan pengasuh yang paling penting dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak. Ini disebabkan keluarga boleh dianggap sebagai kumpulan sosial yang pertama melingkungi kanak-kanak. Kanak-kanak menghabiskan masa bersama keluarganya lebih daripada kumpulan sosial luar yang lain. Kuat atau lemahnya pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak dapat digambarkan seperti berikut:
v Jika kanak-kanak hidup dengan dikritik, dia akan belajar membenci.
v Jika kanak-kanak hidup dalam perseteruan, dia akan belajar berkelahi.
v Jika kanak-kanak hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi cemas atau bimbang.
v Jika kanak-kanak selalu diperli, dia belajar menjadi malu.
v Jika kanak-kanak hidup dalam suasana tolak ansur, dia belajar menjadi sabar.
v Jika kanak-kanak selalu diberi galakan, dia belajar yakin dengan dirinya.
v Jika kanak-kanak selalu dipuji, dia belajar untuk menghargai.
v Jika kanak-kanak merasa dirinya diterima, dia belajar berkasih sayang
v Jika kanak-kanak mendapat layanan sama rata, dia belajar menghargai keadilan.
v Jika kanak-kanak hidup dengan kejujuran, dia belajar menghargai kebenaran.
v Jika kanak-kanak hidup dengan berasa selamat, dia belajar mempercayai dirinya dan orang lain.
v Jika kanak-kanak dikenali dan dihargai, dia akan mempunyai tujuan hidup.
Pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak banyak bergantung kepada sifat-sifat kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang selalu gelisah dan selalu dalam keadaan tegang, misalnya cepat berasa kecewa apabila ahli keluarga memberi perhatian yang lebih kepada adiknya yang baru lahir dibandingkan dengan kanak-kanak yang bersifat tenang. Begitu juga dengan kanak-kanak yang sihat akan memberikan reaksi yang berlainan terhadap ibubapanya yang selalu melindungi dan memanjakannya dibandingkan dengan kanak-kanak yang lemah-lembut tetapi selalu sakit.
PENGARUH TADIKA
Keadaan Bilik Darjah
Kanak-kanak akan berasa gembira, selesa, suka bekerjasama dan bersemangat untuk belajar di dalam bilik darjah yang kemas, teratur dan dapat menimbulkan suasana untuk belajar. Keadaaan bilik darjah yang tidak kemas membuatkan kanak-kanak sentiasa berasa tegang, gelisah, suka bergaduh, nakal dan tidak berminat untuk belajar. Keadaan bilik darjah banyak bergantung di atas sikap guru terhadap kerja dan murid-muridnya.
Guru
Guru boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah kanak-kanak dengan menunjukkan teladan yang boleh diikuti mereka. Murid-murid akan menganggap gurunya sebagai pengganti ibu bapa mereka. Murid-murid lazimnya akan meniru tingkah laku guru, mengikut nasihatnya serta bimbingannya.
Disiplin
Disiplin yang dikenakan di sekolah juga mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak. Disiplin yang ketat akan membuatkan kanak-kanak selalu berasa tegang, gelisah, timbul rasa benci dan suka bermusuh. Disiplin yang permisif akan membuat kanak-kanak tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati peraturan. Sementara displin yang demokratik akan membuatkan kanak-kanak berasa dirinya penting, riang, suka bekerjasama dan percaya pada orang lain.
PENGARUH FIZIKAL
Keletihan
Keletihan menyebabkan kanak-kanak mudah tersinggung dan suka membantah dalam hubungannya dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa.
Kekurangan makanan
Kanak-kanak yang kurang makan khususnya makanan yang berzat selalunya tidak aktif dan kurang bertenaga untuk bermain dengan rakan-rakannya. Kanak-kanak yang kurang aktif lazimnya pemalu, mudah tersinggung dan selalu berduka.
Penyakit
Kanak-kanak yang selalu sakit mempunyai emosi yang tidak stabil, selalu berduka dan bersifat terlalu bergantung kepada orang lain.
notakaki:"Anak-anak adalah anugerah dari Illahi yang tidak ternilai,keletahnya akan membuat hati yang panas menjadi sedingin salju.."
Dah besar ya walad...Selamat Ulang Bulan Sayang.. Khalish Nu'man
Melihat senyuman dan tawamu,segala penatlelah hilang begitu saja.Ummi x penah menyesal meninggalkan ape yang penah ummi kecapi dulu sayang..ummi bahagia dapat mengasuh dengan tangan ummi sendiri dan berada di samping abi tersayang...Khalish jangan nakal-nakal ye...:-)
Isnin, November 22, 2010
Syukran Sayang..My Zauj...Mohd Hazin bin Ahmad... Wo ai nie...
Papa...Terima kasih atas kasih sayang dan perhatianmu...tersentuh rasa hati bila mengenangknmu....huhu...Mama betul-betul rasa sedih dan gembira sebab papa sanggup bersusah payah kerana mama dan adik.Walau papa penat dan sibuk nak balik kaherah pagi tadi malah sanggup batalkan balik awal..papa tukar balik kul 7 pagi naik ketapi asbani(sanggup byr mahal,asalkan jaga kami).
Papa sempat masakkan tok mama,selimutkan mama,biarkan mama dan adik tido.sedangkan papa berjaga,sambil tepuk2 kami dan lyn mama yg dah tingtong kejap jaga kejap tido (selsema,batuk dn pening) .sambil papa baca buku...kemas umah... pastu kul 7 siap2 naik ketapi ke cd gaber pg kaherah...papa langsung x tido....huhuhu..:-(
Papa...mama tengah makan nasi goreng yang papa masakkan tok mama sebelum papa keluar tadi.. Waktu ni papa di kaherah dah..baru lepas ambik kawan dan on the way balik alex ple..sian papa..2-3 hari ni sibuk sangat... Esok pagi-pagi dah nak balik kaherah balik..itulah rutin papa sekarang..berulangalik.....
Papa...mama bahagia dengan papa..dah 1 tahun 4 bulan 18 hari kita berkahwin..Khalish pun dah berumur 7 bulan esok..Semakin hari papa semakin membuatkan mama sangat bahagia dengan perkahwinan ini..Papa semakin matang melayari rumahtangga kita ini..Hidup di rantauan bertiga membuatkan kita saling memerlukan antara satu sama lain..Walau adakala kita berselisih pendapat itu semua asam garam rumahtangga.... Harapan mama, semoga hubungan kita hingga hujung nyawa. Mama harap papa akan berjaya..Agar terbalas semua pengorbanan dan usaha papa..Mama dan Khalish Nu'man sangat menyayangi dan mencintai papa Mohd Hazin bin Ahmad... :-)
" Ya Allah,peliharalah rumahtangga kami,lindungilah kami,cambahkan kasih sayang antara kami dan berkatilah hidup kami sekeluarga.Amin ya rabb"
Sabtu, November 20, 2010
Masakan Lontong Goreng
Lontong Goreng
Bahan-bahannya :
4 peket nasi impit yang kecik2 tu...dipotong kecik2 dan ketepikan..
3 biji telur digoreng hancur dan ketepikan...
Bawang goreng...
1/4 Ayam yang dipotong kecik2...
3 sudu cili mesin
2 biji bawang besar -1 biji dimesin 1 biji lagi dimayang...
4 biji bawang putih- mesin dengan bwg besar tu...
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar lada sulah/lada hitam yng ditumbuk..
Sayur-sayuran seperti kacang buncis, kobis dan cili banggala.. dipotong kecik2 juga...
2 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng...
Cara-caranya:
1) Panaskan minyak,pastu masukkan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili mesin biarkan garing...
2)Masukkan ayam,sos tiram,kicap,jintan manis,jintan putih,lada sulah...biarkan sehingga empuk dan sebati...
3) Masukkan sos cili,bawang yang dimayang dan sayur-sayuran... kemudian garam gula secukup rasa..jika dah manis x perlu ltk gula...
4)Akhir sekali tutup api, masukkan nasi impit dan gaul,serta taburkan telur hancur dan bawang goreng....
5) siap tok dihidangkan.....
notakaki:pejamlah wahai mata...bangun dinihari esok..hendaknya segar tanpa rasa letih yang tak terhingga ni....huhuhu.....
Agar-agar hot chocolate...
Bahan-bahannya :
Agar-agar tali 12g (basuh dan toskan)
2 bungkus kecik hot chocolate bonjorno kalau xde,nak guna 2 sudu besar milo pun boleh..tapi kat cni xde milo....
1 1/2 cawan atau 500ml susu segar (dil x guna 500 ml,byk sgt..sbb x ske susu..huhu...)
3 cawan air(nk tambah 1 cawan lagi pun boleh kalau nk lembik2)
6 sudu gula (ikut suka kalau nk tambah atau kurang ye)
Cara-caranya :
1) Agar-agar tali dimasukkan dalam air mendidih dan kacau sehingga larut(dil biarkan ade ketul2 ckit sebab dil suka,sedap )..hehehe......
2)Masukkan gula kacau sehingga hancur..baru masukkan susu segar dan hot chocolate..
3)Kacau hingga sebati kemudian tuangkan dalam bekas yang dititis sedikit air....
4)Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam kemudian boleh dihidangkan...
Masak memasak di hari raya Aidiladha...Ayam Dendeng.
Dil nk kongsi resepi ayam dendeng ni...Resepi ni dari mak dil..(i miss my mom...huhu...) mak memang selalu buat ayam dendeng ni bila raya...lagipun bahan2 nyer senang je...kalau x raya pun mak buat..dendeng ni boleh disimpan..Kami jarang makan daging sebab dil x boleh makan daging...sakit perut....
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - dipotong kecik2 tapi jangan kecik sangat,dibersihkan dan diketepikan.
* 3 biji bawang besar
* 6 biji bawang putih
* Halia sebesar ibu jari (jgn banyak sgt kalau x suka..tapi dil mmg suka makan halia.. :-)
4 Sudu cili kering yang dh dimesin
1 keping Asam gelugor
5 sudu Kicap Manis
5 sudu Sos Tiram
Garam dan gula secukup rasa...
Minyak untuk menumis..
Bahan bertanda * dimesin hingga lumat..dil x mesin cili tu sekali sebab dil memang suka cili dan bawang dimesin asing..baru terasa manisnya bawang tu....
Cara-caranya:
1) Panaskan minyak, masukkan asam gelugor kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dimesin tadi.. Tunggu sehingga naik bau...
2)Kemudian masukkan cili kering dan biarkan sehingga garing....
3) Setelah garing,masukkan kicap manis,sos tiram dan ayam..biarkan sehingga sebati dan ayam empuk...
4) Akhir sekali masukkan garam,gula dan biarkan sehingga masak.... Lagi lama masak , lagi tahan ayam dendeng ni...
5) siap dan boleh dihidangkan..Ia juga sedap dimakan dengan roti...yum yum.... :-)
notakaki: mari memasak dengan hati yang riang...........:-)
Isnin, November 15, 2010
Salam Eiduladha 1431H.....Maaf Zahir Batin...
notakaki:teringat kat abahmak-waktu ni pasti sbuk memasak...ayahmak ple-waktu raya masak cam biasa...rindunyer.....
SEBELUM TIDUR
Semoga memberi manfaat buat kita semua...wallahualam......Sekadar ingat mengingati.. ...
SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
1) "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
2) Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum Aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma syollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
3) Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaik ( 3 x )
4) Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillahi walaailaa haillallooualloohu akbar (3 x )
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Selamat Malam...... :-)
notakaki:Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Selasa, November 09, 2010
Khasiat Helba aka Halba..
Khasiat helba atau kat malaysia dipanggil halba..biasanya diletak dlm masakan je..Di egypt ni sana sini kedai shai ade jual air ni..dan kat kedai rempah2 byk dijual..murah pun murah dn dh siap goreng..kt malaysia rasenya kena goreng sendiri....ish2...awatlh lambat no tau...xpelh...meh kita check it out ape khasiatnye...pasni pakat2 kita buat stok kt umh ye.... (sape nak order bagitau ye..)
Rasulullah saw bersabda :
' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb Ahad Qodamah-Mesir)
Kegunaan Helba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara org Melaka. Juga utk stamina, kecergasan dan utk menstabilkan gula dlm darah, sesiapa yg ada masalah diabetis boleh juga cara ni.
Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang
.
Mana nak dapatHalba
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersial dipasaraya.
Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;
Cina: Hu Lu Ba
Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
Tamil : Vendayam
Cara-caranya :-
Kalau di malaysia helba perlu digoreng tanpa minyak - jgn plak sampai hangus. kt egypt ni x perlu goreng..terus masukkan 2 sudu besar helba dalam gelas,gula 1/2 sudu teh (kalau diabetes x perlu ltk gula) pastu campurkan air panas,dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu, Insya-allah dpt membantu. (Drpd minum minuman lain yang takde khasiat) Selamat mencuba.... :-)
notakaki: Sesuatu yg pahit itu adalah ubat,yang manis itu adalah racun......Namun seringkali terleka dengan keindahan di mata....tanpa menelitinya........
Tarikh Penting!!!
Tok Babah:09.02.1952
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Nenek:13.09.1958
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955