Sabtu, Disember 11, 2010

Lauk ringkas lagi-Sup Telur


Harini papa takde jadi masak lauk ringkas je..sup telur dengan suhun dan kentang...pastu buat kek pisang epal ,untuk membalas mangkuk acik..



Sup Telur

Bahan-bahannya

2 biji telur
1 biji carrot
*suhun 1 genggam (rendam seketika dan toskan)

*1 biji bawang besar-mayang halus
*2 biji bawang putih-mayang halus

*Ikan bilis (ikut suka nak letak banyak mana..dil ambik 1/2 genggam)

*1 biji kentang - dipotong kecik

*1/2 ketul kiub ikan bilis

*Air 2 1/2 cawan
Garam secukup rasa


Cara memasaknya:
1) Masukkan semua bertanda * dalam periuk..Masakkan dengan api sederhana hingga kentang empuk..
2)Kemudian pecahkan telur,biarkan seketika,taknak bagi telur pecah.. baru masukkan carrot, garam dan biarkan hingga mendidih atau dalam 7 hingga 10 min..

3)Siap dihidangkan..

Notakaki: bila tinggal dengan khalish je..xde selera nak makan...huhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah baca...rajin2lah komen ye...terima kasih daun keladi..nanti singgahlah lagi...:-)