Selasa, Mei 22, 2012

Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah



Pilihan 1: Goreng garam dalam kuali hingga panas dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit akan menyedut lemak dan kolestrol dalam darah.

Pilihan 2: Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan semua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian.

Pilihan 3: Amalkan memakan buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.

Pilihan 4: Amalkan memakan epal sebiji setiap hari. Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana, epal mengandungi phytonutrient. Ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Anda juga boleh kisarkan epal untuk dijadikan jus.

Pilihan 5: Amalkan memakan ikan tuna. Ia merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.

Pilihan 6: Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.

Pilihan 7: Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik. Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin dan juga zat galian. Kandungan kolesterolnya juga rendah.

Pilihan 8: Kacang tanah yang masih berkulit dan dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E. Ia mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik. Ia juga membantu mengelakkan diri anda daripada terkena serangan jantung.

Pilihan 9: Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.

Pilihan 10: Anda boleh mengamalkan memakan kuaci tawar samaada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi. Ia akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.

Pilihan 11: Buah mangga mengandungi vitamin C dan boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.

Pilihan 12: Oat berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.

Pilihan 13: Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.

Pilihan 14: Anda boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Ini kerana, pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan di luar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola.

Pilihan 15:Makan lebih kanji dan fiber. Ia lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

Pilihan 16: Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral, ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ia baik untuk jantung anda.

Pilihan 17: Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stress.

info dari: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


notakaki:info yang sangat berguna...kena kawal dan rajin ni...:-)


3 ulasan:

NUNU EERA berkata...

good info.. nk apply kt hubby.. ;)

Mak lagenda berkata...

Info yg sgt baik!! Berguna dan memberi manfaat kpd mak yg memang mempunyai kadar kolestrol yg tinggi nih!

Huhuhu...thanks ya!

ummi_khalish berkata...

NUNU & Mak Lagenda:you're welcome... :-)

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955