Jumaat, Jun 15, 2012

setelah ditimbang-timbang...:-)


Hati mana yang tidak ingin diri dijaga keluarga tika dlm kesakitan?jiwa siapa yang  tidak gembira jika bersama2 keluarga tercinta menyambut kelahiran orang tersayang?diri siapa yang sanggup berkelana jauh hanya bersama suami dan anak tanpa seluruh ahli keluarga? namun..adakala demi sebuah kejayaan , pengorbanan amat diperlukan...pernah hati merintih kerana sebuah kerinduan...pernah airmata gugur kerana terlalu memendam perasaan...namun....kena lawan perasaan itu.....

diriku bukan terlalu kuat untuk semua dugaan yang mendatang, adakala hati menangis kesayuan, begitu banyak yang perlu ditempuh sebagai anak rantau, namun berkat nasihat dan semangat dari kedua ibubapaku,ayahmak  mertuaku,ahli kelurgaku...kutempuh segalanya dengan hati yang sekeras kerikil,jiwa yang tabah sentiasa di samping penguat dari orang2 tercinta abi dan khalish......

ikut perancangan di hati,memang kala ini kami sedang menghitung hari...untuk pulang sebentar ke tanahair yang dicintai, untuk bersama2 dengan orang2 yang setia menanti... dan melahirkan anak yang sedang dikandungi.. impian di jiwa ini ingin merasai di jaga keluarga yang dikasihi.. Namun... siapa kita yang mampu menolak takdir Illahi.... kerna kesihatan dan kandungan ini perlu perhatian yang teliti..jadi sekali lagi akan bersalin dan berpantang di bumi mesir ini..yang hanya dijaga, dipantau suami yang berkorban sepenuh hati bersama2 teman2 yang sudi membantu kami.. Semoga dipermudahkan dan selamat semuanya nanti....... (sedih tau x dpat jumpa keluarga dan teman2..tapi xpelah..mungkin ada hikmahnya....)



p/s: belum prepare barang2 baby lagi..harap2 barang2 yang ingin diposlaju (walau harganya bagai nak juling mata) dari m'sia dapat sampai di sini dengan selamat..walau x dapat kirim banyak asalkan barang keprluan baby ada,xpelah..barang pantang dil?hmm...ada rezeki adalah..kalau x,pandai2lah.....tapi sedih. banyak x dapat makanan yang dil mengidam...huhuhuhuhu........ada sesiapa di m'sia yang sudi nak bagi barang makanan yg dil idamkan?kalau nak bagi hadiah untuk baby pun kecik tapak tangan lautan pacific ku tadahkan...boleh kasi bank in ....hehehehe......(otak yang tengah masuk angin.....) :-) rindu sangat pada keluarga....




6 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Dil..
berat juga keputusan Dil yang akan melahirkan baby kedua bukan di tanahair sendiri bersama kedua ibubapa dan sanak saudara...
apapun ALLAH akan sentiasa disisi dan bantuan akan datang dari pelbagai bentuk. Sabar dan yakin ya....
makcik doakan semuga Dil selamat melahirkan dan diberikan kemudahan sewaktu melahirkan dan membesarkan baby kedua...

ummi_khalish berkata...

makcik..syakirin awi.....

Ann berkata...

semoga dipermudahkan segala urusan..DIA maha mengetahui apa yang terbaik utk hambaNYA...

jgn sedih2 ye..chayookkk!:)

Dr Singa berkata...

insya allah..
moga dipermudahkan...


sorang lagi berIC71 ya...

Aida Lela berkata...

dila..kuatkan hati. insyaAllah Allah akan lorongkan jalan untuk dila dan keluarga. Allah mendengar apa yang ada dihati xoxo. kami doakan yang terbaik untuk dila di sana. amin

azlina berkata...

semuga segala nya di permudahkan allah hendaknya...amin...

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955