Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting! dan ada juga surirumah yang berpelajaran tinggi,pernah bekerja namun kerana hasrat untuk menjadi isteri mithali dan keredhaan Illahi,sanggup tinggalkan segalanya...
Jadi .... buat suami hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira...
Seorang isteri bukan perlukan harta benda yang melimpah ruah atau tido atas duit...sebenarnya isteri hanya inginkan perhatian dan kasih sayang..sekadar ucapan terima kasih dan kasih sayang yang penuh keikhlasan dah cukup menggembirakan hati isteri... :-) dan sekali sekala membuat kejutan untuk isteri dah membuat isteri senyum x terkata(tapi janganlah kejutan yang menusuk jiwa....hehehe) -kate2 ni dari seseorang.....dil agree sangat.....harta benda x boleh beli jiwa seorang wanita dan isteri..
P/s:cite di atas dil kongsi dari fb dan dil tulis entry ni bukan bermakna tugas suami x penting..tapi dil hanya nak berkongsi tugas surirumah..sebab pernah ada yang mengatakan surirumah ni senang dan mudah je....suami dan isteri ada tugas masing2 dan kena saling tolong menolong...kan abi kan?abi khalish rajin tolong ummi..semoga lebih2 rajin lagi ye....hehehe:-)
1 ulasan:
:)
nice sharing kak..:)
Catat Ulasan