Rabu, Januari 11, 2012

Bila Azan Berkumandang


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."


2 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Dil..
Alhamdulillah..
sedari kecil makcik dah diajar oleh arwah emak makcik supaya diam ketika azan.
sekarang anak2 makcik semuanya dah terajar sejak kecil, waktu azan saja terus perlahankan tv atau apa saja yg sedang di dengar dan diam tak berkata2...
Alhamdulillah... di ajar dari kecil.. mengikut dan menurut sampai besar.

Zehan Ilyana berkata...

Allah..
moga kita dapat mengamalkan perkara ni yg nmpak remeh tapi sebenarnya boleh menyusahkan kite...:)

p/s: kak dil, boleh cakap cinalah eh?
saya Alhamdulillah, cakap boleh lagi..tapi nak membaca tu memang k.o la..huhu.
kawan2 okay n best. tapi cikgu je problem. guru besar pun baik. :)
abang2 saya belajar sekolah cina sampai form 6...(private)
:)

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955