Isnin, Januari 17, 2011

Kesejukan....Al-Fatihah....


Subhanallah..... Harini memang terasa sangat kesejukannya.Tambahan pula dil kena basuh baju,sakonah plak problem lagi...aduhai..sangat bercinta...x sanggup nak pegang air rasanya..Kalau ambik wudhu' cepat2 lap...huhu..
Kesejukan,kebekuan dan kengantukan...tapi tiba-tiba mata jadi cerah bila baca berita dari fb...huhu....Innalillah....nilah masalah gas pemanas air ni...memang bahaya...hmmm......
Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang beriman....Ameen....


Ni beritanya sumber: http://iskandariah.perubatan.org/

Iskandariah,17 Jan : Seorang pelajar akhawat, Nurul Iman binti Ab Alim telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.15 pagi tadi. Arwah yang berasal dari Kelantan pada mulanya ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 9.15 pagi di dalam bilik air oleh 2 orang ikhwah yang mendapat panggilan kecemasan daripada ahli rumah beliau.

Anak ke 2 daripada 10 adik-beradik ini dipercayai telah masuk ke bilik air pada jam 8.00 pagi. Selepas lebih satu jam tidak keluar, ahli rumah mengesyaki sesuatu berlaku kerana tiada sahutan apabila pintu bilik air diketuk, dan kemudiannya mereka menghubungi ikhwah yang berada berdekatan. Ikhwah yang tiba ditempat kejadian lantas membawa mangsa ke Hospital Salamah apabila melihat mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan mereka mengesyaki kemungkinan mangsa mengalami keracunan gas yang berpunca daripada kebocoran gas yang digunakan untuk memanaskan air selepas terbau gas semasa berada dalam bilik air tersebut.

Kira-kira jam 9.45 pagi, mereka tiba di Hospital Salamah dan membawa mangsa untuk dirawat di wad kecemasan. Pengarah MARA Timur Tengah, Ustaz Isahak Othman serta pegawai tiba di hospital kira-kira 5 minit kemudian selepas dihubungi oleh ikhwah terbabit. Jam 10.15pagi, doktor yang merawat mangsa telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat keracunan gas (Carbon Monoxide Poisoning). Atase Pendidikan(Khas) JPMK Iskandariah, Ustazah Zakiah binti Zaidon tiba bersama Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Abdul Rahim Suhaini kira-kira jam 11.15 pagi selepas mendapat makluman.Mereka kini sedang menguruskan proses untuk mengeluarkan jenazah daripada hospital.

Arwah merupakan pelajar tahun 3 jurusan perubatan yang kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester berbaki 7 kertas daripada 10 dimana kertas ke-4 akan diduduki pada esok hari. Sehingga saat berita ini ditulis jenazah masih berada di hospital dan menunggu urusan untuk dikeluarkan.

Semua warga PERUBATAN Iskandariah dijemput bersama-sama ke Asrama MARA selepas maghrib hari ini untuk melaksanakan solat jenazah buat arwah.

Al-fatihah untuk arwah,semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.


Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa – mediaPERUBATAN


notakaki:kat sini memang banyak pemanas gasnya yang dah hidup segan mati x mau.tapi kenalah terima keadaannya..huhuhu...

8 ulasan:

:: noremy anak rahmat :: berkata...

follow & blogwalking..

mehla jenguk blog ai...

salam kenal!(^____^)

S.U.F.E.E.N.A.N berkata...

Innalillah..kesiannya kat adik tu..ore klate lak tu..huhu..student medic ye dil..boiler ni mmg kene inspect selalu..mcm gas kat dapur jg..

apa-apapun al-fatihah..

ummi_khalish berkata...

noremy:slm knl..sy dh follow..

kak N:alfatihah..dh sampai ajal dia kak..tulh sek sek demo...esok akan dikebumikan di khrh kak...sian family dia kn?x dpt bygkn...

kasihredha berkata...

kesiannya ...minta dijauhkan.

dilaOHdila berkata...

salam takziah....
semoga apa yang berlaku jadikan ikhtibar


**Thanks ummi
salam kenal dari kak dod

Mieja@Amiizaa2001 berkata...

salamss takziah :(
Alfatihah buatnya.....amin!

Huszaini berkata...

Al Fatihah... Moga rohnya ditempat orang2 yang beriman... Amin...





follower #11

ummi_khalish berkata...

terima kasih yg sdi jenguk dn komen...Ameen..semoga allahyarhamah tenang di sana..dah selamat dah semuanya....Alhamdulillah....

Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955